Showing posts with label jalanjalan. Show all posts
Showing posts with label jalanjalan. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Tempat Best di Cameron Highlands

Hi readers tercintaaa!

Kalau pergi Cameron Highlands kan, rasanya tempat ni lagi sesuai untuk yang nak release tension. Yang taknak kawasan sesak-sesak. Yang taknak tempat panas-panas. Yelah kan, Malaysia kan panas melampau sekarang ni. So Cameron Highlands is the best place for you laa kalau nak mencari ketenangan.

Standard laa kalau pergi Cameron Highlands, mesti cari strawberry, teh, jagung bakar segala. Itu berlambak.
Kalau nak pergi ladang teh, dicadangkan pergi Sungei Palas Boh Tea. Sana cantikkkk sangat view dia. Teh mahal, sekali sekala minum teh mahal tak mengapa lah kan. Cameron Valley Bharat Tea tak berapa best pun, cuma sesuai untuk orang yang malas nak menapak tinggi-tinggi naik ke Sungei Palas tu haa.


Next place yang wajib pergi adalah Time Tunnel Museum. Dulu masa 1st time g Cameron Highlands, buat rak pandang je museum. Yelah, museum kot, mind set dah kata kalau museum sure bosan. Pastu satu lagi masa g 1st time dulu tak pulak survey tempat-tempat best and review dekat blog-blog orang. 2nd time ni before g sana, google apa yang patut. Ramai cakap Time Tunnel Museum ni best gila. Dan memang pun, best wooooo! Semua barang-barang antik, cerita macam mana Cameron Highlands boleh start muncul, misteri disebalik Cameron Highlands. Ehh macam-macam lah. Tiket harga RM5 untuk dewasa. Sangat murah kalau nak banding dengan apa yang ada dekat dalam tu. Agak lama jugak la kami dekat dalam Time Tunnel Museum ni. Tilik setiap satu barang dan pameran yang ada. Camera nak bawak masuk 10 biji pun diorang tak halang. So, Time Tunnel Museum memang wajib korang pergi kalau bercuti ke Cameron Highlands!




Satu lagi orang cakap pasar malam Brinchang best. Tapi 2 kali pergi, 2 kali tak dapat jejak ke pasar malam Brinchang. Sebab pasar malam tu hanya ada pada hujung minggu sahaja! Jumaat Sabtu Ahad kalau tak salah.

Ada pasar hari-hari dekat dengan Equtorial Hotel, kami beli jagung bakar, cendawan goreng, strawberry coklat kat situ. Yang lain biasa-biasa je, ada bunga, jagung mentah, strawberry, buah-buah. Strawberry better if beli dekat ladang terus. Yang boleh kutip sendiri atau kalau malas macam aku boleh terus ke kedai strawberry dalam ladang strawberry.

Jagung berlian. Nyummmmsss. Boleh makan begitu sahaja. Tak payah nak rebus. Gila manis gebu lemak berair pehh sedap!!! Tempat best adalah kedai letaknya belah kanan, otw dah nak turun ke Simpang Pulai. Kira dah hampir hujung-hujung dah la.

Tu je kot nak cerita pasal tempat nak melawat. Tempat makan best kat Cameron Highlands nanti-nanti pulak la kot?

Bye!

Tuesday, May 7, 2013

Hotel Best Cameron Highlands

Helo!

Kali ni entry pasai holiday pulak. Kerja kerja kerja  sungguh-sungguh takdak cuti jalan-jalan makan angin bosan jugak kan.

Lets start entry makan angin. Nak story pasal Cameron Highlands je. 1st kitorang pergi Cameron Highlands masa lepas nikah dan kenduri dekat Alor Setar. Kiranya hot honeymoon lah. Masih bergetah ahakss ahakss. Masa tu Izhar laa pilih nak stay at Ye Olde Smokehouse Hotel, Cameron Highlands. Orang kata hotel tu antara hotel yang best kat Cameron Highlands. Kitorang beli 2D1N stay at Main Suite okeh. Kaya konon. Padahal beli melalui Groupon. Less banyak gilerrrssss. Hampir gila bila tengok bilik & kawasan hotel.

Gambaq google.
Gambaq atas ni kira dia punya main entrance to lobby la, yang ada orang tu. Bilik suite kitorang yang belah kiri atas tu. Fuhhh terasa British habis!

Haaa ini gambaq suite kitoraang stay
"[Up to 40% Off] Cameron Highlands: 2D1N Stay for 2 at Smokehouse Hotel Cameron Highlands + Full English Breakfast. Stay in Deluxe Room (RM250) / Main Wing Suite (RM390). Limited Groupons"

Yes, instead of paying RM650, we only pay it for RM390! 40% less kot, kan ke rugi kalau tak amik? Hehe. overall, YE OLDE SMOKEHOUSE MEMANG BEST GILERRR!!!

Second hotel dekat Cameron Highlands yang kitorang stay adalah Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Ini baru sangat kitorang g, masa 28 - 30 April. Kecoh sekali masa nak pergi bercuti kali ni. Sorang tak dapat cuti, sorang lagii busy dengan offshore and reportsss. Meluat! Nasib baik laaaa Tuhan permudahkan jugak jalan untuk kami bercuti. last bercuti berdua rasanya. Lepas ni dengan baby pulak! 

Gambaq ihsan Google jugak.

Bilik kami! Studio Suite!
Beza Strawberry Park Resort dengan Ye Olde Smokehouse Hotel, SPR ni bilik dia besaq dan luass, decoration more to urban gitu, gaya kotemporari. Ah memandai ja gaya itu ini. Compared to Ye Olde Smokehouse, bilik dia ala-ala British. Lain dari yang lain. 

Both of us lagi suka gila babeng dengan Ye Olde Smokehouse! Kalau ada lagi dekat Groupon, korang beli lah. Dapat merasa duduk hotel cantik menarik dan mahal tapi pada harga yang murah. Gituu.

Lepas ni taktau bila boleh bercuti. Izhar kata tunggu anak umoq 1 tahun baru boleh p berjalan semula. Waaaa 1 tahunnn?? Zzzz....

Tata adios amigosh!



Tuesday, March 8, 2011

Maxi Dress

Assalamualaikum. Hai!!

Weekend yang HAPPY sesangat! Kenapa? Nanti lah kalau ada masa dan kerajinan, aku cerita. Buat masa sekarang, aku hanya terfikirkan Maxi Dress ini! Adui. Mahal lah, kalau murah, memang masa tu jugak aku rembat. RM89 okeh! Boleh dapat yang lagi murah patutnya. Sabar sajalah hati.

Kantoi buncit. Kesan tali pinggang okeh!
Tolong siapa-siapa jangan beli ehh maxi dress ni. Nanti aku menangis teresak-esak tengok ada kat badan orang lain. Tskkk. Dalam blogshop banyak je jual, tapiii kannnn, aku risau kalau beli nanti singkat macam mana? Dah pernah dah beli dulu, sekali singkat okeh! Rugi jer! Ahh sabar wahai hati ;)

Mencapub sekali sekala tayang gambar kekasih. Dua (2) bulan tak jumpa, dapat dating dua (2) hari jer sangat bahagia terasa. Senyum sampai ke telinga. Silap-silap lebih dari telinga terus. Apa merepek ni?

OK BAI!! ;)

Thursday, December 30, 2010

Batam Island, Indonesia ( Day 1 )

Sebelum bertolak ke Terminal Stulang.

Terminal Feri Stulang Laut

Atas feri

Iela si tunangan orang

Ieyza, Nazs, Fiq pemilik KBE, Hadi, Iela, Hazirah, Mai, Jihan, Ain, Najwa

Macho habess! Aummm!~


SANGAT LAZAT! MEMANG MANTAP!


At Universitas International Batam




Naik bus pun teruja lebihhh walaupun bus buruk

Yang penting, kami dapat bergerak ;)

Wednesday, December 15, 2010

Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia

Selamat sejahtera murid-murid. Kelas Geografi kita harini kita akan belajar pasal Benua Asia ye. Malaysia adalah terletak di benua apa murid-murid? Siapa pandai angkat kening dan jawab. :)

Saya cikgu saya! Benua Asia! 

Pandaiiiiii ! ;)

Peta Benua Asia
Tengok peta Benua Asia tu. Tahu tak dimana letaknya penghujung tanah besar asia? Tanah besar Asia tu maksudnya yang diatas tu, abaikan yang kepulauan Indonesia, Sabah, Sarawak, Singapore. Makanya, penghujung Tanah Besar Asia adalah terletak di negeri Johor. 

Wahh panjang lebar cikgu Geografi ni cerita. Sebenarnya nak cakap yang aku dah samapi ke Punghujung Selatan Tanah Besar Asia! Yahhuuu! Tak percaya? Silalah percaya.

Kami disini!
Nama tempat tersebut adalah Tanjung Piai. Lebih tepat lagi dikenali sebagai Taman Negara Tanjung Piai, Johor. 2 jam perjalanan dari UTM Skudai. Apa yang best dekat sana?

Banyak beruk! Bau busuk-busuk air paya. Eh, best ke? Mesti lah best! Mana lagi boleh dapat feel macam tu kalau bukan di Taman Negara. Asyik pergi mall je, bosan lah jugak kan.
Nahhh, buktinyaa ;)
Tahniah!! Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.
Congratulations! You Are Now Standing At The Southern Most Tip Of Mainland Asia.
Posing dengan payung Maybank. Tak tahannn! Hahaha

Dipersimpangan. Selat Melaka? Selat Johor?

Sedih lah tadak gambar bersama. Tapi takpe, dimana aku posing, disitu dia posing jugak. Dah lah suka tiru aku. Aish. Haha.

Model Payung Maybank
Siapa lagi nak promote Maybank kalau bukan anak pekerja Maybank? Sia-sia dapat scholar Maybank tapi tak promote. So fineeee, aku promote Maybank ni. Maybank gagah sebab ada RIMAU tolong jaga. So kalau nak duit anda selamat? Menabunglah di Maybank dan buatlah loan di Maybank. Anda-anda di sekitar Alor Setar kalau nak buat loan, pergilah ke Maybank Simpang Kuala dan bertemu dengan Tuan Syed. Kihkihkih ;)

Diakhiri dengan gambar seketoi muka tuan tanah demam lepas penat berjalan. Aish. Potong stim tengah happy happy. Tak boleh nak pow makanan sedap-sedap mahai-mahai. Spoillll !


Baibai Loves ♥

Monday, December 13, 2010

Melaka, Bandaraya Bersejarah

Yaaa! Kami ke Melaka pada hari Ahad 5 December 2010! Akhirnya sampai jugak. Macam bangga jap dapat jejak kaki ke Melaka. Bandaraya bersejarah lah katakan. Entry kali ini adalah entry bergambar. Gambar adalah medium perantaraan pembelajaran yang paling berkesan ye adik-adik sekalian. :)

Macam over kan snap pic dekat nama jalan?

Izhar The Pirate & Captain Hazirah!



Dinding pun jadi lah. Peninggalan sejarah oh!

Aww! Macho habes! ;)





Meriam BOMBBB!!
Our dinner supposed to be at Tepian Tebrau. But then, rojak-rojak, tauhu bakar, sotong kangkung semuaaaaa dah habis masa kitorang sampai. Takdelah lambat pun, baru pukul 9 lebih. Sedih la. Rojak kat situ sedapppp gilerrrrrrrr!
At Ayong, Tepian Tebrau, Johor

Jadinya kitorang g Atap Berlian, Hutan Bandar, Larkin. Makan Chicken Chop RM5 dan jugak Lamb Chop, favourite saya dan dia! :)

Tamat sudah pengembaraan hari Ahad 5 December 2010.
Jumpa lagi untuk cerita esok hari.

.Salam.
.Adiosa.
♥

Sunday, August 1, 2010

Weekend di Kebun Buah

Salam. Hallu semua :)

Hujung minggu kali ni, tukar tempat hangout pulak. Kami ke Felda Bukit Besar, Kulai. Rumah arwah nenek Yana. Tujuan? Ape lagi, kait buah lahh. Buah rambutan dan pulasan je yang tinggal. Manggis dah habis. Sedih.
Pokok rambutan betul-betul depan rumah. Merah-merah-merah-SEDAPPP!
Penuh plastik dengan rambutan. Pulasan 1 plastik lagi.
Ibu kerengga bersama anak-anak kerengga
Kali pertama makan pulasan and tengok pokok pulasan. Kali pertama makan rambutan petik dari pokok terus masuk mulut. Haha. Saya tiada kampung yang betul-betul kampung, dan saya tiada kebun pokok buah-buahan. Rumah saya ada ulam-ulaman sahaja. So tak heran lah kalau saya jakun sebentar.

p.s :
muka saya tiada sebab saya cameragirl
:D
Hehe.
Bai! ♥


Monday, July 26, 2010

Desaru, Johor

Salam. Hai.

Well, haritu kan dah janji nak cerita pasal cuti-cuti ke Desaru. Cuti dengan kawan-kawan mesti lah best kan, tak kisah lah kemana pun. Bertolak hari Jumaat lepas Zuhur, sampai sana dalam pukul 4 lebih. Dua kereta konvoi, 9 orang gadis semuanya. Gadis-gadis pergi bercuti uoll :D
Sampai je apartment tu, snap-snap dulu lah kan
Kami menginap di Lotus Desaru Beach Resort. Apartment ni ada 2 bilik, queen size bed, ada hall & tv, dan juga dapur. Microwave, peti sejuk ada. Toilet pun memang mantop habis lah. Cun!
Tadaaa! Dah tukar baju. Siap sedia untuk TERJUNNN!!!

Naik Tuttut (kereta golf). Tapi bahagian depan guna dashboard Perodua Kancil.
Kena naik Kancil ni sebab Lotus Desaru Resort ni tersangat lah luas & besarr. So kita call nanti kancil tu sampai laa depan blok kita. 9 orang muat naik kancil ( kancil modified dow, kancil biasa naik 4 orang pun dah semput )

Permandangan dari dalam Cafe, mengadap ke laut.
Seriously pantai ini dijaga betul-betul. Sangat bersih! Sangat suci pasir-pasir dekat situ. Siap ada bar tepi pantai tu, namanya Rhu Bar. Memang superb lah.

Ayaq nyok tumpah!!
Apa yang bestnya Lotus Desaru Resort ni adalah, mereka sediakan waterpark! Itu yang kita mahu kan? Tak pandang dah pantai, terus nampak waterpark ni jer. Memang lah tak boleh nak lawan Sunway Lagoon, Lost World Tambun. Tapi okay apa. Best giler kot. Main macam budak-budak tak cukup umur.
Water Slide pun ada bebb.
Sebabkan terlalu excited, tangan aku luka, kaki aku lebam. Haha. Sebab main water slide ni sampai terbalik terhantuk batu, terbalik kepala terhantuk lantai slide tu. Gila! Memang main sungguh-sungguh lah. Lepaskan tension sebelum FYP bermula. Boleh? :)

Welcoming Drink at Rhu Bar

Nah, rupa bilik kami menginap. Sangat cantik. Memang puas hati lahhh.

Sudah siap mahu pulang

Jalan jam macam hapeeee lagi. Dah laa nak terkencing. Dugaan betol!

Maaf lah yer terlampau banyak pulak gambar. Kata bercuti kan, haruslah bergambar. Andd KaCaQ dah sampai Desaru. Hoyeyyy! :D

Ok. Have fun reading.
Bai! ♥