Showing posts with label utm skudai. Show all posts
Showing posts with label utm skudai. Show all posts
Wednesday, September 28, 2011
Monday, June 27, 2011
Hadiah dari Korea
GD & TOP albumBig Bang PostcardT-shirt KoreaKey-chains&& Mall Directory (??)
Terima kasih kawan-kawan yang ke Korea dan belikan aku barang-barang yang best ni. Terpaling-paling-paling best semestinya lah CD Album GD & TOP! Kamsahamida Yana!! Postcards pun banyakkkkk gambar TOP yang handsome. Kamsahamida Safura!! Baju, keychains yang comellll sangat! Kamsahamida kamsahamidaa hihihihi :)
Paling teruja dapat Mall Directory. Haha ini aku tak tahu lah kerja siapa kan. Mesti Yana lah ni yang letak. Yela aku frame-kan je nanti Mall Directory ni mana tahu satu ahri nanti turn aku pulak ke sana :)
SARANGHEYO SAYANGS!
Friday, June 24, 2011
Selamat Tinggal Johor
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat sejahtera.
13 May 2011 11 pagi, tamat final examination for final year and final semester. 3 tahun ijazah, sekelip mata saja habis. Perasaan? Sebak. Terharu. Sebab mampu habiskan segala apa yang dah dimulakan. Ahh ayat kau Hazirah, poyo sangat kan?
13 May 2011, pada malam hari tu pusing Bandaraya Johor. On the way pulang Skudai, hati rasa sebak tahu! Sebab sayang nak tinggalkan Johor. Makanan kat Johor sangat best! Kau takkan dapat kat mana-mana dah. Ini adalah perkara paling aku sedih. Haa pasal makanan pun kau nak sedih kan Hazirah? Dasar kuat makan. Tsk. Makan malam beramai-ramai dengan kawan tersayang. Happy tetap happy tapi sebenarnya sebak tak terkata. Touching bebenau kau ni Hazirah -_-'
13 May 2011, selepas makan, kemas barang, angkut barang masuk Kacaq. Bilik 95% dah kosong. Kacaq dah 95% penuh. Kawan-kawan lepak bilik. Tolong angkat barang. Konon nak meriahkan keadaan lah tu. Ahh bikin aku sedih tahu takkk.
14 May 2011, 7 pagi, siap sedia nak gerak balik kampung! Kejutkan semua kawan-kawan bangun. Salam-salam, peluk-cium pipi kanan-pipi kiri-pipi kanan semula. Hukk sedih sedih! Perpisahan siapa yang suka kan? Berapa kali lambai-lambai pun tak tahu lah. Lambai-lambai tekan minyak tengok melalui cermin pandang belakang kawan-kawan lambai terus air mata meleleh. Derrrr tak rock lah kau Hazirah!
Dengan sekelip mata je dah sampai Aloq Staq! Bye Johor. Masa convocation nanti aku jumpa kau balik ye. Nak makan semua apa yang ada kat sana. Lepas dendam kempunan -_-'
*Miss u all :')
Friday, June 10, 2011
Nasi Ambang, Medan Selera Bandar Baru Uda, Johor
Nasi Ambang. Famous sangat dekat Johor sana tu. Anda pernah makan? Paling famous katanya di Medan Selera Bandar Baru Uda. Sedap. Pergi sekali mesti nak pergi lapanpuluhkalilagi (penipu!).
Jadinya, suatu hari tu aku pergi lah jugak. Ye lah kan, final year final sem dekat UTM Skudai tu, mesti laa nak merasa apa yang orang cakap BESTTTT sangat Nasi Ambang Medan Selera Bandar Baru Uda tu. Dengan bantuan GPS, sampai jugak kami ke sana.
Ramai orang, masa lunch pulak masa tu. Kena beratur dan terus order. Ada special, ayam, daging dan ada lagi lah menu-menu dia. Aku tak usha lebih-lebih sangat pun.
Ramai orang, masa lunch pulak masa tu. Kena beratur dan terus order. Ada special, ayam, daging dan ada lagi lah menu-menu dia. Aku tak usha lebih-lebih sangat pun.
Dapat makanan, duduk, basuh tangan, baca doa makan, makan!!! Sekali ngap, diam. Dua kali ngapp, diam. Tiga empat lima kali ngapppp terus cakap apa yang sedapnya Nasi Ambang ni?
Izhar : Awak rasa sedap ke tak?
Hazirah : Tak sedap pun? Apa yang hebatnya nasi ambang medan selera bandar baru uda ni?
Izhar : Mana saya tahu, awak yang ajak saya datang kan?
Hazirah : Dah ada orang kata sedap yang amat. Teringin lah jugak nak rasa apa keistimewaan dia.
Izhar : Biasa jer la, saya rasa takde umpp pun.
Hazirah : Pentiru betoi. Saya cakap tak sedap, awak pun cakap tak sedap.
Izhar : Taste kita kan sama! :)
Maybe lidah kami lain dari orang lain agaknya. Kalau makanan tu sedap, memang kami akan puji sungguh-sungguh sebab kami sangat menghargai makanan yang sedap. Kalau tak sedap, makanya kami tak akan suggest. Tapi cerita jugak ni kenapa? Sebabnya, nak suruh laa kawan-kawan pulak merasa. Mana tahu masa tu kami terlupa gosok lidah keee (HAHAHAHA!).
Dah-dah! Siapa yang ada dekat Johor sana, junior-junior dekat UTM tu, pergi lah try. Nanti buat lah blog post "Kami bantah dengan kenyataan Hazirah Barakbah!". Apa maciam? Ada berani? Hehehehe.
Thursday, June 2, 2011
Fish Spa, Sutera Mall, Johor
Bila dapat tahu from kawan yang dekat Sutera Mall, Skudai ada Fish Spa ni, laju je aku nak pergi try. Dah lama mengidam. Selalu kalau dekat KL, jalan-jalan pandang sebelah mata jer. Sebab mahal seyy! Tapi, dekat Sutera Mall, harganya seperti tertera di gambar atas. 20 minit RM6, manakala kalau 30 minit adalah RM8. Ikut laa nak yang berapa minit pun.
Tengok laa gambar atas tu, kemain aggresif ikan-ikan tu keliling kaki orang tu. Agaknya dia tak basuh kaki setahun kot. Sebabnyaaaa, tengok lah kaki kami (rujuk gambar bawah). Ikan ciput jaa dok meratah kaki kitorang.
Jangan ingat sikit-sikit ni tak geli. Geli nak matik hokeyyy! Nak masuk semula terus rasa cuak! Kalau ikan tu dekat tepi-tepi atau dekat jari takde rasa apa laa sangat kan. Cuba rasa masa dia duduk dekat bawah telapak kaki? Mau terkencing sebab geli!!!
Aku tak rasa apa-apa kelebihan buat fish spa ni. Lagi bagus kalau kau terus g pedicure/berurut ke kan. Sebab tiada efek apa pun jadi. Dapat geli ade laa. Disebabkan murah, terus lah teruja nak buat. Kalau atas dari RM10, jangan harap laa nak habiskan duit untuk mendalah tak berguna ni. Secara jujurnya, aku syorkan takyah laa g. Kalau nak merasa geli tu boleh lah kot.
Wahh, ini entri patut bulan lepas dah buat, tapi dok perammm jadi pekasam lagaknya. Hehehehehe. Nahh tataplah kaki wangi kami bersama ikan. Kekekeke. :)
Friday, April 22, 2011
Faculty Of Health Science And Biomedical Engineering Dinner 2011
| Biomedical Engineering Batch 2007-2011 with FKBSK Lecturers |
| Dr Azli, Teng Ji Bao, Dr Tan ( My dearest supervisor hihi (: ) |
| Tuan Syed Mohd Nooh. Birthday kami sama ! ;D |
| With Dr Malar, Penasihat Akademik |
| Center Of Biomedical Engineering (CBE) team! |
| Jejaka SEB (baru nampak smart malam tu, kalau tidak? hmmm) |
| Taadaaa !! |
| Fiqah hang pasaipaaaa ! |
| Chaoi, 6 tahun kelas and labmate sesama. Aku bakal rindukan kau lah Oioi! |
| Junior, Paan. Pelanggan tetap nota & buku aku ;) |
| Kami dah bersedia untuk KELUAR dari UTM :D |
Monday, April 11, 2011
Projek Sarjana Muda - Selesai
Alhamdulillah.
Itu yang termampu aku katakan. Syukur semuanya berjalan lancar. Akhirnya selesai jugak Projek Sarjana Muda aku. Ehh Thesis belum siap! Tapi itu tak apa. Senang sahaja (ecewah!).
Rasa sangat lega Ya Allah tak pernah rasa perasaan macam tu. Stress sepanjang semester sebab PSM sahaja. Boleh botak kepala pikir pasal PSM. Walaupun kena hentam terok (terok ke? tak laa sangat!) aku mampu jawab balik segala soalan. Kena tembak bertubi-tubi tapi aku dah spot semua soalan from panels. So alhamdulillah!!! Hopefully semuanya ok. I want good results for my own project. :)
*Gambar banyakkkk. Tapikan, semua bukan camera aku*
After the seminar, half of my course-mates went to play bowling. Well, last but not least we should spend time together and creates a good memories right? So that's it. I'm happy that night :)
Should I happy or sad to finished my degree? *_*
Tuesday, March 29, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Maxi Dress
Assalamualaikum. Hai!!
Weekend yang HAPPY sesangat! Kenapa? Nanti lah kalau ada masa dan kerajinan, aku cerita. Buat masa sekarang, aku hanya terfikirkan Maxi Dress ini! Adui. Mahal lah, kalau murah, memang masa tu jugak aku rembat. RM89 okeh! Boleh dapat yang lagi murah patutnya. Sabar sajalah hati.
| Kantoi buncit. Kesan tali pinggang okeh! |
Tolong siapa-siapa jangan beli ehh maxi dress ni. Nanti aku menangis teresak-esak tengok ada kat badan orang lain. Tskkk. Dalam blogshop banyak je jual, tapiii kannnn, aku risau kalau beli nanti singkat macam mana? Dah pernah dah beli dulu, sekali singkat okeh! Rugi jer! Ahh sabar wahai hati ;)
Mencapub sekali sekala tayang gambar kekasih. Dua (2) bulan tak jumpa, dapat dating dua (2) hari jer sangat bahagia terasa. Senyum sampai ke telinga. Silap-silap lebih dari telinga terus. Apa merepek ni?
OK BAI!! ;)
Friday, March 4, 2011
Warna Warni 4SEB (Batch 2007-2011) - Biomedical Engineering UTM
Subscribe to:
Posts (Atom)




















