Showing posts with label KawanKawan. Show all posts
Showing posts with label KawanKawan. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

#Wordless Wednesday : 47th Convocation Universiti Teknologi Malaysia ( 24 September 2011)











Monday, June 27, 2011

Hadiah dari Korea


GD & TOP album
Big Bang Postcard
T-shirt Korea
Key-chains
&& Mall Directory (??)

Terima kasih kawan-kawan yang ke Korea dan belikan aku barang-barang yang best ni. Terpaling-paling-paling best semestinya lah CD Album GD & TOP! Kamsahamida Yana!! Postcards pun banyakkkkk gambar TOP yang handsome. Kamsahamida Safura!! Baju, keychains yang comellll sangat! Kamsahamida kamsahamidaa hihihihi :)

Paling teruja dapat Mall Directory. Haha ini aku tak tahu lah kerja siapa kan. Mesti Yana lah ni yang letak. Yela aku frame-kan je nanti Mall Directory ni mana tahu satu ahri nanti turn aku pulak ke sana :)

SARANGHEYO SAYANGS!

Friday, June 24, 2011

Selamat Tinggal Johor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat sejahtera.

13 May 2011 11 pagi, tamat final examination for final year and final semester. 3 tahun ijazah, sekelip mata saja habis. Perasaan? Sebak. Terharu. Sebab mampu habiskan segala apa yang dah dimulakan. Ahh ayat kau Hazirah, poyo sangat kan?

13 May 2011, pada malam hari tu pusing Bandaraya Johor. On the way pulang Skudai, hati rasa sebak tahu! Sebab sayang nak tinggalkan Johor. Makanan kat Johor sangat best! Kau takkan dapat kat mana-mana dah. Ini adalah perkara paling aku sedih. Haa pasal makanan pun kau nak sedih kan Hazirah? Dasar kuat makan. Tsk. Makan malam beramai-ramai dengan kawan tersayang. Happy tetap happy tapi sebenarnya sebak tak terkata. Touching bebenau kau ni Hazirah -_-'

13 May 2011, selepas makan, kemas barang, angkut barang masuk Kacaq. Bilik 95% dah kosong. Kacaq dah 95% penuh. Kawan-kawan lepak bilik. Tolong angkat barang. Konon nak meriahkan keadaan lah tu. Ahh bikin aku sedih tahu takkk.

14 May 2011, 7 pagi, siap sedia nak gerak balik kampung! Kejutkan semua kawan-kawan bangun. Salam-salam, peluk-cium pipi kanan-pipi kiri-pipi kanan semula. Hukk sedih sedih! Perpisahan siapa yang suka kan? Berapa kali lambai-lambai pun tak tahu lah. Lambai-lambai tekan minyak tengok melalui cermin pandang belakang kawan-kawan lambai terus air mata meleleh. Derrrr tak rock lah kau Hazirah!

Dengan sekelip mata je dah sampai Aloq Staq! Bye Johor. Masa convocation nanti aku jumpa kau balik ye. Nak makan semua apa yang ada kat sana. Lepas dendam kempunan -_-'






*Miss u all :')


Thursday, November 4, 2010

Trip to Rembau

Salam. Haloha.

Punya lah lama nak buat entry ni. Payah nau nak upload gambar lah. Entah apa sakit blogger ni. At last, terupload jugak. Tahniah! Woh! :)

Buat apa p Rembau? Kenduri kahwin kawan masa diploma lah der. First time sampai Rembau. Jauh betul nak sampai pekan Rembau tu. Elok sampai je, perut memang tengah lapar, bersantap sakan lah. Nasi minyak sodappp.

Yanti & Sapic
Diorang ni coursemate masa diploma UTM KL dulu. First couple budak UTM yg kahwin agaknya. Ke tak eh? Lupa T_T

Selamat Pengantin Baru Yanti & Sapic. Moga kekal sepanjang hayat. Cepat-cepat dapat anak okeh! :)

Ex-UTM KL
Dah jadi macam reunion dah Sabtu lepas. Over nyahh.

Pasni kenduri sape pulak? Semua pakat tunang-kahwin. Aku 2 tahun lagi. Teheee @_@

Bai! Salam.

Tuesday, October 26, 2010

Bundle Sekitar Skudai

Salam. Hai semua!

Lamaaa pulak rasanya tak update blog hakakkkk ni kan? Hakakk busy nau lahhh. Tak menyempat. Hakakk? Sumpah kau bajet macam Hakak Ogy pulak.
Okay-okay. Sekarang ni musim bundle ke haa? Semua orang macam sibuk bundle-bundle. Kesian mall dah takde pelanggan gila shopping macam kitorang nih. Shopping kat bundle pun macam nak gila. 3 kedai bundle dalam masa 1 hari. Boleh pengsan jap *3 mall dalam masa 1 hari lagi lah pengsan kopak duitttt*

Tujuan utama

Penambah perasa
Orang lain yang nak beli-belah, orang lain yang dapat banyak barang. Yang beli banyak tu memang takde nawaitu siap-siap apa nak beli. Itu pasal lah jadi macam-macam nak beli. Nafsu nafsu!! Nasib baik harga RM5-RM10 je. Kalau mahal baik pergi mall saja laa.

Iklan Big Bundle


Pura punya skirt, aku punya tshirt, aku punya dress. Harga 2 baju RM10 sajaaa. Dress tu bila dah basuh singkat lah pulak. Atas sikit dari buku lali. Alahai, payah gak tinggi-tinggi ni. Semua singkat.

Eskimoooo
Motif utama seutamanya adalah? Beli baju sejuk untuk pakai pergi Korea. Sorang je sebenarnya nak sangat-sangat g bundle. Ye lah kan, kalau nak beli baju sejuk kat mall, mau beratus kott. Nak g seminggu je pun. So bundle adalah tempat terbaik lah wei. Pandai cari dapat lah baju yang cun melecun. :)

Baibai

Tuesday, October 12, 2010

Bila Budak Engine Ber-posing











Sanggup pinjam baju-tudung kawan-kawan sebab nak bagi matching dengan baju.
Sanggup singgah kedai runcit beli belon semata-mata nak nampak meriah.
Sanggup terkinja-kinja depan MSI sebab nak bergambar background cantik.
Sanggup tebalkan muka bila ada kereta lalu lalang kat situ usha-usha tak puas hati.

Hasilnya?

Semua diatas. Cantik gilaaa! Ok perasan lagi.

Ok lah tu wei! Korang pakai DSLR takpelah nak lawa-lawa. Kami pakai camera cikai je.

Comei jugak jadinye! ♥

Tuesday, September 7, 2010

Tahun Lepas Punya Cerita

Raya pertama dengan family

Raya kedua dengan kawan-kawan

Ouh! Last year Umi buat lontong! Ini di rumah saya.

Raya ketiga dirumah Intan

Tema Tradisional Kotemporari. Kami gadis kebaya!

Uncles-Aunties-Cousins. Ada yang tak balek. Raya tahun ni mintak-mintak semua ada.
Mudah-mudahan raya 2010 lebih HAVOC dari raya tahun-tahun lepas. Ada kejutan raya nanti. Nak tau ape? Tunggu lah entry lepas raya nanti :)

Jom mengemas rumah.
Adiosa

Thursday, September 2, 2010

Ho Ho Ho Balik Kamponggggg :)

Salam semua.

Aku tengah drive ni, dekat erm dekat mane ni ntah.

Haha, ok doakan aku, Kacaq61 dan rakan-rakan yang naik dengan aku selamat sampai ke negeri Kedah Darul Aman.

Harap ampunkan salah aku, kalau terkasar bahasa dalam blog ni ke, tertaching dengan ayat-ayat aku, terasa hati semua. Ampun sangat-sangat.

Takleh nak ucap Selamat Hari Raya lagi, sebab puasa pun tak habeh lagi. Pape pun jumpa malam karang ok. Update about my longgggg trip.

Wasalam. :D

Friday, August 27, 2010

Restoran Anjung Warisan (Treetop Restaurant)

Salam. Hai.

Bulan-bulan puasa ni nafsu makan membuak-buak sikit. So semalam aku dan 8 lagi rakan pergi ke Restoran Anjung Warisan. Mana letaknya restoran ini? Tengok gambar dulu, bawah nanti aku cerita.
PUAN SYARIFAH?? OMG!!

Paru goreng, Asam pedas ikan pari, Rendang daging, Ayam masak merah
Ini baru suku. Ada ikan bakar, cencalok, sambal belacan, masak lemak ketam, salad, bubur kacang merah, coktail, nasi goreng, sayur baby kailan, karipap, tembikai, honeydew, buah belimbing. RM20, berbaloi kan? :)
Jihan, Iela, Najwa, Mirul, Ain & Yana
Sorry Chaoi & Fareez, aku tak snap pic korang! Aku leka sangat makan masa tu.
Aminnnn! :)
Seorang RM20, makan ala-buffet, duduk bersimpuh ala-ala gadis melayu, tempat makan atas pokok, ada persembahan angklung, surau disediakan, makanan memang best!

Jadi aku dengan berbesar hatinya nak promote Restoran Anjung Warisan ni. Macam mana nak pergi? Boleh klik sini and tengok map.

Meh cerita sikit macam mana nak pergi sana. Ada 2 option :

Ikut Danga Bay, belok kiri dekat traffic lite sebelah Dataran Bandaraya & Hospital Sultanah Aminah, terus sikit nampak Hotel Tristle, belok kiri masuk ke Jalan Abdul Samad, terusssss je (jalan memang bengkang-bengkok & rumah besar-besar malatopp habess) sampai jumpa simpang ke kanan, masuk ke Jalan Petri, terus sikit lagi, Restoran Anjung Warisan sebelah kanan anda. :)


Keluar exit Larkin, ikut signboard RTM & Hutan Bandar, sebelum sampai Hutan Bandar akan jumpa Jabatan Kimia sebelah kanan, masuk simpang kanan tu, jalan terussssss (bengkak-bengkok jugak jalan ni) sampai jumpa simpang tiga. Masuk ke kiri menghala ke Jalan Petri. terus sikit lagi, Restoran Anjung Warisan sebelah kanan anda.

Wahh, hehe. Hope paham lah yer. Dekat-dekat situ pun ada satu lagi restoran orang cakap best. Restoran Sup Tulang. Insyaallah nanti pergi situ pulak.

Till then, have a great weekends you all! :)

Love and hugs,
Hazirah




Saturday, August 21, 2010

Iftar terakhir di Tasik UTM

Salam.
Kali ketiga rasanya berbuka puasa dekat Tasik UTM. Maknanya tiap tahun lah kitorang berbuka kat sana. Tukar angin sikit lah kan, takkan nak buka kat bilik je. Lama-lama pun naik cemuihh.

Set up tempat makan. Hampar paper lama yer

Lap-lap pinggan mangkok | Tenyum-tenyum

Yana, Nadd, Zie

Ain, Pipah, Nisaq

Makanan dah penuhhhhhh
Before azan, tengah set up tempat makan, mulut semua kecohhhh jer. Dengar je azan, baca doa, mengadap makanan, semua sunyi sepi.

Thanx to Pipah and Nadd sebab bawak lauk-lauk yang sedappppp bangat. Masak lomak ketam, daging blackpepper, sambal ikan bilis, sayur campur. Kuih-kuih bazar FAB sudeh.

Ohh, tujuan utaman makan kat tasik sebab birthday Nisaq. Soo, Happy Birthday Nisaqqqqq! :)

Selamat Berbuka.
Bai!