Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Senarai Website Download Drama Korea, Melayu, English, Jepun, Anime, Filem


Dengan baik hatinya, aku nak share beberapa website/blog yang menyediakan khidmat download cerita bermacam-macam. Terfikir nak post entry ni sebab ada kawan-kawan tanya mana boleh nak download bagai kan. So yahh! Terhasil lah. :D

Ini untuk download :
  1. http://www.syok.org
  2. http://www.heavenofdesires.com
  3. http://theamh.com
  4. http://sicklah.blogspot.com
  5. http://www.isubs-squad.com

Ini untuk menonton secara online :
  1. http://www.awooh.com
  2. http://watch-series.com
  3. http://maaduu.com
  4. http://www.tonton.com.my
  5. http://www.mysoju.com

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi aku rasa ini yang aktif update cerita-cerita terbaru. Jangan malas-malas nak register. Tak kena bayar pun, free je. Ohh kalau yang tengok online tu pun, korang boleh download jugak. Tapi kena ada kuasa ajaib lah iaitu Internet Download Manager (IDM). Wajib aku rasa setiap laptop-komputer-netbook ada Internet Download Manager (IDM). Sebab sangat senang, cepat dan pantas mendownload. Klik IDM untuk nak download. Tapi ada syarat, jangan langsung sama sekali korang update IDM ni tau. Nanti akan detect guna license ciplak.

Itu sahaja untuk kali ini. Sekian.



**Edited**

Watch Online Korea/Japan/Anime
http://www.crunchyroll.com/
http://www.dramacrazy.net/
http://www.dramasub.com/

http://www.epdrama.com/
http://www.hulu.com/
http://www.viki.com/
http://www.watchdrama.com/

Download Site
AM-ADddiction - Forum based, similar to Soompi. Mostly Korean shows/dramas. Must Register.
SilentRegrets - various shows and stuff.
Yellow Cinema - Various Asian dramas. Hardsubs and Raw videos available.
http://aezone.net/
http://www.haru2subs.com/
http://withs2.com/
http://ffsubs.com/

Drama Melayu
http://www.ceritamelayu.net/
http://www.faztvnetwork.com/


Wednesday, August 18, 2010

Kalau Cuti Puasa?

Salam. Hai.

Entry hari ni takde gambar makanan dah. Rasa macam kejam jer letak makanan sedap-sedap dalam blog. Harini nak cerita pasal KALAU KORANG TAK PUASA DI BULAN PUASA. Khas untuk perempuan. Laki kalau takde halangan, jangan gedik-gedik nak tinggal puasa tau. Tak baik yer. ;D

Kalau korang tak puasa sebab cuti bulanan tu, korang makan ke tak? Makan meggi je? Takkan tiap hari selama cuti tu makan meggi jer? Mintak tolong kawan chinese or indian belikan?

Ade tak yang layan drive thru masa cuti puasa? Hehehe *gelak jahat*

McD

Burger King

KFC
Drive thru okay lah jugak kan, kita dok dalam kereta, order pastu amek, takde orang perasan. Orang kerja kat situ je yang tau.

Paling slumber aku pernah buat, pergi kedai mamak, beli nasi. Masuk buat muka toyaaa je. Dah beli bagai, balik rumah makan lah dalam bilik. Syorgaaaa dapat nasi kandaq tengah hari di bulan puasa. 
Al-Mamak 25 jam ????




AMARAN: ENTRY INI HANYA UNTUK KAUM PEREMPUAN SAHAJA

Hehe.
Bai Darlingss! ♥

Sunday, August 15, 2010

Makkah - Pengumpulan Tenaga Paling Besar

Salam. Bagaimana Ramadhan korang semua? Harap ok eh. Jangan ada yang ponteng-ponteng. Nanti tak dapat raya. Perempuan takpe, itu memang Allah yang bagi cuti. :)

Well. cerita kali ni pasal Makkah, Kaabah, tempat tumpuan utama umat Islam seluruh dunia. Sources from forwarded email yang aku dapat. So tak salah kalau kongsi kan. Lagipun rindu nak pergi sana lagi. Mudahan panjang umur boleh pergi lagi nanti :)

Kedudukan negara-negara (kiblat)

Tak dapat peluang cium Hajar Aswad 4 tahun lepas.

Kaabah

benang emas

Kemas dan teliti
Pengumpulan tenaga paling besar? Pernah tak korang terpikir kenapa mesti tawwaf melawan arah jam? Kenapa bukan mengikut arah jam? Allah pasti ada sebab mengapa Dia lakukan sedemikian.



Mungkin kalau hanya tengok part ini saja korang akan payahhhh sangat nak paham apa sebenarnya yang disampaikan. Kalau rajin dan mahu sedikit pengetahuan tentang ketibaan Dajjal, Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s, boleh lah tengok The Arrivals. Dekat youtube banyakk ada. Klik sini kalau nak tengok yang ada BM subtitles.

Sekadar berkongsi.
Wallahualam.
Bai!

Thursday, July 8, 2010

Cara Paling Berkesan Untuk Memudahkan Kita Dalam Sesuatu Urusan

Assalamualaikum.

Semua orang kalau boleh nak hidup dalam keadaan yang mudah. Takmau tempuh traffic jam, nak bagi mudah cari parking kat shopping complex, nak jalan dekat pasar malam tak mau terhimpit-himpit kan dan macam-macam lagi lah. Senang cerita, manusia ni kalau boleh semua nak senang-lenang.
3 tahun lepas, alhamdulillah lah aku dapat pergi mekah, buat umrah. Masa nak tawwaf Kaabah, memang ramai orang. Kalau takmau ramai kena tawwaf masa Zuhur, Asar, yang matahari betul-betul terpacak atas kepala. Tapi sah-sah lah takkan buat masa tu kan. Selalu masa tawwaf yang ramai orang buat adalah selepas Maghrib nak ke Isyak. Masa tu memang crowded teramat sangat. Kita orang Malaysia (Asian) kan badan kecik-kecik nak dibandingkan dengan orang Arab. Diorang sangat kasar okay! Kita nak tawwaf dah laa kena jaga bahu kiri biar sejajar dengan Kaabah.
Masjid Nabawi
Masjid Quba'
Encik Unta semua comel okey. Tahik unta pun comel! Hahaha
So, my babah (nenek) ajar satu ayat. Dia cakap ayat tu adalah untuk memudahkan segala urusan kita. So aku hafal, dan masa tawwaf, kami dipermudahkan perjalanan. Kuasa Tuhan kan, ruang macam terbuka jer. Takde gangguan pun.

Sampai sekarang aku still amalkan ayat tu. Masa nak cari parking, kalau keluar dengan Izhar wajib baca sebab nanti tak jumpa parking dia bebel-maki-sana-sini. Masa nak keluar dari rumah, jalan kat kampung belakang rumah ni balik dari kenduri tahlil, takut-takut ada anjing (sebab memang banyak anjing berkeliaran bebb!). Bila baca ayat tu selain Ayat Kursi, memang alhamdulillah mudah segalanya.

Doa-nya pendek jer :
Rabbi Yassir wala tu'assir.

Bacaan penuhnya ialah :
Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin.

Sekadar berkongsi. Wallahualam.
Salam. Bai! ♥

Tuesday, June 22, 2010

Domain & Hosting Sendiri

Salam and HaiHai! :)

Hari tu kan, masa tidur malam hari kan, aku ada dapat mimpi tau. Nak tahu apa aku mimpi? Haa, mimpi ni nak kata seram tak seram, kelakar tak kelakar, romantika jauh panggang dari api lah gitu.

Okay straight to the point! Aku mimpi aku dah ada domain & hosting sendiri. Dah tak guna blogspot, guna wordpress pulak.

Bila bangun jer terus rasa adakah mimpi tu petanda suruh aku tukar? Tapi kan, tapi kan, kalau aku tukar, aku bukannya famous-amos pun. Follower baru 300 jer. Selalu aku tengok yang pakai domain sendiri ni, follower mesti dah 1+++, cerita-cerita kat blog pun mesti gempak habes, and paling penting sekali mesti mereka adalah awek-awek comelllll!

Contoh muka-muka comel-lote-sungguh-menarik-perhatian saudara-saudari.
Lisa Surihani. Muka comel. Rambut cantik. Body pun mantap. Senyuman menawan kalbu. Haa, semua orang berminat punyalah. Letak jer gambar banyak banyak, pasti ramai pengikutnyaaa. Hehe, lagi lagi.
Heliza Helmi. Bermata besar, pakai selendang lilit-lilit 40 kali lilit, mekap muka flawless bagai, pakai baju cun-cun, mesti confirm ramai orang minat. Tulis tak best pun orang akan follow, sebab? Sebab blogger itu cun-comel-cantik-pandai bergaya dan seangkatan dengannyaa.

Dan banyakkkk lagi contoh-contohnya. Aku memang tidak setanding lah weh. Ehh! Okay sekali lagi aku sudah menyimpang dari cerita asal! Demm lah jari ini :)

Nak mintak pendapat anda-anda lah kan, nk beli domain & hosting ke atau stay dengan blogspot ni? Kalau nak tukar, URL apa? 

www.hazy.com
www.hazirah.com
www.hazirahbarakbah.com

Dari nama pendek ke nama panjang, tu belum letak sharifahnurhazirah lagi. Itu lagi panjang!

Help me guys! Thanx!

Saturday, May 15, 2010

Hantu Tepung Gomak

Untuk tatapan para pembaca, muka aku setelah dicelup tepung. ehh ditempek Bedak Sejuk.
Bedak sejuk banyak kebaikan tau. tapi aku bukan guna selalu pun. kalau kat rumah jer aku pakai. kat kolej nk pakai, nak jalan dari toilet ke bilik, mau pengsan orang yang bertembung dengan aku. mesti igt aku Hantu Tepung!
haaaaa nasib baik mata aku tak merah. buat kalau pakai lens merah? haihhh seram aih!

sebab utama semalam aku pakai bedak sejuk ni adalah kerana muka aku sunburn. merah menyala pipi den ni haa. bangun pagi muka terasa tegang, syok! macam salin kulit :)

update from tempat kijooo. sabtuday pun kena kijooo. kijooo menatap facebook sebab takde kijooo nak dibuat sebenarnya. datang sebab nk thumb in thumb out, kalau takyah thumb, mmg harapan lah nak datang *sigh*

Friday, May 7, 2010

Korang nak aku tulis pasal ape?

Banyak sebenarnya nak berceloteh kat sini, idea melimpah ruah. tapi paham2 lah bila dah datang penyakit M, terbiar lah blog ni tanpa entri baru.

Saje nak tanya pendapat korang, nak cerita pasal apa ye? cerita ape yang korang suka baca? personal? cintan-cintun? tips? tutorial? kekeluargaan? makanan? jalan-jalan? shopping?


tetiba hati dah tersuka warna BIRU. alahaiii.

ehhh ok lahh nak kena bawak nenda tersayang jalan2 :D

ciau! ♥

Wednesday, April 28, 2010

Like Facebook Button on your Blogspot

hey guys!
nampak ape kat dalam bulatan putus2 tu? okay, itu adalah LIKE button, alaaa, macam dalam facebook tu lah. sekarang dah boleh pulak letak dalam blogspot kan.

function Like ni? kalau korang like, nanti akan sync dgn acc fb korang, tapi make sure lah u login fb baru lah boleh nak like bagai.

Okay ni coding i amek from Liyanaa. baca2 blog dia tadi petang nampak mendalah ini. try je, tgk2 menarik. :) so macam mana nk letak Like button tu?


+masuk dashboard, pegi ke layout, edit HTML & tick expand widget template

+tekan ctrl f utk cari coding data:post.body.

+copy coding Like button ni seperti dalam gambar.

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='yes' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>







+ click save template and setel!

dah share this things with Sarah and Iz Yahya, so now its ur turn pulak untuk buat menda ni. pasni boleh sama2 like beramai2 kan? :)

ok selamat mencuba. i masok beradu dulu yer.

gudnite and gudmorning! muah! :D

Friday, April 16, 2010

Hadiah Untuk Lelaki - Cadangan Anda?

Bila sampai jer bulan April, hidup aku dah macam tongkang pecah. mana dengan final exam lah, setelkan segala esaimen kalau yang tak tersiap lagi, nak kemas3 barang, pikir macam mana nak muatkan segala barang2 yang 1 tahun terabadi dalam bilik ni ke dalam 3 buah kotak sebab 3 kotak nak simpan dalam stor kolej rm10, kalau lebih kotak kena charge rm3.50 sekotak. sungguh mencekik darah betol kan kolej ni. simpan barang pun sampai macam tu sekali harganya. nk bawak balik barang banyak2 pun tak boleh jugak, kang beg berat lebih dari 15kg dah kena bayar extra charges! erkk mati lah.

Bulan April jugak lah hari lahir sang kekasih, perah pulak otak pikir hadiah ape agaknya nak bagi utk tahun ni. nak bagi PSP, handphone, jam tangan, kereta??? wahh kaya nau aku nak bagi segala barang yang harga malatoppp gitu? kalo aku bagi sah3 lagi lekeh dari apa yang dah ada sekarang ni. haha. mana mampu beb, i masih student lah u! :)

antara hadiah yang selalu sangat sangat aku dengar gadis bagi pada kekasih hati adalah -
baju. couple t-shirt / kemeja / jersey / seluar.
ni semua biasa sangat dah kan. tapi pernah dengar tak orang cakap, kalau nak hubungan panjang, jangan bagi hadiah yang berunsurkan kain? kenapa? sebab kalau dah lusuh, kain tu berkemungkinan dibuat kain buruk takpun dibuang terus. so menggambarkan macam sesebuah hubungan tu bila dah bosan akan dibuang jauh3. hehh boleh cayo ke mokcik? cek main teka jaa nih, sebenarnya penah jer bagi baju :D
wallet / belt / cap.
orang lelaki kalau barang tu tak rosak3, selagi boleh pakai tu, diorang akan pakai lah sampai dah betol3 nazak. bagus kan? bukan macam perempuan. ohhh wallet, belt, cap. hmm. benda macam ni laki akan guna 1 ja. kalau dia dah ada benda tu, buat apa lagi kita nak bagi2, ye dak? wallet yang berkualiti harganya boleh tahan masyukkkk jugak lah. aih..budget larik lah, takleh memahal nih.
boxer.
ni aku suka. tapi aku malu lah nak pergi sorang2 pilih n beli bagai. kang orang usha pelikkkkk jer kat aku. demmm. takpun nnt adelah mengutuk aku ni perangai pelik3 bagi hadiah pelik3 kat laki. ehhh ehhh sukahati mak lah nyah oiii. comelll kan boxer pacman ni? bg gambar yang comel3, wahh kiutttnye! *dipersilakan kutuk aku. yaaaa aku perempuan jahat! winkwink*

barang kosmetik.
barang2 lelaki dikategorikan sebagai kosmetik jugak ke ekk? contoh kat atas ni, perfume ke? kalau perfume laa kan, perfume ape yang best? yang buatkan si pemakai mencapai tahap kemachoan yang berganda 88? gillette ni bagos ke? apesal aku googled keluar mendalah ni as a gift?

soooooo sekarang, dengan segala hormatnya, aku nak mintak cadangan, pendapat anda semua. hadiah ape yang best, unik, tak mahal, and berbaloi lah kiranya kalau bagi as a gift. tolong lah tolong lahhhh.....

p's jgn lah cakap kasih sayang, tu memang tiap masa dah bagi. opsss terjiwang! :D

Friday, April 9, 2010

Saya Singa Betina Yang Sopan Santun

Kalau orang tak kenal aku bebetol, mesti orang akan cakap ehh kerek gila minah ni, ehh belagak giler dow awek tu! ehh ehh ada aku kesah? ops salah topik. tak sangka Januari 29 diklasifikasikan perwatakan seperti singa. erk. singa. sah3 garang aku ni kan? hehh memang pun! aku singa, sang kekasih Tikus, alolooo comeynyer tikus. ahh okay3 lets check out u guys punya characteristics pulak! :D
  • Januari 01-09 ~ Anjing
  • Januari 10-24 ~ Tikus
  • Januari 25-31 ~ Singa
  • Februari 01-05 ~ Kucing
  • Februari 06-14 ~ Merpati
  • Februari 15-21 ~ Kura-kura
  • Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
  • Mac 01-12 ~ Monyet
  • Mac 13-15 ~ Singa
  • Mac 16-23 ~ Tikus
  • Mac 24-31 ~ Kucing
  • April 01-03 ~ Anjing
  • April 04-14 ~ Harimau Bintang
  • April 15-26 ~ Tikus
  • April 27-30 ~ Kura-kura
  • Mei 01-13 ~ Monyet
  • Mei 14-21 ~ Merpati
  • Mei 22-31 ~ Singa
  • Jun 01-03 ~ Tikus
  • Jun 04-14 ~ Kura-kura
  • Jun 15-20 ~ Anjing
  • Jun 21-24 ~ Monyet
  • Jun 25-30 ~ Kucing
  • Jul 01-09 ~ Tikus
  • Julai 10-15 ~ Anjing
  • Julai 16-26 ~ Merpati
  • Julai 27-31 ~ Kucing
  • Ogas 01-15 ~ Monyet
  • Ogos 16-25 ~ Tikus
  • Ogos 26-31 ~ Kura-kura
  • September 01-14 ~ Merpati
  • September 15-27 ~ Kucing
  • September 28-30 ~ Anjing
  • Oktober 01-15 ~ Monyet
  • Oktober 16-27 ~ Kura-kura
  • Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
  • November 01-16 ~ Singa
  • November 17-30 ~ Kucing
  • Disember 01-16 ~ Anjing
  • Disember 17-25 ~ Monyet
  • Disember 26-31 ~ Merpati
Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu.. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.



Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
alolooooo malu3 pulak singa nih. sejibik macam aku lah pemalu *_*

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan
praktikal.


Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Tuesday, March 23, 2010

Tips Kurangkan Migrain

Salam. Hai.


kali ni aku nk kongsi tips2 nak kurangkan migrain pulak memandangkan aku pun selalu sangat3 lah migrain. makan ubat? ohh no no no! jangan! kalau boleh cuba elakkan. sebab macam aku dulu, kalau migrain jer makan ubat. sakit sikit cari ubat. pastu period dah jadi tak betol. jap datang, pastu jap2 datang lambat. so tak teratur lah kan.


after dh kurangkan penggunaan ubat, it back to normal again. kalau bagi lelaki pulak tak tahu lah apa implication ubat2an tu smua. korang kenalah kaji sendiri. tapi bagi aku lah, ubat2 memang lah boleh dimakan, tapi jangan lah saket sikit pun dah tercari3 ubat.


kau bayangkanlah, kalau badan kau dah terbiasa dengan ubat2an, contohnya ponstan lah, ponstan tu agak kuat. pain killer kot. kalau kau asyek bergantung pada ponstan, mmg nanti bila kau sakit yang betol2 sakit, doctor akan bagi ubat yang lagi tinggi tahap drug dia tuh. kan berbahaya macam tu. okay makanya, sekarang, kalau kau migrain, kau buat gini okay.


haa g amek paku cucok kat mata pastu amek pengapit tu, apitkan kepala anda. pasti lega. hahaha ok ok jangan buat! mampos aku kena saman nanti.


ok dibawah ini adalah tips2 yang agak berkesan mengurangkan sakit semasa migrain menjelma.

1. pergi mandi. basahkan kepala semua. sambil2 mandi urut2 sikit kepala tu.
2. pastu dah setel mandi, silalah baring. rehatkan seluruh anggota badan. kalau boleh biarlah dalam keadaan gelap. lampu yang terang adalah salah satu faktor migrain makin kuat. 
3. letakkan tuala yang basah, ke letak ais dlm tuala tu tekap2 dekat bahagian belakang leher. ataupun selang seli kejap sejuk kejap panas ke. terpulanglah macam mana yang sesuai. 
4. tak pun kan, isikan air suam dlm baldi, pastu rendamkan kaki dalam baldi tu. disamping tu dpt jugak hilangkan kuman2 kat kaki :) 
5. banyakkan minum air masak, jus buah yang fresh, peel fresh tu pun ok jugak sebab jus kan. 
6. kalau masa migrain tengah berlangsung dan anda tak makan lagi, so diharuskan makan! tak pun minum laa milo supaya anda jadi sehat dan kuat! 
7. urut kepala, leher dan bahu. urut sebab nak bagi perjalanan darah kembali tenang. 
8. tekan sikit kat bahagian belakang leher yang betol2 terletak kat bawah tengkorak anda. kat situ adalah dinamakan sebagai titik tekanan. tekan dalam 2-3minit ke, pastu lepas,endorphins akan terhasil untuk mengurangkan kesakitan anda..
9. kalau picit2 urut tak jalan jugak, try gerak2kan kepala ke kiri dan kanan utk nak tegangkan otot2 dekat leher. pastu urut2 semula. 
10. yang ini macam best, rilex. ada keja smua tinggalkan dulu. jgn stresskan lagi minda anda. mmg lah takkan nk lega! 

aku tengah stress sekarang banyak sangat kerja + test + presentation. tapi sempat lagi buat entry kan? tu laa cakap masa busy lah macam2 idea datang bertalu talu. ok setakat ini.

wassalam :)

Sunday, March 7, 2010

Blogger Bloggerrrr

esok adalah hari isnin. esok aku ada test biomechanics. study pun mcm ok lah paham. tapi bila buat 2 3 soalan mula lah tunggang-langgang. lemah betoi!

esok ada test, tapi dalam otak macam2 idea ada nk buat entry untuk blog tersayang nih. pelik! bila masa free, idea takmau nk ada, bila dah busy dengan test, dengan esaimen, dengan lab report smua, time tu lah idea nk menulis mencurah2 ke ladang gandum!

mungkin sebab neuron dalam otak tengah berkembang secara pesatnya kot? maka idea terus bercambah-cambah. yeke? boleh pakai ke teori aku ni?

ok selalunya anda-anda sekalian dapat idea nak menulis macam mana?

kadang2 ada yang update sehari sampai 3 4 5 kali. respect lah blogger camtu. idea tak penah hilang. aku? kejap timbul kejap tenggelam.

hehh ok adiosa darlingss. wish me luck for my biomechanics test yah! :)

Friday, March 5, 2010

Tips Hilangkan Jerawat. Jiwang & Gatal Merenyam Adalah Penyebab Utama.

salam n hello darling2 sekalian.

happy weekend! selamat berdating. selamat menghabiskan duit di hujung minggu & jugak selamat berehat. ok adik2 kakak2 hari ni i  akan jadik pakar kecantikan okay!

salah seorang readers ada tanya macam mana hilangkan jerawat. hehh i tak la pakar hal2 ni. maen redah aje selalunya. ok tak pa. i cerita lah jugak okay! tetiba guna kata ganti diri 'i' laa pulak ;)
okay, see, banyak kan jerawat? paling banyak adalah di kawasan dahi. paling2 banyak minyak terhasil kat bahagian dahi. pastu tak sempat nk halau miss Jenny, miss Julie pulak muncul. tetiba cik Jihan pulak bagi salam nk menempek kat muka i. demn u! T_____T
sebenarnya, yang i penah baca lah, start dari umur 16-22 tahun camtu lah kan, badan kita mengalami perubahan hormon. lagi cepat kau datang haid, lagi cepat lah muka kau dikunjungi para2 jelitawan sekalian.

lagi, kalau kau gatal merenyam, jiwang terlampau, gedik meghela, memang lagi banyak lah jelitawan mendiami segenap pelusuk muka kau. silap2 kat badan pun ado. haaa soo kau jangan ahh over menggatal menjiwang. aku dah kaji, dan keputusannya memang betol.
sebab masa gambar2 ni diambil, aku akui aku memang gatai okay!. hehh *_* terpaksa mengaku diri sendiri gatai.

umi pulak mesti bising2 tak jaga muka, babah bising awat muka terok sangat nih. hehh gila kecik hati i okay! so i pun pergi lah klinik yg memang dari kecik dah biasa dengan klinik tu. orang cakap kalau nk tahu ubat/chemical apa yang betol2 sesuai dengan kita, p jumpa doctor yang dh memang examine kita dari kecek.  solutionnya, doctor tu bagi aku SEBAMED. jangan tanya harga berapa sumpah aku tak tahu sebab klinik panel ambil bill pastu blah heh ;)
ini adalah sabunnya. aku guna 2 tahun lebih kot. bagus. sangat bagus. guna sabun ni jer semata2. takot nk guna yang laen. tak mahu dah la muka penuh para jelitawan.
pastu tetiba tahun lepas, doctor tu tukar sabun plak. ke oilatum ni ha. so aku beralih lah dari sebamed ke oilatum. so far so good. sekarang pun still guna sabun ni. kadang2 tukar sebamed balek. ikut la rasa mana yang best. bagi aku, sebamed adalah yang terbaek setakat ini. memang sebamed ada jual kat kedai2 farmasi yang berdekatan, ada 1 set macam toner, moisterizer smua bagai tu, tapi aku tak guna pun masa dalam proses pembaikpulihan.
sekarang ni muka i ok lah sikit dari dulu. sekarang i guna sebamed, garnier light set scrub, toner & moisterizer (face wash tu tak guna sebab dah guna sebamed kan), pastu bio oil untuk nak hilangkan scars kat mana2 bahagian badan pun boleh nak guna. aa 1 more thing, oxy10, kalau tetibe kau termiang kan, cik Jamilah tetibe menjelma kan, haa kau letak lah oxy10, mujarab sey! jap jer cik Jamilah singgah, pastu terus tak muncul2 dah. heh TT
paling paling penting sebenarnya hormon kita tu. kena jaga baik2, stress sikit, jiwang sikit, angau sikit, mesti para jelitawan smua datang menjelma jugak. tak caya? g lah try :D

Wednesday, March 3, 2010

Faster! Go get an engineer for your boyfriend!

Kenapa anda perlu kahwin dengan Engineer? Bukan Lawyer! Bukan Orang Pengurusan! Bukan Orang Seni! & sama sekali bukan Doktor?
 

Sebabnya, Engineer ada 3 kelebihan berbanding para graduan yang lain.

Advantage 1: Secure lifestyle

==========================

  • An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.
  • Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.
  • Most management graduates have just failed on their first business plan.
  • The arts graduate is still looking for a job.
  • And the medical school graduate is still living in a hospital.

Advantage 2: Unmatchable industriousness

==========================
===========
  • An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.
  • Unlike the Lawyer who will argue with you.
  • The Management graduate who will try to control your spending.
  • The Arts graduate who will 'change major'.
    • And the medical school graduate who will operate on you.
    And you know what, it's really so easy to make engineers believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.

    Advantage 3: An engineer boyfriend will never
    betray your trust.
    ==========================
    ============================
    Let me first tell you what is wrong with the rest of the others -
    • The lawyers will lie about everything.
    • Management graduates will cheat your money.
    • The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.
    • Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that.
    Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you.

    So girls, apa tunggu lagi? cepat2 pergi kat fakulti kejuruteraan, carik boyfriend budak engine. hahaha.


     
     muka bakal2 engineer. tapi pompuan lah. tak kuasa nk promote bebudak laki kelas eden. gambar 2 tahun lepas deh, muka den penuh jirawat! kebudak-budakan, sangat tidak matang, sangat tidak pandai bergaya hehh macam la sekarang bergaya mak datin sangat. ok bai! ;)

    Saturday, February 27, 2010

    Makan Berbunyi?

    agak2 korang lah kan, korang makan berbunyi ke tak? kalau makan keropok rangup2 bunyi krakkrukk krakkrukk krakkk tu memang dah lumrah lah kan. makanan ranggup. memang akan berbunyi lah sebab kejadian n keadaan keranggupan. iklan kat TV pun akan tunjukkan tahap keranggupan keropok2 tu smua. lagi ranggup lagi lah sedap. mcm potato chips tu lah. kalo tak ranggup maknanya dah masuk angin.

    tapi kalau makan nasi, makan kek, makan roti, dan lain-lain makanan yang langsung tiada sifat keranggupan, perlu ke mengeluarkan bunyi mengecap mecap chapp?

    orang tua-tua cukup pantang kalau makan berbunyi. kata mereka tiada adab. umpama makan dengan cicak. sbb cicak kan mecapp mecapp gitu. tambah2 lagi kalau yang keluarkan bunyi tu adalah seorang perempuan. tak ke perempuan patutnya sopan, jaga tingkah laku, adab semua. buat aku rasa macam nak lempang laju2, tampar je mulut tuh. buat malu kaum aje laa.

    so apa kita nak kategorikan orang yang makan berbunyi chap chap chap nih? mak bapak tak ajar, tak pernah nak didik? Makan berbunyi tu menunjukkan didikan yg diterima seseorang dari keluarganya. Maknanya dia tak pernah diajar atau ditegur. Makan pun kena laa ada disiplin bukan setakat mengunyah tetapi apabila menggunakan sudu dan garfu pun ada caranya. Baru laa nampak sopan dan beradab.

    Macam mana kita nak tegur orang yang makan berbunyi ni? kalau kita dah penah tegur, tapi still tak jalan, macam mana? adakah disebabkan mak bapak sendiri tak pernah nak tegur kesalahan adab anak sendiri, menjadikan teguran orang lain dianggap kosong, tak penting?

    aku dah sangat terseksa jiwa raga. cair taik telinga aku ni tiap hari dengar chap chap chap. geli! meloyakan! pencemaran bunyi laa senang cerita. peringatan lah, kalau ada adik beradik sedara mara makan bunyi, tegur2 lah. sbb ape? yang buruknya orang akan salahkan keturunan, kaum kerabat, mak bapak. 

    jadi silalah makan dengan cara yang beradap. kalau kau makan berchapchapchap berkemungkinan orang akan cuba menjauhi diri mereka daripada anda. pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh pah hazirah :)


    ps ; follow me @twitter ~ shnurhazirah :)
     

    Saturday, December 5, 2009

    Awek Hot, Gadis Comel, Perempuan Ayu semuaya ada disini



    malam kelmarin atau entah bila, seperti biasa aku melakukan aktiviti harian aku, baca blog2 yg aku follow. aku mmg akan lawat blog2 yg update di dlm dashboard aku ni. mengisi masa lapang disamping dpt tahu cerita2 menarik tentang bloggers2 yang laen.

    trpikat dengan satu link dr blog siapa entah aku lupa, maap. si blogger tu ada linkkan 1website yang agak menarik minat utk aku klik - Gadis Comel.

    aku klik, nk juga tahu apa isi kandungan laman web tu, yes, seperti yang dijangka, penuh dgn gambar2 gadis2, drp yang terdedah sana sini hinggalah yang bertudung litup. tapi sekejap saja aku tilik website tu, terus aku pangkah setelah melihat gambar yang agak tak menarik minat aku sbb byk lg blog yg patut aku baca berbanding website ini.


    tapi tadi pagi setelah selesai mengemas rumah, aku terfikir nak tgk kembali website tersebut. sbb aku rasa takot2 ada gambar aku atau gambar org yang aku kenali. maka sepanjang hari ini aku menilik setiap page di website tu. mmg sgt byk gambar2. dan alhamdulillah stakat ini tiada gambar org yang rapat dgn aku. tapi ada jugak la gambar 2 3 org bloggers yg aku kenal disitu.




    org yang tak bertanggungjawab send2 gambar ni sgtlah tak patot aku rasa. tak perlu lah kan nk curik3 gambar org kat friendster, myspace, facebook, flickr or even from blog. ini dikira dh langgar hak peribadi org lain.

    .........................................................................................................................

    aku ada pengalaman gambar dicuri. org laen buat 1 account myspace yang laen n smua gambar2 dlm tu adalah gambar aku disertakan sekali gambar yang tak sepatutnya ditayang n sah3 bukan gambar yg berasal dr tubuh bdn aku. nama, umur serta info yang laen smuanya adalah tipu belaka.

    lepas aku dpt tahu kewujudan acc tu, aku msg org tu dan aku report pada admin myspace sbb org tu dh amek gambar2 aku n buat acc laen utk tipu org laen. sumpah tiada gambar2 aku posing maut sbb smuanya gambar aku betudung. sejak dr tu aku delete acc myspace, friendster aku buang gambar2 n biarkan kosong. sbb kejahilan aku approved org yang tak kenal jd padah pada diri aku snirik. skrg aku serik!!

    acc facebook aku akan tapis sebaik mungkin. even org tu aku kenal, tp aku rasa tiada kepentingan dalam hidup aku dan hanya nk menyebok tentang kehidupan aku, wassalam la jawabnya. aku takkan approve org2 sebegitu.

    aku dah penah terkena, aku tanak org laen juga terkena. so dear readers, kalo nk approve org tu biarlah yg kita kenal, yang kita rasa org tu takkan kenakan kita kemudian hari.

    ps. rasa kelakar bila aku buat entry tanpa gambar. dh upload tp aku rasa mcm tak ptt maka aku remove smula :)
    pss. igt pesan akak nih yer adik2. jgn aprove org yg agak tak snonoh :)
    psss. aku dpt tahu org curik gambar dlm blog aku ni siap lah korg aku kejekan! AMARAN KERAS! :grr
    pssss. lama gila kot nk siapkan entry nih. kekasih suruh fikir btol2 wajar atau tak selitkan perihal website tersebut.

    okeh siap. :)

    Thursday, November 19, 2009

    Urat Dawai Tulang Besi

    suatu masa dulu, iaitu pada tahun 2003 semasa i form 4, i penah jatuh menimpa tangga.
    agak trgolek2 la jugak habes baju sekolah jadik kaler kuning sbb terkena karat pemegang tangga tu.
    tp i bkn jatuh sorg2, i ngan kawan i. cane leh jatuh? sbb nak larik cepat3 g cafe masa rehat so that takyah nk beratur panjang2 masa beli makanan :) tp syukur lah tadak yg patah or terseliuh kan.

    yess i mmg sgt kasar la dulu. sbb tu kwn2 gelarkan i ni 'Hazy URAT DAWAI TULANG BESI' :)
    i tak kesah panggilan mcm tu sbb i akan nmpk sgt lah rock okeh dgn panggilan camtuh haha.

    selepas kejadian tu, i dh tak penah dh jatuh2 tangga lagik.mmg i akan berjaga2 bila kat tangga.bahaya weh tangga tuhhh!! mcm2 boleh jadik kan..

    sampai la last monday! i jatuh menimpa tangga jua akhirnya.
    kejadian dekat umah kak ija yg aku tumpang masa di shah alam itu hari.
    kejadian tu disebabkan i asek baca msg kat hp, sebelah lg tangan pegang beg laptop.
    anak tangga tu sgt kecik lah sampai i ter-miss 1 step maka dengan itu kaki i ter-peleottt! opocottt!

    seb baek i bersama2 kekasih turun tangga tu, kalo i sorg2? mmg i meraung la kat tangga tu :(
    tp kan i igt die nk dukung i, tak pun pimpin i ke, tp tak!! ceayy konon nk buat macham dlm drama la kan.
    si kekasih jatuh,si teruna tlg dukung kan.haha berangan lebeyyy la kauu!! :)


    so i nk nasihatkan uolls, masa turun tangga kan, masa jalan ker kan, toksah la nengok2 tilik2 henpon.now i dh menyesal bangat..ceyy jap jer nyesal cnfirm! nnt mst buat lagik agagaga. :)

    lg nasihat i, kalau dh terseliuh gini, cepat2 sapu minyak panas, kalo tadak, g bli ais, tuam ais kat tmpt bengkak tu, jgn bg kena angin sbb nnt bengkak tu dimasuki angin kus2 lg saket jadinya..yg paling penting JANGAN URUT!!!! *ni semua pesanan i dpt dr kekasih hati.dh gaya mcm doktor pun ada.hehs*

    ps. yayangg, u kejam ahh tak pimpin i pun masa i jatuh :(

    Saturday, October 31, 2009

    Selagi Termampu Aku Akan Cuba Jugak.Sila Jgn Putus Asa.


    hey readers.

    i have done watching the korean series-Boys Over Flowers.and i totally in love with all the characters.
    the most part that i really like was when the couple- Gu Jun Pyo & Gum Jan Di was always fighting.
    haha so cute but in the same time they will create a good memories about it.
    i wonder if me & he like that.
    so fun & happening couple we would be.
    hehe okay it just an imagination, just a set of love story.
    perhaps in reality i don't think it will definitely like that, right readers?


    feels like i'm writing an essay for english paper.haha.fineee....
    i was good in English when i was in primary school, but when i grow up, my English seems to be soo rubbished!
    i'm trying to gain back my ability to write n speak English fluently.
    but when i tried to speak english, my tongue will berbelit2 n my confidence totally down to negative 10!
    it was so embarrassing. it just like i'm a new born cute little baby who doesn't know any single words.haha.ok over dh ni.


    hmp. what would u guys suggest me to do to improve my speaking?
    i need to improve it so much because after 1 and a half year from now, i will be going for an interview seeking for job n i realize that all the company looking forward to a new workers who could speak out loud, giving all the answers correctly with the high confidence level sparkling all over the room.hehe.

    okay i know this entry might sounds rubbished to u guys.but i feels relief i still can write in english.
    haha okay guys. wish me luck for my final exam this coming wednesday.

    wasalam.out. :)

    Sunday, July 26, 2009

    #127 Perlukah?


    persoalan yg sedang ber-jogging2 dlm kpala otak aku sejak sbln yg lalu-
    perlukah kita tahu siapa EX-boifren/EX-girlfren kekasih kita?
    wajarkah tindakan kita sekiranya kita selidik setiap apa saja yg pernah terjadi antara kekasih kita & EX die?

    hmp. mcm best jer kan kalau tahu semua2 tu.
    tp betul ke tindakan kita nk tahu smua2 tu?


    bg aku,kalau boleh aku takmau tahu lsg!
    takmau tahu sape nama ex die,takmau tau mana
    diorg kenal,takmau tau smua smua lah!
    sbbnye kalau tahu mst aku akan rs sgt marah,sgt
    jeles,sgt tak sokaa la sng cite kan.
    tambah2 kalo si ex nye cantek dr aku,pandai dr aku,
    manja dr aku,hebat masak dr aku.
    kiranya hebat dlm s
    gala2nya lah.

    tp skrg aku dh tau
    mcm2!
    aku rasa dh sgt byk a
    ku dpt tau.
    apa lagu2 kegemaran,apa janji2 diorg penah janji dulu.
    hal ni buat aku tak
    suka trus lagu2 tu n takmau berjanji apa2.
    sbb aku takut perkara yg sama bakal terjadi pd diri aku.
    oh tuhan mintak dijau
    hkan perkara2 tersebut.

    sgt saket hati,sgt tak tenang hidup,sgt sgt sgt do
    wn idup ni.
    tambah2 lagi ex dia still tak buleh lupakan dia.
    kalau korg boleh ke nk
    trima?
    aku cuba elakkan dr nk tau apa yg tak ptt aku ta
    u.
    tp bila skali aku dpt tau,makanya stiap hari jugak aku perlu tah
    u.
    dh jd rutin hidup aku skrg nih.
    yaa aku patut berusa
    ha utk hapuskan rutin yg mnyaketkan hati aku ni
    secepat mungkin!
    takut bernanah plak hati aku nih kan.hmp.



    cinta aku cinta jarak jauh.
    sgt mencabar,sgt takut,sgt tak tenteram bila fikirkan tentang dia.

    ramai yg bg feedback kat TENTANG CINTA
    yg kita tak perlu tahu sape ex kpd kekasih kita.
    sbbnya korg leh la baca kat sini jela eh.

    so kwn2.
    ada tak cara utk aku hilangkan rutin aku ni?
    atau aku perlu terus lakukan rutin demi nk tau apa aktiviti yg dia lakukan?

    ohh ohh aku kuat smgt.
    kalau dia ada yg laen aku relakan.
    haha ayat mengalah. tsk. sob~

    ini lah hasilnya setelah terbaca website tentang cinta
    hehe i.love.u