Showing posts with label UTMKL. Show all posts
Showing posts with label UTMKL. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Perpisahan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi perpisahan tak semestinya kita terputus hubungan. Setiap orang pasti banyak kali mengalami proses perpisahan. Aku bakal menempuh perpisahan sekali lagi. 

Sekolah selepas SPM





Masa habis SPM, tidak lah rasa sangat kesedihan yang melampau. Mungkin aku rasa akan dapat jumpa semula sebab rumah semua dekat-dekat. Dalam Aloq Staq jugak. Sebab itu tiada rasa sebak sedu sedan. Kau pisah macam mana pun, kau balik kampung, kau balik raya, mesti akan *huuhaa huuhaa* bersama-sama. Sampai sekarang kami masih rapat dan jumpa setiap kali balik kampung.

Program Latihan Khidmat Negara

Selepas SPM, aku terpilih untuk mengikuti PLKN. Aku suka, memang happy bila dapat tahu nama aku terpilih. Aku tak kenal siapa pun masa tu. Kem aku dekat Wang Kelian, Perlis. Kem Tasek Meranti nama diberi. Berdekatan dengan Gua Kelam. 3 bulan yang sangat bermakna bagi aku. Dapat kenal rakan-rakan dari negeri lain. Tambah-tambah rakan-rakan dari Kelantan. Pertama kali aku dengar loghat Kelantan, memang aku tak paham haram jadah pun! Ohh paling aku ingat aku TERmencarut menggunakan loghat Kelantan. Maap lah no, cheq ni oghang Kedah, oghang Kedah kata buah mangga tu buah pelam, mana nak p tau hangpa oghang Kelantan ghoyak buah pauh. Ekekekeke :)

Perpisahan semasa PLKN tamat agak menyakitkan lah. Kau bayangkan lah selama 3 bulan, kau duduk kau main kau makan kau minum kau hitam kau peluh kau jatuh kau mandi kau berak semua sama-sama. Aku sayang ramai orang dan aku dapat rasakan ramai sayang aku masa tu (ohh aku macam syok sendiri kan?). Mata memang dah merah gila kot. Malam sebelum lagi dah nangis-nangis teriyak sakan. Aku tak tahu lah kenapa. Dah laa pasang lagu sedih-sedih. Ya Allah, Tuhan saja lah yang tahu masa tu betapa sedihnya semua orang. Macam bongok tak aku nangis? Sampai sekarang kalau dengar lagu Peterpan - Mungkin Nanti, mesti akan teringat PLKN! 

Pemergian Nenek Tersayang

Arwah meninggal pada tarikh 18 Februari 2008. Tahun akhir semasa diploma UTM KL. Arwah yang jaga aku dari dalam perut sampai lah besar panjang. Lepas SPM, arwah ada ajar aku masak. Lauk faveret aku adalah Kari Keling. Tak kisah lah udang ke ikan ke sotong ke, yang penting adalah Kari Keling. Kari yang tak perlu santan. Guna rempah kari semata-mata. Alhamdulillah, sampai sekarang, aku akan masak lauk tu. Sebab adik dan Waled suka sangat masakan tu. Arwah suka sangat beli gula-gula, aiskrim, bagi cucu-cucu dia makan. Masak sedap-sedap, buat kuih sedap-sedap. :') Arwah sangat suka tengok drama Indonesia TV3 setiap petang jam 230 tu. Sampai sekarang, kalau aku dengar lagu Peterpan ft. Chrisye - Menunggumu aku akan teringat dekat arwah. Sebab lagu tu adalah OST drama apa ntah. Ohh, masa arwah disahkan meninggal dunia, aku dalam kelas, and Umi call cakap suruh balik sebab Dadi (Arwah) nak sangat-sangat jumpa Kakak. Ahh terus lah air mata berjurai walaupun Umi tak bagitau perkara sebenar. Aku dapat rasakan Dadi dah tiada. Dalam bus sepanjang perjalanan dari KL-Kedah, air mata memang tak berhenti mengalir (masa menaip pun air mata menitik-nitik ni weiii!!). Tengah makan dekat RnR Sungai Perak pun aku menangis okeh! semua orang tengok je. Ada aku kesah? :') Sampai saja rumah, aku nampak tubuh arwah yang sudah tak bernyawa, Alhamdulillah, air mata aku dah kering. Depan Arwah aku tak menangis langsung. Kan tak elok nangis depan mayat :') Sepanjang malam aku baring sebelah Arwah, sampai subuh.Al-Fatihah :')


Diploma UTM KL


3 tahun, lama kan. Aku hanya ada Tikah, Munirah dan Ira. Diorang yang paling rapat. Ohh tak lupa juga kekasih hati, Izhar sebagai peneman sejati. Haha. Masuk jugak nama dia. Masa nak habis tu, aku tak berapa nak rasa sedih la. Sebab bajet macam takpeeee nanti kan kita sambung sama-sama dekat UTM Skudai. Sekali nahh kau, aku sorang-sorang terkontang kanting dekat Skudai masa awal-awal dulu. Kawan rapat takde, kekasih pun takde. Aigooo. 


Ini antara pengalaman besar aku menempuh perpisahan. Aku dapat rasakan perpisahan bakal aku tempuh lebih kurang SEBULAN lagi ni pasti lagi chaos! Aigoo. Kan dah sedih-sedih dah ni.

Monday, November 29, 2010

Cinta Syyhh Uncle Seekers dan Bekas Permaisuri Agung Siti Aishah

Semua orang pakat kecoh kes meroyan Uncle Seekers tu. Tak baca lagi? Sekarang dah sampai Part 6 tau. Rugi kalau korang tak baca. Hahaha, rugi ke? Yes of course. Sebab kita boleh tengok macam mana hantunya manusia itu. Ehh malas cakap banyaka-banayk. Nah BACAA BACAAA!!



Terjah lah, tengok betapa SYYHHHH-nya kisah cinta diorang ni. Boleh jadi novel terulung yaw! Yaa lahh aku lambat post entry, kisah ni dah kecoh minggu lepas lagi. Tapi apa salah kan. Terjah tetap terjahh. Yeahh!


**Updated :D

Sunday, November 28, 2010

Masam Manis Final Exam

Hi!

Semua chapter kena baca. Baca dan hafal. Sebab? Mengikut cakap kawan aku yang pergi menyembah lecturer tu tanya hint, dia jawab, 
  
""It's all in your notes"

15 chapter nak hafal kau gila ka gila? Meroyan tahu tak! Boleh gila. Tak faham aku ada jugak lecturer kejam macam ni. Tak kesian ke students dia? Nak kena jawab 4 soalan je dari 5 soalan yang diberi. Mesti lah ada chapter yang tak masuk kan. Ini takde langsung cakap mana masuk mana tak. Haih. Tak paham tak paham. Paper on 30th, tapi semua dah kelam kabut macam apa je ntah.

Jangan ingat hal ni aku sorang je yang meroyan, satu coursemate meroyan kot. Tak percaya? Nah tengok :]


 











Sorry kawan-kawan aku cilok korang punya status.


Harus setadi & rebus notes untuk jadikan jamu.
Bai!

Thursday, November 25, 2010

Zaman Gila Korea *Makin Menjadi-jadi*

T.O.P

T.O.P

T.O.P

T.O.P

T.O.P

T.O.P

T.O.P & Dae Sung

Ehh sesat !
  Ok ini terpaling TOP bagi aku lah. Takleh lawan T.O.P Big Bang nih.
Jangan sape-sape terminat eyh! Aku je boleh. ;)

T.O.P

T.O.P

Okay dah sudah. Selesai 1 entry. Hehe. Kira jadi laa kan? Ter-update jugak blog aku ni. ;)




p.s ;
habis lah dok nak kena pujuk 'TOP'
sah-sah ada yang merajok nanti.
ampunnnnn ;)

Friday, November 19, 2010

Family Outing

Salam & Hai.

Kalau update blog je mesti benda yang takde manfaat langsung. Semua suka-suka hati aku je kann. Tapi masalahnya pernah ke aku update entry yang sungguh bermanfaat? Mana ada mana ada? Semua mereng sama je macam tuan blog ni. Naseb korang lah melayan cerita gila aku. ;)

Sekarang ni aku tengah gilakan cerita Korea. Dulu pun pernah gila jugak, tapi takde FANATIK macam sekarang. Sekarang ni satu geng aku kat UTM Skudai tu gilakan pelakon & penyanyi Korea. Bayangkan lagu Super Junior yang BONAMANA tu boleh pakat dok ikut step tarian diorang. Gila tak gila? Dah laa final year, boleh dok buat perangai lagi. Haha. Ini semua namanya mengurangkan ke-tension-nan belajar katakan. ;)

Paling kegilaan sekarang ini adalah satu show from Korea. Dah lama show ni tayang kat Korea. 2008-2009. Tapi 2010 baru aku tengok. Nama show ni adalah Family Outing. Lawak nak mampos okay show ni. Semput aku tiap kali tengok. Start dari seorang member dok tengok pastu dia dok gelak sorang-sorang. Pastu dua orang pastu tiga empat lama-lama semua pakat layan dan gelak secara berjemaah sambil pintu bilik terbuka luas hingga satu row boleh dengar.Penangan Family Outing.

Nak gelak sama-sama? Jom tengok video-video from Youtube ni. Yang ini je yang ada dalam youtube pasal Family Outing. Layan!






Antara pelakon & penyanyi yang join show ni. Diorang ni kiranya macam MC dalam show ni la.

Yoon Jong Shin, Park Ye Jin, Lee Chun Hee, Kim Soo Ro, Yoo Jae Suk, Lee Hyo Ri, Daesung
Diorang 7 orang ni akan pergi ke satu kampung, tiap episod diorang akan pergi ke lain-lain kampung. So exchange dengan tuan rumah dimana tuan rumah tu nanti akan pergi bercuti dan 7 orang ni akan tolong jaga rumah, bersihkan rumah, buat kerja-kerja yang tuan rumah suruh buat.

Antaranya adalah tangkap ikan, bagi kambing-lembu-babi makan dan macam-macam lagi yang menarik. Tiap kerja yang diorang buat, mesti ada selingan, diorang akan buat satu game. Bahagi 2 group and main game yang memang sangat-sangat-sangat kelakar. setiap episod jugak akan ada artis jemputan, contoh macam Rain, G-Dragon ramai lagi la.

Sumpah memang kelakar nak mampos show ni. Sampaikan aku kena bebel dengan Umi Waled Haziq sebab dok gelak sorang-sorang dalam bilik. Tak menyesal lah dapat tengok show ni. Liyana, kau memang terbaik lah supply cerita hebat macam ni.

Enjoy watching! Hehe
Bye!

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

rambut adik yang dikorbankan


Selamat Hari Raya Aidiladha
untuk semua pembaca blog Hazirah al-Barakbah.
Moga ceria dan gembira di hari raya.
Amin.

Tuesday, November 9, 2010

Final Exam 2010/2011 Semester 1

Final Exam sudah mula! Dikesempatan ini saya dengan rendah diri mohon ampun maaf andai terkasar bahasa terkutuk atau termaki siapa-siapa atau dimana-mana tempat. Harap saya tenang dalam menghadapi peperiksaan nanti. Amin.

10 Nov - Writing For Specific Purpose
12 Nov - Biochemistry for Biomedical Engineering
23 Nov - Biomedical Signal Processing
26 Nov - Biomedical Imaging
30 Nov - Rehabilitation Engineering


Good Luck to all University Students!


Sunday, November 7, 2010

Bah depan rumah

Lorong rumah
 


Eh2 bilik saya disitu T_T

Rumah sebelah sampai ke betis air naik
Bah tu ayaq sikit ja. Banjir baru extraordinary. Kan org kedah kn? Hehe. Legaaaaa sangat bila tau rumah tak masuk air. Cuma longkang dalam kawasan rumah je yang penuh dengan air. Risau lah jugak kalau masuk. Alhamdulillah semua selamat. And dengar cerita air dah makin surut kat Alor Setar. Syukur lah.

Saturday, November 6, 2010

Gambar Banjir di Alor Setar, Kedah

Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Mentaloon

Royal Kedah Club, berhadapan KMC


Macam pesta pantai

Kanchut

Berdekatan stadium

Muzium Kedah

Simpang ke Bakar Bata & Hospital Lama

Kiri itu betul-betul sungai (ada BUAYA)

Istana Anak Bukit. DAULAT TUANKU

Khemah berdekatan kawasan Istana Anak Bukit

Jalan lepas Istana Anak Bukit

Kes tak sayang kereta

Kapal selam

Abang bomba naik sampan ke seberang
Gate tu rumah aku
Picture source: Facebook kawan-kawan.

Thursday, November 4, 2010

Trip to Rembau

Salam. Haloha.

Punya lah lama nak buat entry ni. Payah nau nak upload gambar lah. Entah apa sakit blogger ni. At last, terupload jugak. Tahniah! Woh! :)

Buat apa p Rembau? Kenduri kahwin kawan masa diploma lah der. First time sampai Rembau. Jauh betul nak sampai pekan Rembau tu. Elok sampai je, perut memang tengah lapar, bersantap sakan lah. Nasi minyak sodappp.

Yanti & Sapic
Diorang ni coursemate masa diploma UTM KL dulu. First couple budak UTM yg kahwin agaknya. Ke tak eh? Lupa T_T

Selamat Pengantin Baru Yanti & Sapic. Moga kekal sepanjang hayat. Cepat-cepat dapat anak okeh! :)

Ex-UTM KL
Dah jadi macam reunion dah Sabtu lepas. Over nyahh.

Pasni kenduri sape pulak? Semua pakat tunang-kahwin. Aku 2 tahun lagi. Teheee @_@

Bai! Salam.