Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Majlis Khatam Quran Ayu Tomok



Ini entri gedik. Hahahaha

Monday, November 29, 2010

Cinta Syyhh Uncle Seekers dan Bekas Permaisuri Agung Siti Aishah

Semua orang pakat kecoh kes meroyan Uncle Seekers tu. Tak baca lagi? Sekarang dah sampai Part 6 tau. Rugi kalau korang tak baca. Hahaha, rugi ke? Yes of course. Sebab kita boleh tengok macam mana hantunya manusia itu. Ehh malas cakap banyaka-banayk. Nah BACAA BACAAA!!



Terjah lah, tengok betapa SYYHHHH-nya kisah cinta diorang ni. Boleh jadi novel terulung yaw! Yaa lahh aku lambat post entry, kisah ni dah kecoh minggu lepas lagi. Tapi apa salah kan. Terjah tetap terjahh. Yeahh!


**Updated :D

Saturday, October 9, 2010

Hazirah Comel


Kenapa mesti Heliza Comel?

Kenapa bukan Hazirah yang comel? 

Jeles tau! O-o

Wednesday, August 25, 2010

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;) mcm tahu2 je, sbb smlm tgh drive, mulut ni mula nk ikut menyiulkan rentak lagu nih.. haiihh.. maklumla balik keje bulan2 posa ni jln jam aje... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

 

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Thursday, July 22, 2010

Aiman - Cinta Terakhir

Baru pertama kali tengok Akasia - Ilusi petang tadi. Tertarik sangat dengan lagu dalam drama Ilusi. Dinyanyikan oleh Aiman. Sape Aiman tu eyh? Tak pernah tahu pulak ada artis nama Aiman. Ke aku yang ketinggalan tak ambil tahu gosip semasa? :D

Aiman
Ini dia Aiman. Peserta Akedemi Nasyid ke ape ntah. Ade wujud yer rancangan tu? Memang aku ni ketinggalan lahh. Tapi siyesly lah lagu die ni bestttt sangat. Sila download!!

Sunday, July 4, 2010

Mentor 4 : Adi, Nani atau Mohd ?

Adi, Nani & Mohd
Siapa juara Mentor 4? Ehh orang sibuk bola aku sibuk mentor kan?

Rasa-rasanya macam Nani menang, tapi Mohd macam best jugak. Tapi lagi suka genre yang Adi pegang. Tiga-tiga menang tak boleh ke?

Lagi suka Ila Damiaa sebenarnya. Tapi sayang lah terkeluar pulak last week.

Ok. Apa-apa pun tengok jelah japgi.

Adiosa! ❤

Thursday, June 10, 2010

Dunia Baru Reunion Kini Ditayangkan


Ingat lagi cerita Dunia Baru, Dunia Baru 2, Dunia Baru 3 dan jugak Dunia Baru The Movie? Haa, minat kan minat kan? Uihh aku sukaa bebenor cerita ni. Kelakar yang teramat sangat!


Sekarang ni Dunia Baru Reunion pulak. Tapi bukan di TV3, tapi di http://www.gua.com.my/duniabaru/. Baru 2 episode, semua sekejap-sekejap je tayangan cerita tu. Kira ok lah kan takdelah lama sangat nak tunggu loading. Yang tak bestnya, tak berapa nak puas lah tengok.

Rupanya konon yang gosip cakap Elyana gemuk tu hanyalah dalam lakonan je. Aku ingatkan betul-betul dah gemuk! Bikin kecohhhh jer lahh. Dalam Dunia Baru Reunion ni, Pierre Andre, Iqram Dinzly dah tak berlakon. Fiqrie Dahari lagi lagiiii lah takde dah dalam cerita ini.

Nahh, episode 1 dan episode 2 Dunia Baru Reunion. Layannn!



Sinopsis Dunia Baru Reunion
Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.


Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.

Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

Episod seterusnya boleh ditonton di http://www.gua.com.my/duniabaru/

ciau!

Sunday, May 30, 2010

Baru Kenduri Kesyukuran, Kenduri Kahwin Nanti Sah-sah Lagi Meriah.

Jumaat yang penuh gembira riang ria. Umpama sambutan Aidilfitri. Padahal yang diraikan adalah kenduri doa selamat. Yes, family aku adalah satu family yang sangat besar. Kalau Alhady, Idid, sepupu-sepapat aku lah tu. Barakbah, kurang rapat. Jangan ditanya, pasti aku tak dapat nak jawab. Kalau Alhady or Idid, confirm lulus gred A+++.

Kenduri berlangsung di rumah tok sedara aku, merangkap mak sedara umi aku lah. Kenduri doa selamat untuk anak-anak beliau sebab berjaya dalam hidup. Alhamdulillah.
Yang ditengah adalah moyang aku, ibunda kepada nenek aku yang juga merangkap nenda bagi umi aku. Her age now is 98 years old i guess. Masih kuat, masih sihat. Tapi tok nenda tak suka orang pegang-pegang dia, nanti dia geli. Hehe comel kan!
Masa orang laki tengah baca Yassin, kami lepak lah kat hall belakang, sibuk snap sana sini. Umi dipaksa join jugak. Patutnya kena tolong kat dapur, tapi makcik-makcik, nenek-nenek semua dah ramai kan, so anak dara duduk senang-lenang jelaaa. Opss haha kantoi pemalas kau nyahh.

Okay okay! Ehem-ehem, jangan terkejut okay kalian semua kalau tengok gambar bawah ni. Sedia semua? Kira sampai T.I.G.A baru scroll ke bawah yer? SATU. DUA. TIGAAAA!
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Nahhh, anak tuan rumah, Si pelakon Lagenda Budak Setan, Farid Kamil. Yer betul die, aku tak tipu. He is my umi's cousin, which means he is my uncle. Tak boleh nak letak gambar dengan dia banyak-banyak, mencapub namanya nanti. Plus perlulah menjaga kefofularan pakcik sendiri kan.
Tengah syok-syok duduk dalam rumah, tiba-tiba budak-budak jerit KUDAAAA KUDAAA NAK NAIK KUDAAA! Nahh, apa kes tiba-tiba ada kuda nih. Keluar lah cepat-cepat tengok betol kau ada kuda kat depan rumah. Macam mana aku nak naik dol? pakai baju kurung nih? Haih rugi. Dah laaaa freeee kot! Kalau g mana-mana mesti kena bayar paling murah pun RM5. Aish. Ruginyaaaa lah. *besaq-besaq pun hegeh nak naek kuda meroyan sungguh aku ni*

Duduk sana dari pagi sampai petang sumpah aku rasa berlemoihhhh yang teramat sangat. Paham-paham lah kan cuaca macam mana sekarang ni, peluh macam tengah dok mandi shower tu babe. Mencurah-curahhhhh!

Okay lah, cukup disini sahaja. Nanti jangan lupa pergi tengok Lagenda Budak Setan hokeyyy. Ada Lisa Surihani, pasti layan punyaa...

P/S : Ingatkan Lisa Surihani datang jugak, tapi tiada. Takpa, tunggu Farid Kamil kahwin nanti dia pasti datang. ♥

Thursday, May 27, 2010

Dulu Cita-Cita Nak Jadi Model Tapi Aku Sedar Siapalah Aku Ini

Yerla, rupa takde, posing buruk. Ada hati nak jadi model? Pastu teringin nak jadi pramugari. Alasan sebab nanti dapat kenal pilot yang kacak, tegap, gagah dan romantis. Mana lah tahu kan untung-untung dapat berpacaran dengan pilot. Boleh dapat diskaun tiket g makan angin.

Okay itu semua hanyalah angan-angan. Tak salah kita impikan sesuatu yang menggembirakan hati walaupun kita tak dapat penuhinya.Yang pasti, ganjaran yang tepat untuk kita akan datang suatu masa nanti seperti yang telah Allah tetapkan kan :)
Ohh, ini rupa baru Bandaraya Alor Setar. Dah laa sekarang cuaca amat panas, habis pokok-pokok kat tengah divider ni dipotong. Bila dah potong semuanya, nampak cantik plak view bandaraya ni. Terang benderang jadinya.
Nah, nampak poster terpampang besar tu? Ni jer matlamat aku post gambar-gambar ni. Baru snap petang tadi.

Itu adalah aku mem-promosi-kan produk kecantikan Azie Spa. Ok aku tau korang takkan percaya, tapi ni betul-betul bukan aku lahh! haha.

Nama model tu adalah Sharifah Nor Aziah Barakbah. Dulu, one of my bro's fren text him and asked him-

"Kak ang jadi model ka weh? Besaq sungguh muka dia ada kat roundabout pacific tuh"

So my bro pun macam terkedu sebentar, bila pulak kakak aku jadi model ni? Dengan sepantas kilat dia keluar menuju ke bulatan tersebut untuk tengok balik siapakah gerangan gadis disitu, memang SAH-SAH lah bukan kakak die kan.

Terperasan kejap lah, jap jer, bajet konon wow! aku model di tengah-tengah bandaraya! HAHAHA. Sebabkan nama lebih kurang, aku terkena tempias kepopularan iklan itu.

Tu jer nk cite. ok bai. Selamat Hari Wesak. Makan ketupat lemang ingatlah orang disini okeh. :)

Tuesday, May 11, 2010

Famous People With a Fingers in a Nose =3


SELEKEH! payah kan jadi public figures ni, ape je kau buat, mesti dirakam, direkod bagai. tuptuptup keluar dekat internet. jadik macam aku kan senang, katne pun boleh sental! ops!!!! :D

Friday, April 16, 2010

Adamaya Makin Mengancam Dari Hari Ke Hari ♥

Tengok tak Adamaya? haihh rugi lah kalau tak tengok sebab cerita Adamay sangat lah sweet! okay aku tau aku dah kemaruk tangkap cintan dah dengan Adamaya, hari tu dah penah buat entry pasal Adamaya, ni buat lagi. terlampau sweet sampai merenyam aku kalo tak dapat tengok!

Episode 07 hari Khamis bagi aku banyak jugak part yang comel3, manja3 gitu. antaranya bila Lisa call adam, Maya buat muka tercebik2, macam merajok + jeles lah tu. Lagi, dah ade adegan cubit2 manja. AWWWW~ u comel lah Lisa Surihani!

"Hello Lisa, ye haii. haa ade keja lagi ke? ohh nanti besok lah, saya sekarang tgh ada hal sikit. yer okay baiiii~"
gaya ala3 sukeeee gitu bila Lisa call, maunye si maya tak jeles :D

"Kenape? Takut jadi balu berhias ker?"
nahh sekali kau cubitan manja Maya bagi kat Adam. comelll ohhh!

untuk episod seterusnya hari isnin ni. wowowwww tak sabar lah nak tengok isnin nih!!
Adam cium kepala Maya depan Dani. nahh kau sorang jeles, sorang tergamam dapat ciuman. padan muka kau Dani.

ehemm ehemm. nampaknye episod pasni Maya dah mula tersuka dekat Adam. awwww!~ awww!~ super duper like lah!


♥ kau yang bernama cinta, 
♥ kau yang memberi rasa, 
♥ kau yang ilhamkan bahagia, 
♥ hingga aku terasa indah.

Saturday, April 10, 2010

Bekas Kekasih Jadi Model Seluar Dalam. TSK "_"

haih. tak sangka benda akan jadi macam ni. tak sangka dia berubah sampai ke tahap terok. tapi apa boleh buat, dah itulah jalan yang dia mahu. aku dah takde apa2 lagi dengan dia. dah tak boleh lagi dah nak nasihat2kan dia. 

apa yang dia buat bagi aku sangat lah terok. dulu minat betol dengan dia, sebab ape? sebab die macho lah wehh. ahh takpelah, dia dengan cara dia, aku dah bahagia dengan kekasih aku yang baek lagi sopan santun, eceyh.. *_*
yaaa inilah bekas kekasih aku, Fiqrie Dahari. youuu...kenapelah sampai mcm ni sekali? malunya i tengokkk!! tak perlu lah kot nak posing camtu pakai spender jer??? haih haihh haihhh.

korang ade penah nmpk die? haa die ni dulu DJ Hot.fm, pastu tetiba stop n yang aku tau die cakap nak sambung belajar kat obersi, katne tu aku lupa lah, die jugak ada berlakon dalam drama Dunia Baru, tapi blakon sikit2 sajelah, part die tak banyak pun, kalau korang ikut cerita tu maybe perasan lah die kot. yang penting, die bukan ex-boyfriend i pun ehh hehe acah aje lebih. n i dapat tahu jugak dia adalah GAY! adoii weh spoil betol muka dah hensem badan dah tough tapi GAY??? omaigod sayanggg sayanggg. rugi jer dapat anugerah macam tu dari tuhan lah tapi guna kat jalan yang salah. ehh ehh ape aku ngarot nih? T_P

nak baca lebih lanjut n nak tengok pic tanpa di-sensored bolehlah KLIK SINI ehh. pastikan tiada budak kecik, 18sx bebb! LUCAH HABESSS!

Friday, April 9, 2010

Drama Slot Akasia TV3 - AdaMaya

Salam kawan2.
korang tengok tak drama terbaru TV3 tu, slot akasia petang2 pukul 6.30petang-7.30petang tu? oihh first time tertengok masa pergi minimart kolej, nak beli nasi lemak buat santapan, sekali tertengok Lisa Surihani yang comel + ade pulak Sein. kereta Mini Mr. Bean pulak tu. ishh aku pantang kalau ada cerita2 ala2 remaja ni, romantika cintan cintun remaja, comel kott comelll sangattt! dah terlebih teruja pulak aku ni :)
memandangkan sang kekasihku sangat sukaaaaa kat Lisa Surihani, ehh ingat die je ke yang suka? i pun suka lah sebab she is very the comel lah u! macam nak kawen jer ngan die. opss? T_T tak tak i normal lahhh. i nak kawen dengan sang kekasih i lah u.

untuk episod 1, i tengok kat website TV3 je sebab dh tak tahu pun ade cerita ni. 2nd episod jugak tengok kat website, semalam baru tengok kat bilik tv kolej ni. aww u soo sweet lah cerita ni. Adam temankan Maya shopping, pilihkan baju mana yang sesuai untuk Maya. aww aww~

katanya cerita ni sama macam I'm Not Single, kan bagus kalau Farid Kamil jugak yang berlakon dengan Lisa? OST Adamaya pun adalah OST yang sama dengan I'm Not Single. wahh betol2 sama ni, lain2 edisi saje kott, 1 filem, 1 lagi drama. OST masyuk untuk layan buat tidur malam supaya bila tidur bolehlahh termimpi yang tersayang, ye dak? :)

ok lah jangan ketinggalan menonton Slot Drama Akasia - Adamaya setiap Isnin-Khamis jam 630petang di TV3 okay?




♥pesss : sayang ku jugak seorang yang romantik♥

Tuesday, March 16, 2010

18sx Keywords

salam. hai. lama btol entry ni dlm draft. konon nk type, bila dh tekan edit post, terbiar jer, pastu harini baru terasa nk buat. nak cerita pasal keywords search. okay kelakar okay.
tak sangka pulak ramai dr nega2 lain yang baca blog aku. kalau Russian tu agak2 macam Azyana jer, kan yana kan? kalau Australia, Intan Farvin? hehh yang laen2 tak tau lah, sape eh? komen lah eh nk tau sape yang dari US, Norway, NZ, UK, Egypt n Indonesia smua tu. mari lah berkenalan eh eh :)
okay gambar-gambar bawah ni adalah lebih kepada 18sx ok. terlampau btol lah. dah jadi macam blog lucah tetttt* jom kita saksikan aksi-aksi terlampau hehh.






gambar tetek : kau nak tengok tetek buat hape? nak cari model untuk dibuat implant ke? maap lah blog aku tak sediakan gambar tetek. sila search betol2 laen kali okay :)


awek utk tidur semalam Skudai : okay aku tau lah aku banyak mention pasal skudai kan, tapi aku tak tawarkan perkhidmatan jual awek untuk kau buat tidur semalam. ape dah meroyan ker? ape kata kau g kawen jer kan lagi senang. ops. takde calon? ohh padan lah. baru aku paham nape timbul keywords search cam gini hehh :)


redtube.com : ni sangat aku pelik. aku try jugak search semula kat google, takde pulak keluar link blog aku. camne eh ade?
tulang besi blog, blog tulang besi, urat dawai tulang besi : haaa yang ini selalu sangat3 ade. hehe. cepat ngaku sape yang googled keywords nih? terasa okay. sebab geng2 kat skolah selalu gelarkan aku urat dawai tulang besi!

ezordaq : yang ini pulak company jual part2 kereta. website zordaq. klik jer kat situ okay :) sempat g promote kan
.................................................................................................................................
sangat suka tengok keywords yang termasuk ke blog aku. kelakar-kelakar kot kan. search lah lagi, masok blog aku. blog Hazirah al-Barakbah dah jadik macam blog aksi terlampau sajork. 


ok adios! :)

Saturday, February 20, 2010

Oh! Hatiku Terluka.

 
 
haihh terluka okeh. kekasih hati dah bertunang. hukhuk. cehh gedik nau. seswai lah diorg nih kan. dah laa ensem, santek. cis. *jeles*

Saturday, March 28, 2009

#12 :: delay post 1 ::

DATE : 15MARCH2009
VENUE : DEWAN FELDA TAIB ANDAK
TIME : 2PM

Que Haidar & Linda Jasmine Wedding


dapat jemputan dari mak sedara dia..
p antaq kad kat uma..
umi call soh p..
mula2 segan..
ajak member2 pun dok segan2 gak..
takpalah kata..
takyah dok p..
tgk2 depa pakat nk p plak..
kemaen g solek2..
smpey sana twus mkn..
pwot berdondang syg kot..
kol2 dh tym tu..
salah la..
patutnya boleh mkn dlm dewan..
tempat vvip..
dah setel mkn baru masuk dlm dewan..
jumpa la sedara2 yg tak pnah aku knai..
tok nda teh yg kenaikan aku ngan kaum kerabat aku..
member2 aku pun suka suki bergambaq..