Showing posts with label Alor Setar. Show all posts
Showing posts with label Alor Setar. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Raya @ Kedah : Keluarga, Farid Kamil & Diana Danielle

 Assalamualaikum. Hallo!
 
Terlambat update pasal raya? Masih bulan Syawal kot. Ayuh. Kita mulakan cerekarama hari raya :)
Mungkin siapa yang suka baca blog gosip, mesti tahu dah yang Farid Kamil ajak Diana Danielle beraya dekat Kedah kan? Kampung Farid Kamil. Haa, siapa ada pergi rumah terbuka Farid Kamil? Ada jumpa aku tak? Mesti tak kan? Sebab aku duduk diam-diam dalam rumah, luar panas, dalam sejukk! Tapi duduk dalam kena tolong buat kerja kat dapur, tolong makan pun ye jugak. ada kambing golek ohh, sate lagi. phewww.

Pakcik Farid Kamil. Eh?

Bakal Makcik. Hi Aunty D! ;)



Yang tengah itu Neknda aku. Tok kepada Farid Kamil. Aku cicit dia. Comel kan Neknda? Tapi paling comel tahu siapa? Yang pakai tshirt hitam belang-belang tu. Kemain lagi sengih Waled ni. Tak tahu kenapa happy sangat. Mungkin dapat jumpa D kott? :)

Adik aku kata "Spoil betoi laa budak ni, tak dapat nak gambaq berdua dengan D!" Padan mukaaaa. Hahahaha

Family





Nice to meet u D. D sangat comel, lawa, natural beauty. Pandai bawa diri sendiri, tak kerek. Siyesly terbaik! 

"D, kalau u kahwin dengan Farid, U akan jadi Aunty I okay. And I am 24 years old now. Sanggup tak kalau I panggil U Aunty D? Hahahahaha"
"Ouch really? No way. U jangan panggil I Aunty okay. Tak curlassss!"


End.





..................................................................................................

Memandangkan keywords search yang selalu muncul dalam blog aku iaitu "ADIK FARID KAMIL", aku nak tanya lah siapa gerangan yang selalu search tu ye? Muncul lah di entry ini please! Haha.

Korang nak kenal adik yang mana? Yang buat cerita Kongsi tu ke? Ke yang no 3? No 4? Atau yang kecik tu? Haa haaa kaih kaih pilih kaih. Kikikikiii....

Aku ada gambar adik farid kamil yang ini je..
Tadaa! Ini ke yang awak-awak cari? Atau salah orang? Alamak, cane? Maaf lah, yang lain low profile, Eh Yeke? :D Minat dia? Nahh p dekat Facebook Page dia. LikeLikeLike! *ehh promote nampak?*
Tengok tu, waled happy sungguh laa haritu. Macam dia pulak artis.


Adik aku ni gelap sungguh. Kalau cerah sure handsome dah! Tiap hari main panas. Haih.


Diakhiri dengan gambar Waled berehat seketika dari melayan para tetamu yang hadir. Haha. Terima kasih waled atas semua gambar-gambar ni. Banyak jugak yang waled tangkap. Dah macam paparazi pun ye jugak.

Ok. selamat sambung berhari raya & selamat bekerja. 
Salam.

Saturday, August 27, 2011

Buffet Ramadhan @ The Regency Hotel, Alor Setar


Voucher Ramadhan Buffet at The Regency
Memandangkan Umi bukanlah seorang yang makan banyak lalu jikalau ke hotel dengan makanan ala buffet maka adalah suatu kerugian kerana beliau akan makan seciput sahaja. Oleh yang demikian, voucher tersebut telah diberikan kepada anak-anak beliau yang disyaki kuat makan dan kuat meratah.

Buffet Ramadhan di The Regency Hotel, Alor Setar hanyalah RM38 sahaja. Murah kan? Kalau nak dibandingkan dengan hotel di Shah Alam, kadar bayaran adalah melebihi RM40. Bawah RM50 tu sudah dikira murah. 

Hidangan utama yang menjadi pilihan kami adalah.... Rujuk gambar di bawah..

Kambing Panggang

Kambing panggang setelah dicurahkan segala jenis sos
Inilah menu utama yang selalu dicari-cari. Sungguh lah menyelerakan. Tak makan kambing? Alaaa hilang satu nikmat :)

Antara lauk yang dihidangkan adalah ayam masak sos (tapi nama diorang letak unik sikit, maaf lah kelupaan sudah namanya), kari udang, masak lemak nangka, sayur keladi masak asam pedas (ini kegemaran juga), sayur campur serta pelbagai ulam-ulaman dan sambal belacan. Kalau tak salah ada 5 jenis sambal belacan yang dihidangkan.Sungguh umphhh!

Ada juga dihidangkan ais kacang, pelbagai jenis kek dan kek cawan (cupcakes), buah-buahan, bubur lambuk, keropok dan macam-macam lagi lahh. RM38 mahal? Ini adalah sangat berbaloi dan murah!

Sekian dari saya, penyampai terbaru Jalan Jalan Cari Makan.

Adik lelaki bajet macho

Pn. Sharifah? Saya belum berkahwin tetapi bakal berkahwin.


Selamat Hari Raya. Wassalam.

Sunday, November 7, 2010

Bah depan rumah

Lorong rumah
 


Eh2 bilik saya disitu T_T

Rumah sebelah sampai ke betis air naik
Bah tu ayaq sikit ja. Banjir baru extraordinary. Kan org kedah kn? Hehe. Legaaaaa sangat bila tau rumah tak masuk air. Cuma longkang dalam kawasan rumah je yang penuh dengan air. Risau lah jugak kalau masuk. Alhamdulillah semua selamat. And dengar cerita air dah makin surut kat Alor Setar. Syukur lah.

Saturday, November 6, 2010

Gambar Banjir di Alor Setar, Kedah

Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Mentaloon

Royal Kedah Club, berhadapan KMC


Macam pesta pantai

Kanchut

Berdekatan stadium

Muzium Kedah

Simpang ke Bakar Bata & Hospital Lama

Kiri itu betul-betul sungai (ada BUAYA)

Istana Anak Bukit. DAULAT TUANKU

Khemah berdekatan kawasan Istana Anak Bukit

Jalan lepas Istana Anak Bukit

Kes tak sayang kereta

Kapal selam

Abang bomba naik sampan ke seberang
Gate tu rumah aku
Picture source: Facebook kawan-kawan.