Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Sama tapi tak serupa





Sama?
Both aku suka! <3

Thursday, February 3, 2011

NyewwWWw. It's supposed to be NYA lah!






You know what? Aku tabik spring sama kau lah Anwar Hadi! Memang eww eww! Terbaik! Kalau boleh aku nak sampaikan video and message ni kepada semua yang bercakap eww eww nih. Sebab aku pun sangat sangat sakit mata sakit telinga and the most important is aku sangat sangat meluat menyampah sebab aku ni kalau baca messages, blog, komen di facebook, aku akan baca dengan penuh bersemangat.


So! Kalau hang dok p tulih lagu tu (a jadi ewww) buatkan lidah aku serta mulut aku senget benget. Ohh dan juga menyebabkan aku naik meluat serta panas hati lalu aku akan mula perli kutuk mengutuk.


See tak pasai-pasai aku dapat dosa! Salah siapa sekarang?


Jadi tolong lah! Aku merayu sangat sila lah type dan komen dengan bahasa melayu yang betol. Kalau dah tak reti sangat, baik hang p speaking English. Toksah dok bagi malu bangsa kita naa. Tolong2! Hahaha. (siap merayu lagi kau!)


Friday, January 14, 2011

Video Jawapan kepada Soalan di segmen Twitter #tanyanajib @NajibRazak

Saksikan!



Soalan semua sengal-sengal kelakar nak matik, Dato Seri pun jawab sengal-sengal lah jugak. Comel oh! :)
" I enjoyed reading the insightful as well as entertaining questions sent by Malaysians on Facebook and Twitter."



YAB Dato' Sri Mohd Najib menjawab soalan Facebook dari En Zarul berkenaan strategi utama Talent Corporation untuk menarik kembali rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara.


YAB Dato' Sri Mohd Najib menjawab soalan Facebook Acik Clunk berkenaan peluang pekerjaan bagi lepasan SPM.

Friday, November 19, 2010

Family Outing

Salam & Hai.

Kalau update blog je mesti benda yang takde manfaat langsung. Semua suka-suka hati aku je kann. Tapi masalahnya pernah ke aku update entry yang sungguh bermanfaat? Mana ada mana ada? Semua mereng sama je macam tuan blog ni. Naseb korang lah melayan cerita gila aku. ;)

Sekarang ni aku tengah gilakan cerita Korea. Dulu pun pernah gila jugak, tapi takde FANATIK macam sekarang. Sekarang ni satu geng aku kat UTM Skudai tu gilakan pelakon & penyanyi Korea. Bayangkan lagu Super Junior yang BONAMANA tu boleh pakat dok ikut step tarian diorang. Gila tak gila? Dah laa final year, boleh dok buat perangai lagi. Haha. Ini semua namanya mengurangkan ke-tension-nan belajar katakan. ;)

Paling kegilaan sekarang ini adalah satu show from Korea. Dah lama show ni tayang kat Korea. 2008-2009. Tapi 2010 baru aku tengok. Nama show ni adalah Family Outing. Lawak nak mampos okay show ni. Semput aku tiap kali tengok. Start dari seorang member dok tengok pastu dia dok gelak sorang-sorang. Pastu dua orang pastu tiga empat lama-lama semua pakat layan dan gelak secara berjemaah sambil pintu bilik terbuka luas hingga satu row boleh dengar.Penangan Family Outing.

Nak gelak sama-sama? Jom tengok video-video from Youtube ni. Yang ini je yang ada dalam youtube pasal Family Outing. Layan!






Antara pelakon & penyanyi yang join show ni. Diorang ni kiranya macam MC dalam show ni la.

Yoon Jong Shin, Park Ye Jin, Lee Chun Hee, Kim Soo Ro, Yoo Jae Suk, Lee Hyo Ri, Daesung
Diorang 7 orang ni akan pergi ke satu kampung, tiap episod diorang akan pergi ke lain-lain kampung. So exchange dengan tuan rumah dimana tuan rumah tu nanti akan pergi bercuti dan 7 orang ni akan tolong jaga rumah, bersihkan rumah, buat kerja-kerja yang tuan rumah suruh buat.

Antaranya adalah tangkap ikan, bagi kambing-lembu-babi makan dan macam-macam lagi yang menarik. Tiap kerja yang diorang buat, mesti ada selingan, diorang akan buat satu game. Bahagi 2 group and main game yang memang sangat-sangat-sangat kelakar. setiap episod jugak akan ada artis jemputan, contoh macam Rain, G-Dragon ramai lagi la.

Sumpah memang kelakar nak mampos show ni. Sampaikan aku kena bebel dengan Umi Waled Haziq sebab dok gelak sorang-sorang dalam bilik. Tak menyesal lah dapat tengok show ni. Liyana, kau memang terbaik lah supply cerita hebat macam ni.

Enjoy watching! Hehe
Bye! ♥

Thursday, November 4, 2010

Indah - Atilia




Comel sangatttt

Sunday, August 29, 2010

Hanya Kerana Cinta ♥



Hanya Kerana Cinta – Hafiz, Aril, Ayu, Anne & Tini Hot FM

 Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja
Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu
Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu
Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah



Wednesday, June 30, 2010

Dunia Baru Reunion

Salam.
Hari tu kan ada buat post pasal Dunia Baru Reunion kan, siap letak setiap episod semua kan kat blog aku ni. Tapi sekarang dah takde.

Sebenarnya dah tukar ke blog aku yang lagi satu. Tujuan taknak bagi berat blog aku dengan vidiyo-vidiyo yang banyak. Boleh terima tak alasan ni? :)

Okay so siapa2 peminat setia Dunia Baru Reunion, bolehlah ke blog aku yang ini ok.

Sunday, June 27, 2010

Hazirah Barakbah Jaga Kambing ??



Tajuk : Mariam Jaga Kambing
Penyanyi : Hazirah Barakbah
 


Mariam jaga kambing
Jaga kambing !
Jaga kambing !
Mariam jaga kambing
Bulu putih bersih.
 
Mana saja ia pergi
Ia pergi !
Ia pergi !
Mana saja ia pergi
Anak kambing ikut sama.
 
Satu hari ke sekolah
Ke sekolah !
Ke sekolah !
Satu hari ke sekolah
Buat Mariam susahhhhh.
 
Murid ketawa riang
Ketawa riang !
Ketawa riang !
Murid ketawa riang
Lihat kambing Mariam.

Mariam jaga kambing
Jaga kambing !
Jaga kambing !
Mariam jaga kambing
Bulu putih bersih.
 
 
Ulang sampai tertidur okay. Pasti lena dibuai mimpi indah.
♥ Muah! ♥
♥ Gudnite ! ♥

Monday, June 14, 2010

Dunia Baru Reunion Episod 3 & 4

Ehh kejap, dah tengok episod 1 dan 2? Kalau belum kesini dulu dehh :) CLICK!

Episod 3 Dunia Baru Reunion.
Opie pakai seluar dalam size XXXL!!! Sian Opie. Suka kat bos tapi bos dia treat her macam kuli batak. Sampai sungguh hati bos tu.

Episod 4 Dunia Baru Reunion.
Tajol is sooo desperado. Nakkan duit sampai sanggup paksa Anizah yang tengah sakit untuk bayar duit RM1500. Ehh kalau aku ada kawan camtu, mau aku ketok-ketok-ketokkkk je!

Haha. Saja tambah sinopsis sendiri. Enjoy watching! :D

Thursday, June 10, 2010

Dunia Baru Reunion Kini Ditayangkan


Ingat lagi cerita Dunia Baru, Dunia Baru 2, Dunia Baru 3 dan jugak Dunia Baru The Movie? Haa, minat kan minat kan? Uihh aku sukaa bebenor cerita ni. Kelakar yang teramat sangat!


Sekarang ni Dunia Baru Reunion pulak. Tapi bukan di TV3, tapi di http://www.gua.com.my/duniabaru/. Baru 2 episode, semua sekejap-sekejap je tayangan cerita tu. Kira ok lah kan takdelah lama sangat nak tunggu loading. Yang tak bestnya, tak berapa nak puas lah tengok.

Rupanya konon yang gosip cakap Elyana gemuk tu hanyalah dalam lakonan je. Aku ingatkan betul-betul dah gemuk! Bikin kecohhhh jer lahh. Dalam Dunia Baru Reunion ni, Pierre Andre, Iqram Dinzly dah tak berlakon. Fiqrie Dahari lagi lagiiii lah takde dah dalam cerita ini.

Nahh, episode 1 dan episode 2 Dunia Baru Reunion. Layannn!



Sinopsis Dunia Baru Reunion
Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.


Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.

Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

Episod seterusnya boleh ditonton di http://www.gua.com.my/duniabaru/

ciau!

Tuesday, June 8, 2010

OST Lagenda Budak Setan

Kenapa OST Lagenda Budak Setan ni sangat menusuk jiwa haa? Atau aku ni makin jiwang? Sekali dengar terus ulang dengar banyak-banyak-banyak kali. Sekali dengar terus hati meronta-ronta nak tengok Lagenda Budak Setan. Mulanya malas nak tengok kat wayang, tunggu nak download saja. Tapi sekarang ini? Ohh tidak tidak, ADALAH HARUS PERGI TENGOK DI WAYANG JUGAKK!


Saturday, May 22, 2010

My New Wishlist!!!!





OMG! After watching this video I am so much excited to go Sunway Lagoon. Ohh my ohh my! I wanna try this thing!!!

Dear friends and honey! Jomlahhh! Jomlahhhh!!

Wednesday, May 12, 2010

Scared People scenes

SOOOOO FUNNY! hahaha :D menitik-nitik air mata aku lah. ohh ohh! *_*




Sunday, April 11, 2010

Suara Garau + Mata Mengancam = Lelaki Macho

Dulu tiap hari kalau boleh nak dengar Justin Timberlake nyanyi, tiap hari dok pasang lagu dia jaa. siap hafal3 lagi even rancak macam mana pun. fanatik sungguh! sekarang muncul pulak si Justin Bieber. alahaii comey bebenor suara dia, 1st time dengor ehh artis perempuan ke nyanyi nih, suara ala2 pondan gitu. bila dengar nama Justin, lahhh laki rupanya ko! suara tak pecah lagi dow soo boleh lah dimaapkan. his dance also quite nice lah, tapi Justin Timberlake lagi masyukkkkkk!






lagu dia semua mesti berkait3 nak mengorat3 gadis. ceit adik Justin p belajaq leklok dulu naaa baru leh nk ngorat gadis. sogha tu pun hang p bagi pecah dulu barulah macho nak ngorat3. hehh nasihat dari akak pah ni haaa dengaq2 lah sikit naaa :)

Sunday, April 4, 2010

X-Files Super Scariest Song EVER!

Pengalaman ngeri masa kecik bila dengar lagu X-Files pukul 10malam dan tamat jam 11malam. ehh takot okay takott! Masa kecik dulu umi dah wajibkan pukul 10malam mesti masuk bilik, tidur, sebab esoknya kan sekolah. tu satu hal lah, aku dah laaa tidur sorang2, bilik paling kedepan pulak tuh dekat pulak dengan ruang TV! Paling tak suka lahh dengar lagu tu berkumandang, kalo terdengar, mesti cepat3 ambil bantal tutup telinga pastu tarik selimut sampai tutup kepala tak mahu bagi nampak apa2 then mata tutup rapat3 terpaling rapat yang mungkin!

lagu tu dah satu hal, hal lain pulak bila tengah2 malam terdengar lah pulak bunyi2an tak enak kat luar, dalam hati alamak ALIEN kah??? matii lah aku dia masok bilik aku lah nanti sebab ada manusia comel dalam bilik nih. ahhhh terus lah buat perkara yang sama macam masa dengar lagu seram tadi tu. haha. see betapa penakotnya aku?


Tapi kes penakut ni kes dulu2 masa kecik lah, sekarang kalau dengar lagu ni tadak hal dah laaa...kalau dengar bunyi2an kat luar bilik pun buat tak tau jer, alaaa mesti cik siti lah tu, takpun cik mus. haha. POSITIVE beb!

Ada tak sapa2 yang takut jugak dengar lagu X-Files? ke aku sorang jer???? *_*

Tuesday, March 2, 2010

Kau Buatku Rasa Hebat Wahai March


salam n hai semua.

selamat menyambut kedatangan bulan march 2010. cepat pulak masa berjalan kan. tup3 sudah bulan ketiga. pejam celik pejam celik tengok-tengok dah tahun baru dah. hehh melampau. bukan apa, tak sabar nak grad lah. kalau ikutkan kalendar akademik UTM, i will officially graduate on 16th may 2011. tak lama lagi kan? sodapkan hati *sighs*.
bila dah march nih, semangat lah tgk planner, ohh lagi 4 minggu lagi kena bertungkus-lumus bangun pagi buat esaimen presentation lab, pastu 1 minggu study break boleh tido lambat bangun lambat study jap jap jer konon masa banyak lagi lambat g paper nk start, 3 minggu untuk perahkan jus-jus dalam kepala otak untuk final exam sem 4 sbb tym ni lah baru pulun nk study segala bagai dari chapter 1 sampai lah habes chapter. then break for 1 week boleh lah nak jalan-jalan dating-dating jumpa kekasih hati ker kalau tak jumpa ntah bulan bape pulak nak jumpa, pastu start lah industrial training dekat hospital besar sultanah bahiyah, alor setar under company Healthtronics. macam manelah agaknye practical nanti. adeh. dulu dah pernah practical kat telekom alor star, best bebenor kot. kali ni kat spital plak. hopefully best lah. jgn kena buli sudeh~



| tangga - hebat |
bagaikan tetesan hujan di batasnya kemarau
berikan kesejukan yg lama tak kunjung datang
menghapus dahaga jiwaku akan cinta sejati
betapa sempurna dirimu di mata hatiku
   tak pernah kurasakan damai sedamai bersamamu
   tak ada yg bisa yg mungkin kan mengganti tempatmu
kau membuat ku merasa hebat
karena ketulusan cintamu
ku merasa teristimewa hanya
hanya karena, karena cinta
kau beri padaku sepenuhnya
buatku selalu merasa berarti
kini ku merasa hebat
karena kau yang membuatku makin kuat
jantungku bergerak cepat
semua yg berat bisa lewat
inikah cinta yg sejati
melayang ku terbang berenang di awan
tak akan kita kan lepas dan jatuh sekarang
cinta, sang cinta, kita kan terus mencinta

pernah dgr lagu ni? lirik die sangat hebat bukan? ok layannn~ :)

Tuesday, December 1, 2009

Makeup Tutorial Mantoppp!~

okay kawan2 hari ni i nk buat entry pasal makeup.
keh3...kenyataan yang sebenarnya adalah, sharifah nur hazirah tak reti mekup okehh!
hadoi..cane ehh nk mekup? boleh sape2 tlg ajarkan tak?
tibe2 jer dok nk mekup i nih, takde laa sbb tringin la jugak kan.
siyesly tak reti lsg, stakat pakai bedak, lip balm bdk tadika pun pandai ye tak?
maluu lah weh tak reti mekup nih. nmpk nau i ni bknnya ladies sgt kann. haisyooo...
nak buat cane, dh takde akak nk tlg ajarkan, kawan2 pun smua jenis tak reti nk mekup2. haha jadilah i sebegini :)

selalu jugak layan youtube tgk si awek cun ni punya tutorial. mmg mantop habes! die pun cun gilos kot. ish2 die mekap2 mcm sonangg sajorkk. tgn dh lembut. tgn i kasaq! keh3 mmg ah tadak potensi lsg.

okeyy laa layann... i nk g try lagik conteng muka i haha :)


Thursday, November 19, 2009

Through My Jendela :)

3 versions but the best of coz lah BUNKFACE!!






Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real


Tuesday, November 10, 2009

Lelaki Hot Perempuan Cayaqqqq!~


juz bape saat jer die tayang body die.
terus aku terpikat.
anda bagaimana? hehs :)
layan ajolahhh...

'So baby dont worry, you are my only,
You wont be lonely, even if the sky is falling down,
Youll be my only, no need to worry,
Baby are you down down down down down,
Dowwwnnnnn, Dowwnnnnn,
Baby are you down down down down down,
Downnnnn, Downnnnnn,
Even if the sky is falling down'

Sunday, November 1, 2009

Kontroversi Anak Kedah


Ramai org ckp, org kedah ni kasaq, ayat mcm nk carik gadoh. betul ker mcm tu?
sbnrnye dh mmg ayat tu yg mcm kasaq2.tp kami Kedahan takde la kasaq mana pun.
haa todia campoq habeh dh loghat aku nih hehe..

kuiz dari facebook yg berformat loghat kedah mmbuatkan aku dan kwn2 aku yg laen naek hangen.
aku terraa jugak la dpt C. kwn2 aku yg laen?
smua dpt F.the latest result from 1 of my fren yg agak cekang kdh tp dpt -F wohh memalukan ahaha
apo kono weh? sok pjabat pendaftaran bukak,sila p buat permohonan tukaq negeri okeh.

aku copy soalan kuiz tu utk tatapan readers.skali ngan ulasan jugak la aku buat.ceyy konon dh hebat kan dpt C.ahaha.kalo salah naseb hangpa la weh.

1.Ulaq melengkaq2 dalam semak mampuih kena katoqq..
a.Ular tengah melengang2 pegi karoks...
b.ular tgh tido..jangan dok kacao
c.ular masuk dalam kain..
d.ular kena pukul kot..

*melengkaq2 tu mcm dok gedik3 ah kan dlm semak.katoqq tu pukui.*

2.awat ang dok p terjun dalam selut 2 pasai apa..gila ka...
a.terjun swimming pool la..
b.terjun sambil berkawat..
c.seseorang terjun kedalam lumpur..
d.org gila terjun kedalam loji indah water..

*selut = lumpur. tgk jawapan mcm gampang!*

3.hampa jangan dok wat naya kat depa..
a.depa bukan tau apa kita dok muhong depa nie nie..
b.korang sedang di tipu korang tgh ditipu
c.korang senang menipu padan muka..
d.dia kena tipu..

*hampa=awak, naya=kena tipu*

4.anak sapa la belemoih sgt nie..mak pak dia xajaq ka
a.kurang ajar budak nie..
b.p mandi la...
c.isk2kotornya dia...
d.anak aku la..

*belemoih = kotor,tak terurus*

5.woi awat kaki ang pengkaq sgt nie..buat semak pequt ja..
a.buat bengkang dalam semak..
b.ntah la labu...xda kaitan
c.kaki bangku
d.sakit perut nak bersalin..

*pengkaq apa aaa??? anybody help me ahahaha. pequt = perut*

6.minah nie mulut hebiaq sgt..aku punggai dengan btg penyapu baqu ang tau...
a.mulut celupar macam selipar...
b.naik penyapu ala2 harry potter gitu...
c.mulut xde insurans...cap ayam...
d.dapat hadiah sebatang penyapu

*hebiaq = celupar,kecoh,byk mulut. punggai = pukul kot ehehe, baqu = baru ler*

7.ang kata ang terer sangat cakap kedah..
a.memang terer pun..
b.SPM A1 tau bahasa KEDAH..jgn maen2..
c.ala....kedah je pun bukan jepun
d.bleh la skit2...

*dgn confident aku jwb A.haha gelakkan diri snirik*

........................................................................................................................

result hang teqhok.kami smua 9A hang smua fail.aku tak caya aku fail hang mohong!
macham nk pecah usus aku gelak.ceit hang tuah failed SIJIL PELAJARAN MELAKA!