Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Perpisahan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi perpisahan tak semestinya kita terputus hubungan. Setiap orang pasti banyak kali mengalami proses perpisahan. Aku bakal menempuh perpisahan sekali lagi. 

Sekolah selepas SPM





Masa habis SPM, tidak lah rasa sangat kesedihan yang melampau. Mungkin aku rasa akan dapat jumpa semula sebab rumah semua dekat-dekat. Dalam Aloq Staq jugak. Sebab itu tiada rasa sebak sedu sedan. Kau pisah macam mana pun, kau balik kampung, kau balik raya, mesti akan *huuhaa huuhaa* bersama-sama. Sampai sekarang kami masih rapat dan jumpa setiap kali balik kampung.

Program Latihan Khidmat Negara

Selepas SPM, aku terpilih untuk mengikuti PLKN. Aku suka, memang happy bila dapat tahu nama aku terpilih. Aku tak kenal siapa pun masa tu. Kem aku dekat Wang Kelian, Perlis. Kem Tasek Meranti nama diberi. Berdekatan dengan Gua Kelam. 3 bulan yang sangat bermakna bagi aku. Dapat kenal rakan-rakan dari negeri lain. Tambah-tambah rakan-rakan dari Kelantan. Pertama kali aku dengar loghat Kelantan, memang aku tak paham haram jadah pun! Ohh paling aku ingat aku TERmencarut menggunakan loghat Kelantan. Maap lah no, cheq ni oghang Kedah, oghang Kedah kata buah mangga tu buah pelam, mana nak p tau hangpa oghang Kelantan ghoyak buah pauh. Ekekekeke :)

Perpisahan semasa PLKN tamat agak menyakitkan lah. Kau bayangkan lah selama 3 bulan, kau duduk kau main kau makan kau minum kau hitam kau peluh kau jatuh kau mandi kau berak semua sama-sama. Aku sayang ramai orang dan aku dapat rasakan ramai sayang aku masa tu (ohh aku macam syok sendiri kan?). Mata memang dah merah gila kot. Malam sebelum lagi dah nangis-nangis teriyak sakan. Aku tak tahu lah kenapa. Dah laa pasang lagu sedih-sedih. Ya Allah, Tuhan saja lah yang tahu masa tu betapa sedihnya semua orang. Macam bongok tak aku nangis? Sampai sekarang kalau dengar lagu Peterpan - Mungkin Nanti, mesti akan teringat PLKN! 

Pemergian Nenek Tersayang

Arwah meninggal pada tarikh 18 Februari 2008. Tahun akhir semasa diploma UTM KL. Arwah yang jaga aku dari dalam perut sampai lah besar panjang. Lepas SPM, arwah ada ajar aku masak. Lauk faveret aku adalah Kari Keling. Tak kisah lah udang ke ikan ke sotong ke, yang penting adalah Kari Keling. Kari yang tak perlu santan. Guna rempah kari semata-mata. Alhamdulillah, sampai sekarang, aku akan masak lauk tu. Sebab adik dan Waled suka sangat masakan tu. Arwah suka sangat beli gula-gula, aiskrim, bagi cucu-cucu dia makan. Masak sedap-sedap, buat kuih sedap-sedap. :') Arwah sangat suka tengok drama Indonesia TV3 setiap petang jam 230 tu. Sampai sekarang, kalau aku dengar lagu Peterpan ft. Chrisye - Menunggumu aku akan teringat dekat arwah. Sebab lagu tu adalah OST drama apa ntah. Ohh, masa arwah disahkan meninggal dunia, aku dalam kelas, and Umi call cakap suruh balik sebab Dadi (Arwah) nak sangat-sangat jumpa Kakak. Ahh terus lah air mata berjurai walaupun Umi tak bagitau perkara sebenar. Aku dapat rasakan Dadi dah tiada. Dalam bus sepanjang perjalanan dari KL-Kedah, air mata memang tak berhenti mengalir (masa menaip pun air mata menitik-nitik ni weiii!!). Tengah makan dekat RnR Sungai Perak pun aku menangis okeh! semua orang tengok je. Ada aku kesah? :') Sampai saja rumah, aku nampak tubuh arwah yang sudah tak bernyawa, Alhamdulillah, air mata aku dah kering. Depan Arwah aku tak menangis langsung. Kan tak elok nangis depan mayat :') Sepanjang malam aku baring sebelah Arwah, sampai subuh.Al-Fatihah :')


Diploma UTM KL


3 tahun, lama kan. Aku hanya ada Tikah, Munirah dan Ira. Diorang yang paling rapat. Ohh tak lupa juga kekasih hati, Izhar sebagai peneman sejati. Haha. Masuk jugak nama dia. Masa nak habis tu, aku tak berapa nak rasa sedih la. Sebab bajet macam takpeeee nanti kan kita sambung sama-sama dekat UTM Skudai. Sekali nahh kau, aku sorang-sorang terkontang kanting dekat Skudai masa awal-awal dulu. Kawan rapat takde, kekasih pun takde. Aigooo. 


Ini antara pengalaman besar aku menempuh perpisahan. Aku dapat rasakan perpisahan bakal aku tempuh lebih kurang SEBULAN lagi ni pasti lagi chaos! Aigoo. Kan dah sedih-sedih dah ni.

Sunday, October 17, 2010

Hah, Kantoi!


Tak sangka ada lagi perangai orang macam ni. Guna gambar orang dan ngaku tu adalah gambar dia. Pastu add kawan-kawan aku & bf salah sorang dalam gambar tu. Hey, dalam tu gambar aku, fariza, sharina n farah okay.

Mana satu Cik Shazwanie Wany dalam gambar tu?

Hamboi biasa dia tuu guna gambar orang lain.
Apesal?
Kau minat kat kitorang ehh?

Thursday, September 23, 2010

Hazirah Barakbah Dah Tak TOMBOYISH?

Farah, Hazirah, Fariza, Rohani

Sharina, Syamim, Rohani, Fariza, Intan, Syahirah, Hazirah

Si Mata Sepet ^_^

Bergaya bila dengan geng Convent je.
Kalau dekat UTM, jangan harap nak nampak aku pakai gini.
Pakai dress pergi kelas?
Ya ampun.
Geli kott!
Haha :)

Wednesday, June 16, 2010

Lagenda Gadis Nakal

"p/s:been working for 7days lastweek, smlm curi masa p tgk LBS, i forced myselp 2 cry sbb my bff said kalau xcry, itu bukan pompuan sejati..dussshhh dusshhh" 

Qoute from my BFF's latest entry. Agak-agak paham tak apa yang dimaksudkan? Dia nak bagi tahu yang dia adalah perempuan sejati kekeke :D 

Ingat tak aku ada buat review filem Lagenda Budak Setan? Lepas My BFF baca post tu, we chit-chatting lah and aku cerita pasal LBS semua blablabla KALAU ANG TENGOK NANTI & ANG TAK NANGES, ANG BUKAN PEREMPUAN SEJATI! Sebab dia tanya aku menanges ke tak tengok LBS, dengan confident-nya aku demi untuk mengenakan My BFF, aku katakan YA! AKU MENANGES!

Yer, aku memang suka kenakan orang. Nakal kan? :D
Rohani sayang, jangan marah-marah lagi okay? Lepas dia publish kat blog, terus aku copy masuk FB pulak. Saja nak kenakan sayangku ni. MENJADI YAHUU!! :D

Hah, ni lah dia Rohani ku sayang aka perempuan sejati. masih single. Sangat comel & cantik. Pandai. Tapi agak kalut. Hehe :)

Ehhhh terupload lebih pulak. Ok lah. takmau nakal-nakal dah. Nak baik-baik sajaaa :D

Bai! ♥

Sunday, June 13, 2010

Reunion : Convent Girls Batch 2004

Salam. Hai.
This story should be publish last 2 weeks, but i let this post in my draft without typing anything. Hehh. So lazy meee. Nahh, so many girls rite? Well i am a Convent girl's, which only cheekyyyy girlssss school there. Trust me! Trademark for Convent Girls is GEDIK! Ehh jangan percaya tau, i tipu jer :) See semua like an angel kan kan?
Ini muka biasa selalu ada dalam blog n facebook aku. Tanpa mereka siapalah aku ini. Haha.
PR student super gedik, engineering student yang sangat coooool, dental nurse yang garang, future teacher bersuara lantang.
Nak masuk kelas modelling lah sebab aku sangat tak reti nak posing arghhhhh!! MENYAMPAH!
Bakal PR kita ni mampu menampung berat badan aku. Sanggup meriba aku demi kasih sayang yang tiada tandingannyaaa. PR kite berbadan empuk sangat enakkkk sekali OKAY DAH CUKUP SUDAH AKU DAH MULA MEREPEK. 

Bai!

Saturday, May 29, 2010

Hot Girls


I L Y G S F D M

Tuesday, May 25, 2010

The Carnival Sungai Petani

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Hati gembira bila ada kawan-kawan hiburkan hati kita kan. Terutamanya kawan-kawan yang betul-betul memahami perangai sesama sendiri. Kau nak kutuk aku kaa, kau nak puji aku kaa, aku terima dengan rela hati. Aku suka macam itu. I mean yang kita benar-benar rapat, yang tahu setiap apa kesukaan kita. Tapi kalau yang tak berapa rapat, tapi hampir semua perihal tentang diri kita dia nak tahu, kutuk-kutuk tanpa tahu keadaan yang sebenarnya, aku akan berang :)

Ehh apa pasal lah aku suka sangat bebel panjang-panjang? Kuat meroyan aku ni.

Minggu lepas, ehh 2 minggu lepas, plan yang aku aturkan menjadi jugak. Memang aku je yang selalu jadi organizer untuk program jalan-jalan bersama Hot Girls. Disamping itu juga aku adalah pemegang uwang-uwang. Haih, mentang-mentang lah aku anak bankers, apa-apa pun akuuuuuu jugak. Nasib baik semua plan aku agak menjadi. Dulu masa pergi Langkawi, aku jugak yang setelkan semuanya. Bagus kan anak Tuan Haji Syed ngan Puan Hajjah Sharifah ni? haha. *muntah darah*
Tujuan entry ni tak sampai-sampai lagi, asyik melencong jaa cerita aku ni. Kalau kena buat esei, memang cikgu bagi 0! haha. Okay sebenarnya kami pergi The Carnival, Sungai Petani, Kedah. Waterpark ni takdelah besar macam Sunway Lagoon ke, Lost World of Tambun ke, Bukit Merah Laketown ke, The Carnival ni kecik jer pun. Sebab dekat, so kira ok lah kan nak berseronok pun.
Dok naik tangga ni buat berat aku turun 5kg untuk hari tu sahaja. Aku tipu jaa pun. Mana boleh dengan hanya naik tangga boleh turun sampai 5kg. Itu gila namanya.
Slides ni adalah sangat best. Sangat mendebarkan. Dilepaskan pastu rasa macam nak terlepas dari pelampung. Naik tangga tinggi-tinggi tadi tu sebab nak terjun mendalah ni lahh. Mula-mula pakat takut je nak naik sorang-sorang. Bila aku lead, turun sorang-sorang, baru yang lain ikut serta. Tengok, nanti mesti diorang cakap aku yang mengajar menda-menda tak elok. cisdel betol.
Pastilah aku pergi dengan gadis-gadis ini. Ohh ya, aku paling tak reti nak posing. memang sudah terbukti. Kan? Takpe, kutuk lah, aku tak kesahhhhh :|


p/s : punya lah seronok jalan-gelak-kutuk-maki semua, last-last kena saman dengan abang trafik. apolahhhh nasib ku :(

Wednesday, March 31, 2010

APRILFOOL. ehh dah april. cepatnyaaaa!

salam readers.
cepat pulak masa berlalu, tup tup tup dah APRIL! bakal mula lah final exam untuk semester ini. okay caiyok to all yang akan exam nnt!! ohh aku nak bagi peringatan siap2 ehh, kat bawah2 ni semua gambar lama2 masa diploma, so memang lah kebudak2an + keburukan muka yag sangat lah memalukan kaum erkkk. so kalau tak tahan nak tengok belah cepat3 haha takot kang muntah emas pulak.

aku ramai sangat kawan, ehh yeke? aku tak peramah, aku tak reti nak sapa2 orang yang aku rasa aku tak berapa nak kenal, aku payah nak percaya kat orang, aku nakal, sangat nakal n ada jugak kata aku jahat! ahhh aku tak kesah pun orang nak cakap ape, yang penting hidup aku bahagia dengan kawan2 yang sayang aku. contohnya Siti Atikah Binti Topik. nahh nama ic terus aku letak. tataplah muka2 kami start dari 1st sem diploma (2005) sampai lah gambar terbaru kami which was on my birthday.



Tikah, dah 5 tahun rupanya kita kawan, penah duduk sebilik, malah setilam sekatil lagi. Thanx for all ur support sepanjang kita kenai. ehh ang ada bagi sapot kat aku kaa??? hehe even ang tak reti nak ekspressikan riak muka ang risau ka sedih ka bosan ka, tapi aku dapat rasa kot smua tu. ang pendiam, tapi aku agak banyak bercakap kot, plus aku suka bebel, aku suka maki marah2 orang, bila aku tgk ang rileks, terus aku rasa macam alamak aku terover laa pulak ni, terus diam pastu.

so on ur birthday today, i make this special post just to wish u happy birthday. hope u will get wutever u want for ur future. i'l pray for u and hope that our friendship will be forever.


Happy 23rd Birthday Tiktop!!

Friday, February 19, 2010

Tekanan Bila Dapat Kad Kahwin Sahabat?

kawan aku bukan stakat dh kawen, dh ade anak dh pun. takde pulak aku rasa nk depressed sbb tgk kwn ade anak. tgk kad kawen lg la takde rase pape. muda g oit. pikir kawen watpe ye dak? byk lagi perkara nk kena buat. nk bergedik sesama rakan. tak ke terbatas bila dh kawen nnt? belum tiba masanya. haha tunggu lah 2012 kot. takpun 2013? :)
ok so smlm me n my Gediks went to Hazwani Nasuha's house, she was one of our classmates masa kat Convent dulu. masa kenduri kawen die kitorg smua tak cuti. makanya sorg pun tak dpt dtg tgk.
alang2 dh cuti so mama min, mama shena, mama wani, mama roni, mama hazi, mama syerah, n mama ela pakat2 lah g tgk mama muda n tecik molek nih. saje tanak gelarkan diri aunty, gelarkan mama cam gediks sket ahh kan. fuhh kami mama mama muda weh :) 
Hazwani masakkan kitorg lunch. bukan kami nak, sian kot pantang pun tak habes lagik, tapi dia still nk jugak jamu kami makan. mulut ckp tanak, perut ckp g ahh makan cepat oiii. hehh T_T
ehem *_* gaya mau ade ahh kan sambil3 mulut dok bergosip. aman weh dpt anak camnih. bising lah mcm mano pun, passing3 lah berapa tgn pun, mata still tutup rapat. aduyai aman sgt lah aman. senang idup mama die. mama die kena bedah nk keluarkan die, tu la nape besar sgt baby? sian kat mama. mama dh laa kecik nau bdn.
 
ehh mama hazi lupa la nk btau readers nama baby.
" hi cemua, nama i mohd khairul hazniq. uolss can call me hazniq okay. i dh terkena tempias kegedikan mama2 vouge yg dtg smlm. tak sabarnye nk jumpe mama2 vouge tu lagi sbb diorg smua cantek3. hihi. boleh cuci mata kan kan :). tapi diorg smua hinggaq laa. saket tinge i tau!!"

ok dah mlalut.
bai!


Wednesday, February 17, 2010

1 Utama

kalau dulu masa diploma, nak dating jer mesti g OU. sbb? dh bosan dgn KLCC. jauh pun jauh lah janji leh jalan n 1 more thing, takde ah terserempak dgn budak2 UTM jugak. tak suke kot dating pastu jumpa org yg dikenali. takde privasi seyh. ehh salah topik.
aku nk story pasal OU ni. las Saturday hang out with Sharina. awal2 plan nk p Sunway Piramid. suddenly terindu pulak kat OU, so terus lah ajak g OU.
 
berjalan agak sakan la. aku dh boleh hapal jalan2 dlm OU tu.OU kan besar, byk plak die punye wing3 smua tu kan. butik2 aku tahu nk carik, tapi bab restoran, aku failed. sbb dulu slalu mesti wajib punya lah makan kat Burger King. sbbnye? org tu leh melepaskan nafsu dgn Dunhill die lah. tmpt tu je yg ade open air, restoran laen kebanyakkannye tertutup.
  
kalo sharina tgk pic ni mesti die marah. sbb die nmpk agak chubby bile berdiri sebelah aku yg sgt keding nih. haha naseb ang lah, bdn jer chubby tapi muka santek, mata bulat. aku ni mata sepet. nk pakai eyeliner pun payah, sedih T_________T
orang ramai sey, biasalah CNY kan. smgt nk shopping. aku nk shopping jugak tapi tak tau nk shopping apa. baju dh melambak3. yg pakainye sikit jer, yg tak pakai sampai 3 4 5 row dlm loker tuh. nnt ahh bg kat adik tecik jela baju3 tu smua. kan sronok jadi adik, baju2 akak semua leh dpt free. bahagianya. ade sape2 nk jd kakak saye? *_*
 
pic smua aku edit pakai photoshop. hoii payah bebenor. siyes lsg tak reti doh. byk sgt mendalah nk kena klik3. photoscape jugak kot yg plg senang. haha. ni saje nk try3 tgk menjadi ke idok. :)

Tuesday, February 2, 2010

Ayuh Join Friendship Contest



syarat2 yang kne dipatuhi..
+gambar mestilah gambar korang dgn mmber2 korang.xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak.hehe (nnti dh mcm classmate contest plak)+ 
+paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak.klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu.+ 
+hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk.+ 
+pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest.+ 
+jz 1 picture je kay,kang terlalu rambang mata cik mar tuk memilih...hehehe+
hadiah plak nnti cik mar pikir2kan ye...tp xde r smpai hadiah sebiji kete@sebuah rumah....hehe hadiah yg nmpk kiut la wokey??
Tarikh Tutup : 12 FEBRUARI 2010
.....................................................................................................................


ini adalah sahabat sejati dari skolah hinggalah skrg.
gambar nih masa kami g langkawi las november. sgt lah menghiburkan hatiku.
kami adalah sgt gedik bila bersama. tapi aku bila sorg2 tak reti lah nk gedik3. haha biarlah gedik beramai2 dari gedik sorg2 org kutuk pompuan ni meroyan kaa? tak tau malu kaa? haaa tak kaa naya hidup.
apa yg best bout all of them?
ok starting from left side which is-
+Suhaila [ella]. dia nih kitorg gelarkan sbg gajah. sbb badan dia a bit chubby masa skolah dulu. suka berangan nk dptkan lelaki2 idaman beliau. sungguh keras hati. antara smua diatas, dialah yg plg byk kitorg kutuk. tapi maintan bergaya ohh. ella the gajah haha :)
+Intan [tan]. she is the shortest among all of us. n kalo boleh seboleh3nya nk carik heels yg tersngt tgi so that she will be the same height with others. hehe sian tantan. we all gelarkan dia as a cicak. sbbnya mata dia macam mata cicak n tgn dia tiada bulu. cicak kan takde bulu. haaa kulit tantan mcm kulit cicak lah. pssst bulu kurang mak mertua tak brapa nk syg. yakah? hehe :)
+Sharina [shena]. buffalo gelarannya. haha. sbb dia ala2 chubby gk. buffalo kan chubby nomey3 gitu. minah nih plg hebat lah. bwk lah p mana pun rasanya dia mampu nk hidup. kalo dia gelak, haihh mau terjatuh cicak3 terkejot dgr. bkn stakat gelak kua, skali dgn tgn2 merewang. tampo sana sini. kalo nk cerita lwk sila jgn duduk sebelah shena. mau lebam tgn peha smua :)
+Hazirah [hazy]. ini aku lah. gelaran diberi adalah bangau. kenapa? sbb aku renjong, pnjang serupa bangau lah. haha. mls nk cite pjg2 psal aku. ayuh minah seterusnya adalah-
+Farah [fara]. garuda adalah gelarannya. sbbnya hidung dia mcm burung garuda punya paruh. amek hanger sangkut kat hidung dia pun boleh tahan lama. haha. fara kalo boleh nk mekap, mmg nk btoi3 mcm opera cino. setebal2nya nk mekap. kulit dr gelap dr aku tup3 pas mekap bagai cerah bebenor. fara, sungguh tak natural lah. lek3 sudah okay. dia nih antara mulut terjahat lah. suka ngutuk org. gaya kalau boleh nk serupa mak datin. mmg ada potensi nk jd bini kedua datuk2 kaya nih. haha.
+Fariza. si katak putih. kulit mcm tadak darah lsg. putih nak. pastu mata serupa mata katak. mulut terpaling jahat! ngutuk sahabat snirik kaw3 punya dasyat. tapi kami bila dh kena kutuk pun lawan blk kutuk masing2. siap gadoh lg sape yg plg jahat antara 7org nih. haha.
+Rohani [roni]. dulu dia sgt pendiam. sgt pasif. sgt gelabah toksah ckp ah. tok kura gelaran diberi. jln slow3 terkedek3 pastu bwk beg skolah yg sgt besar umpama menampung cengkerang. sian tok kura. seb baek masih lagi bertenaga hingga sekarang. dulu jugak dia adalah org yg slalu dibuli, dikutuk3. tapi skrg hamboi3 makin hebat mngutuk org. mana blajaq mek? haha. ini blognya. g lah jenguk2. anak mami ohh comell :)

tak kesah la mcm mana rupa kau, macam mana gelaran kau, sekuat mana kutukan yg diterima, sesakit mana hati tu, semarah mana kau rasa, kalau dh nama kawan tuh, tetap lah kawan sampai bila2. itu baru btol2 persahabatan abadi. bkn sng nk dpt org yg kita syg kan, so bila dh dpt, jaga lah ia sebaik mungkin :)

Thursday, December 10, 2009

Pertandingan mengecilkan badan ala-ala model. ini bukan terbuka utk bloggers ok jgn salah paham.


|
|
|
|
V

apa yang terjadik? badan aku jd muka sharina, badan farah jadik muka rohani!


yes ni lah pertandingan yg aku ckp tu, sharina vs rohani vs ella, siapa akan kurus dan jadi mcm bdn model diatas yg mereka sgt idam2 kan itu. sian kan sampai kena crop paste muka utk nmpk slim. hak3.
camne dorg nk kurus? no jusmate okeh! tak adil itu. i sbg juri pertandingan ni melarang sama sekali. para peserta haruslah rajin bersenam, mkn berpada-pada okeh. hehe tak sabar nk tgu keputusan.
hadiah? yang kalah harus beli bra baru utk si pemenang memandangkan dh kurus kan :)
okeh i tanak komen byk2 pasal pertandingan ni. apa2 pun kena wait n see. tempoh diberi utk mereka kurus adalah sehingga cuti sem bln6 tahun depan. lama lg tu kan tp tu lah dugaan yg terpaksa mereka tempuhi.


baca selebihnya disini - Rohanisme

Saturday, December 5, 2009

Gempa Badan

hang out lagik dgn my girlfriends. this tym maen bowling pulak.

samting funny bout this picture. tgh sakan kutuk my hunny rohani pasal yg dia terjun awal dr banana boat. she said she will never ride that thing again! of cos la dia tanak lg naek, fobia kot terapung jauh sorg2 adeyai my roni nih.
and 1 more thing, diorg smua gelakkan i bcoz i gelak tadak bunyik. badan jer gegar3 lebih. siyesly i penah coba nk gelak bg ada suara but tanak gak kua jugak. plus minah2 ni ckp i alien tsk :|






asal jumpa ja kutuk, gosip, tampaq kiri kanan, gelak pusing 360 darjah, gelak ketaq3 badan pada kadar 3.7skala richter. haha but that is the way we express our love! :)





Saturday, November 28, 2009

Gedik Langkawi 4

selalu kalo post b4 this mst tamat kat pantai. padahal mlm ade jer program ktorg. terlupa laa dh pjg sgt cite so  mcm kena terpaksa sgt3 dh stop. okeh aku tahu mst ramai dh nyampah gilak tgk gambar konon2 bajet habeh HOT lah kan tp tak kira lah i must story jugak! :)


aktiviti mlm kedua, bershopping! ade bazar berhadapan Underwater World, dekat2 jugak la dgn Malibest Resort tu. so apa lagi sakan la shopping. proses tawar-menawar jgn ckp la. ada sorg awek tu sampai nk nanges2 mintak tawar beb. hehe. i beli dress. ok i taktahu bilamasa i akan pakai that dress. beli sbb nmpk cantek n trasa nk pakai but entah. i kan agak kasar. hehe. tgk la ada nafsu lembut getis ngade3 i pakai lah :D


after shopping, ok shopping ja take about 2hours camtu lah. kol10 baru masok keta tergedik3 nk p dinner pulak padahal tiket wayang jam 11pm. nk kua dr Pantai Chenang ke Kuah dh mkn masa 30min. so jadinya, dh so jadi pulak aku neh. ok pastu tak la diner. g dolu tgk wayang. cerita apa?


cerita ini, Pisau Cukur.
agak2 sape yg ada potensi utk jd pisau cukur antara kami 7 nih? i? mcm tadak gaya sajork :)


intan ckp posing ni santek. tp i nengok posing i burok gilaa kot!!! keh3 nevermind~


Posing terakhir kat Pantai Chenang. hehe sedeyh lah. tringat rohani terjun awai dr banana boat keh3 :D


weols check out pukul 9am. after setel check out angakat barang smua, we went to Awana Porto Malai. Intan ckp kwn2 dia nnt p Langkawi akan stay at Awana. woww! mantop habes la kwn u cik intan. mai jln2 ngan kami hang kena stay resort ja, sian kat hang noo. takpa kita sepp bajet.



kalo bab gedik kena laa smua org. gambar dh mcm album cover seyy :)



las picture together at Dataran Lang. i like this pict so damn much. it's soo KEWLL!



end of Langkawi story. hehe. gmbar tuan punya blog utk kenang2an (kononnn) :)


................................................................
TAMMAT


Friday, November 27, 2009

Gedik Langkawi 3

day 2 hari jalan-jalan pusing langkawi.







while waiting for others. yes datin2 artis2 kan kena mekap dulu before kua. i mane reti nk mekap2 ni. pakai bedak, pakai lip balm, calit eyeliner sket, calit perfume sket dah setel. datin2 artis2 nk kena pakai eyeshadow lah, blusher lah ntah mcm2 lagik lah i oso don't noe lahh hehh :)
ini di pantai chenang, btol2 dpn chalet ktorg duduk ni. kalo dok awana belum tentu dpt tgk pasir cantek camnih. hehh saje sedapkan hati tak mampu dok awana keh3 :)




so that morning we went to Langkawi Cable Car yang terletak kat Gunung Machinchang. Ramai sgt lah manusia beratur almost for 2hours baru dpt naek tau! laen kali nk g jgn gedik2 dok photoshot, g jer dulu bratur. kang jd cam ktorg ni. habeh cayaq mekap ceq tauu :)





i like the way we pose. haha yahh mcm buruk kan? alaa kami bknnya pro :)
the right pic ni klako tgk kaki masing2. mcm buat formation hurup jer. pluss kaki kedingggg!!! kahkahkah.




we were at 652.5meter above the sea level. kira tinggi ke tak tinggi ni ekk?




last2 tinggal kami berempat jalan sampai ke hujung jambatan gantung ni. yang laen gayat!
lepas jer dgr sharina ckp -


"ramai org mati masa depa buat jambatan ni. hang tgk la tinggi mana. ataih buket plak nih. tinggi gilaaa"


4org tu cabot! patah balek ke tempat yang tak bergantung. cehh hahahaha.
masa nak naek balek ke cable car tu masyaallahhhhh!!! penat! saket kaki! mcm nk tekeluaq kpala lutut weh! nmpk sgt kaki dh tak kuat! tu laa dh lama tak bersenam. asyek dok ngadap FB, Blogshop. mana nk kuat otot2 tu. hehe :)




next destination - Black Sand Beach. yes, pasir disana adalah berwarna hitam.
kesah donggeng kata ada ikan duyong sumpah pantai tu ke cane ntah sbb murka pasaipa ceq taktau. nk tau kena p tanya lah kat ikan duyong tu snirik. tp benarkah wujud ikan duyong kat dunia ni?? wallahualam...
tp dr segi logiknye plak, pasir ni hitam sbb adenye bijih kat dasar laut situ. so bile dh campur2 ngan pasir biase, jadilah hitam camtu. i salah maapkan i hehe.




yer mmg hitam. seb baek kaki smua cerah :)


after BSB, ktorg g pusing2 langkawi. antara tempat yg kami lalu -
Air Hangat, Galeri Perdana, Telaga Tujuh waterfall.
kiranye kami pegi smua tempat lah kat langkawi tu. hehe.
Lalu lambai3 then teruskan perjalanan ke Pekan Kuah. Beli cokelat lah ape lagik!
setel2 beli cokelat, balek chalet n MANDI PANTAI :)