Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Due Date, Secret Recipe, The Social Network & Rawa Steamboat

Assalamualaikum & Hai para pembaca blog ini. Aku kangennnn sama kau orang. Kau orang rindu sama aku ngak?
Aku tahu korang rindu aku, Nahh tatap tatap! Hahahaha :D
Last week, tiba-tiba je Izhar datang Skudai. Tak plan langsung nak dating bagai. Petang Jumaat tu dia call and tanya aku free ke tak, dia cakap nak datang Skudai. Dah sebulan tak jumpa, sah-sah laa aku jawab aku freeeeee!! Tapi memang free pun lah, final exam pun dah habis masa tu. Tunggu nak jumpa supervisor, setelkan apa yang patut untuk FYP saja.

Jadinya, Sabtu lepas aku berdatingan lah akhirnyaaaa. Selalu tengok je orang dating tiap minggu, sedih je kekasih hati jauh nun di Kuantan. Tabah je hati ni tau!

So kami ke Aeon Tebrau, tengok wayang cerita Due Date. Kelakar cerita tu. Tapi pelakon tak berapa nak famous, so macam biasa-biasa ajelah. Lepas setel wayang terus makan. Lapar terketaq-ketaq dah. Aku teringin nak makan tomyam dekat Secret Recipe.

Melantak Tomyam Kung. PEDASSSS !!!!

Try test guna Pudding Camera
Lepas lunch, tak tahu nak buat apa, terus pergi ke TGV semula. Malas nak jalan sebenarnya. So tengok wayang adalah yang terbaik. So we decide to watch The Social Network. Aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni. Bagi aku sangat best. Cerita pasal Mark Zurkerberg, pengasas Facebook. Macam mana dia dapat idea nak create Facebook sampai lah cerita dia kena saman dengan kawan dan senior-senior dia. Yang tak berapa nak best pasal cerita ni adalah, diorang cakap lajuuuuuuuuuu gilosss. Memang kena betul-betul pay attention to the subtitles. Dari bersandar elok-elok, terus aku tegakkan badan. Izhar? Dia boleh terlelap masa tengok cerita ni. Biar aje dia, sebab awal-awal lagi dia dah beli dvd cerita ni. So aku jelah nganga sorang-sorang.


Dinner kitorang untuk malam Sabtu adalah steamboat. Tempat pilihan, Rawa Steamboat lah kan, mana lagi. Syorgaaaa lahh weh makan kat Rawa Steamboat tu. 

Masak-masak

Masak-masak-masak

Ayam bakar, Udang bakar, Kerang bakar, Steamboat

Dah selesai. Gembira bersama pinggan mangkuk bertingkat-tingkat.
Aku makan lagi banyak dari Izhar. Kulit udang bertimbun atas pinggan. Favourite aku udang & kerang aje. Yang lain-lain kureng. Tapi makan tetap lah makan babe. Kau tak makan kau yang rugi. RM18 melantak lah sampai sengkakkkkk-buncit perut tu. Rawa Steamboat, I LOVE YOU SO MUCH! *ahh over*

Aiskrim Potong Perisa Cendol. Yummayhh! ;P
Nasib baik aku ni baik weh. Kalau lah aku tayang gambar makanan yang cukup berselera tu, ada yang meroyan nak pergi time ni jugak. Hehe. Well, pada mulanya ingat tak syok melantak steamboat secara berduaan je, rupanya boleh tahan jugaklah. Macam lagi dasyat je aku rasa. Yang penting, kau kena kuat makan, baru lah havoc babe. Kalau makan ala kadar je, memang rugi RM18 okehh! Baik duduk diam-diam dekat rumah. Hehe ;)

Sampai disini sahaja kisah hari Sabtu 4 December 2010. 

.Salam.
.Bye.
♥

Thursday, July 22, 2010

Twilight Saga Eclipse : Agak Ketinggalan

Assalamualaikum. Haiii everyboddayyyy!

Semalam baruuu jer dapat peluang tengok Twilight Saga Eclipse. Okay-okay-okay! Aku tau semua orang dah tengok. Itu aku pasti. Aku jer yang terhegeh-hegeh baru nak tengok. Sedih kan? Ya lahh life as student getting more and more hectic lah sejak-sejak masuk 4th year ni.

Jadinya, semalam dapat jugak tengok and not bad lah cerita itu. Edward sangat lah lembik, rasa nak lempang-laju-laju jer muka die tu. Cuba lah macho sikit depan Bella. Jacob jugak yang macho. Tapi bukan maksudnya aku adalah Team Jacob k? :)

Edward adalah pencemburu tegar. Sama macam Izhar lah derrr! Bila tengok Edward jeles-jeles, terus terbayang itu adalah Izhar. Opsss! Haruslah kan, takkan nak bayang laki lain pulak? Mampos aku nanti :D

Nikki Reed (Rosalie) & Peter Facinelli (Carlisle)
Aku sukaaa sangat Dr. Carlaisle Cullen dan Rosalie Cullen. Rosalie tu ada tahi lalat atas bibir belah kanan, samaa macam aku nokss! Dulu aku benci sangat ada tahi lalat kat situ, macam menampakkan aku ni banyak mulut and burukkk! Sekali tengok si Nikki Reed ni ada tahi lalat tempat yang sama macam aku, terus aku macam WOWWW! Seksiii okayhhh :D

Dr Carlisle Cullen pulak memang Hott habess lah der. Edward pun kalah wa cakap sama lu! Ehhh! Orang lain sibuk-sibuk nak si Edward and Jacob, aku sibuk nak kan si ayah Edward ni. Tersesat betul :D

Tapiii tapii, Edward and Bella sangat romantika lah. Edward tu tiap masa asyik pandang Bella macam nak makannn! Sabar Edward sabar. Twilight Saga Breaking Dawn nanti kau ngapp lah Bella puas-puas.

Hazirah & Izhar
Errrr! Motif?? Nak cakap kami pun romantik jugak. Posing nak sama aje. Izhar memang suka tiruuu. Aku demam, die pun nk demam. Aku pening belah kiri, die pun pening belah kiri jugak! Aku nak period, die yang badmood melampau-lampau. Oihh rindu teramat lah camni hampir 3 bulan dah tak jumpa. Cepat lahh datang Skudai pokcik, leh jalan-jalan-riang-ria-raya.

Dah melalut pulak.
Ok Bai ♥

Saturday, July 3, 2010

Radit & Jani : Brutally Romantic

Aku sayang kamu, bodoh !
I miss you lah, bodoh !
Kamu bahagia sama aku? Aku bahagia.
Kamu harus percaya suatu hari nanti aku bisa bikin kamu bahagia. Aku percaya.

Hey, pernah tengok cerita Radit dan Jani? Aku baru tengok. Best! Nampak brutal habes cerita ni, tapi perhh, sampai part sedih tu memang sedih lah. Ini sinopsis Radit dan Jani.

Radit dan Jani ni adalah pasangan kekasih. Berkahwin tetapi mendapat tentangan keluarga Jani. Jani adalah anak orang kaya. Radit pulak orang miskin, gangster, tiada pekerjaan tetap dan menghisap ganja. Mereka hidup susah. Namun, kekuatan cinta mereka membuat semua kepahitan hidup tidak terasa.

Pada suatu hari, Jani mendapati dirinya hamil. Mereka pun terbangunkan oleh kenyataan, bahawa hidup mereka harus berubah. Radit berusaha keras untuk mendapatkan penghasilan tetap dan berhenti menggunakan ganja, supaya dia dapat membahagiakan Jani dan memberi masa depan kepada anak mereka.

Jani sangat cantik. Fahrani namanya, model dia ni, badan pun malatop gitu. Cerita ni dah lama, tahun 2008. Tapi aku baru tahu wujudnya cerita ni, tu sebab baru tengok. Terlambat sikit kan. Radit dan Jani memang best, awal-awal cerita mereka sangat brutal, cara hidup yang ganas. Bila dapat tahu Jani hamil, terus hidup mereka agak kucar-kacir.
Google Search

Kalau nak tengok cerita ni, boleh ke Youtube, search Radit dan Jani. CLICK HERE! Aku pun tengok kat Youtube je. Cerita ni berjaya buat aku menangis. Aww!~




Lagu cerita ni pun best.
Peterpan - Semua Tentang Kita

Sekadar berkongsi.
Bai! ♥

Friday, June 11, 2010

Review Film : Lagenda Budak Setan

Dapat jugak tengok Lagenda Budak Setan hari ini. Masa awal-awal keluar filem LBS, takde pun berkobar-kobar nak tengok. Tapi lepas dengar OST LBS - Bila Cinta, terus meronta-ronta nak tengok. Ini link untuk download Bila Cinta by Gio. Click!

Okay, back to LBS.


Yang best dari pandangan kacamata aku :

1. Pelakon semua best! Farid Kamil sangat cool. Lisa Surihani tak dapat dinafikan lagi memang sangat cantik manis ada tahi lalat dekat bawah hidung gitu. Que Haidar sangat hebat! Psycho nak mampos! Itulah contoh PEN-JELES TEGAR! Raja Farah pandai buat orang sayu dengan air mata meleleh-leleh dia tu. Fazura gedik panas seperti bisa. Ohh i like ur style lah Fazura, nak jadi camtu boleh?

2. Sinematografi sangat cantik! Tahniah! 10/10 aku bagi. Memang cantik sangat scene dalam LBS ini. Contohnya-
Dimanakah letaknya tempat ini? Nak pergi jugak!!
Dekatnya! ehem ehem :D

3. Lagu yang best. Sebabkan lagu latar lah buatkan orang layan cerita ini.

Yang kurang dari pandangan kacamata aku :

1. Watak Akasyah patut lebih SETAN. Setakat letak cicak dalam tin coca-cola awek lawa hati terus serba-salah sebab salah kenakan orang pastu jatuh cintan. What the  ?? *yes. this is a movie for a duration about 110minutes. mana sempat kan? Mungkin cerita ini patut dibuat drama di tv. Pasti malatop macam ADAMAYA!!!*

2. Lisa Surihani orang Utara kaa?? Kenapa bila dia sebut R macam sebutan oGHang utaGHa?

3. Kenapa ada bunyi gagak masa Akasyah tengah sedih? Potong stim penonton-penonton nak sedih tau! Terus satu panggung gelak.

4. Ayu selepas plastic surgery sangat tak in! Kulit tak secerah Ayu sebelum kejadian, dengan perut buncit lagi. Aduh! Nasib baik suara sedap! Kesian Akasyah kena tatap Ayu yang tak berapa nak cun.

5. Buruk sangat mekap cacat Ayu masa atas wheelchair tu, terlampau over cacat.

Keseluruhannya aku bagi 4/5. Ini baru part 1. Tunggu lah part 2 pulak. Hopefully lagi best and jangan lah buat cerita kalut-kalut sangat. Feel tak sampai lahh.

ok happy weekend everybody! :)

Thursday, June 10, 2010

Dunia Baru Reunion Kini Ditayangkan


Ingat lagi cerita Dunia Baru, Dunia Baru 2, Dunia Baru 3 dan jugak Dunia Baru The Movie? Haa, minat kan minat kan? Uihh aku sukaa bebenor cerita ni. Kelakar yang teramat sangat!


Sekarang ni Dunia Baru Reunion pulak. Tapi bukan di TV3, tapi di http://www.gua.com.my/duniabaru/. Baru 2 episode, semua sekejap-sekejap je tayangan cerita tu. Kira ok lah kan takdelah lama sangat nak tunggu loading. Yang tak bestnya, tak berapa nak puas lah tengok.

Rupanya konon yang gosip cakap Elyana gemuk tu hanyalah dalam lakonan je. Aku ingatkan betul-betul dah gemuk! Bikin kecohhhh jer lahh. Dalam Dunia Baru Reunion ni, Pierre Andre, Iqram Dinzly dah tak berlakon. Fiqrie Dahari lagi lagiiii lah takde dah dalam cerita ini.

Nahh, episode 1 dan episode 2 Dunia Baru Reunion. Layannn!



Sinopsis Dunia Baru Reunion
Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.


Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.

Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

Episod seterusnya boleh ditonton di http://www.gua.com.my/duniabaru/

ciau!

Tuesday, June 8, 2010

OST Lagenda Budak Setan

Kenapa OST Lagenda Budak Setan ni sangat menusuk jiwa haa? Atau aku ni makin jiwang? Sekali dengar terus ulang dengar banyak-banyak-banyak kali. Sekali dengar terus hati meronta-ronta nak tengok Lagenda Budak Setan. Mulanya malas nak tengok kat wayang, tunggu nak download saja. Tapi sekarang ini? Ohh tidak tidak, ADALAH HARUS PERGI TENGOK DI WAYANG JUGAKK!


Sunday, May 9, 2010

Yang tak mau senang jer dapat, yang mau tu adoyai payah bebenor T_T

Dari awal-awal cerita Iron Man 2 keluar, sejak tu lah tak senang duduk. Nak pergi cinema, tapi takde orang nak teman. Takkan nak angkut Umi Waled teman tgk Iron Man 2 kot? sewel agaknya. Adik-adik pulak ada kat KL, melepak rumah Uncle & member2. BFF semua tak balik2 lagi, entah apa agaknya lama-lama dekat universiti tu, bukannya syok pun. Last-last, sampai ke hari ini aku tak tengok-tengok lagi Iron Man 2.
Ramai jugak yang bagi feedback, cakap takyah laa tengok Iron Man 2, tak berbaloi. Cerita dalam 2jam, aksi dalam 30minit jerr. alahh kalau aksi setakat 30minit nak buat apa kan? kata cerita action. bagi lah sepanjang-sepanjang cerita tu action, baru lah mantap nak tgk. Contoh macam cerita Universal Soldier, Die Hard 4.0 ke. belasah selagi termampu, selagi tak mati, selagi tu dok taboh habes-habesan. *ehh ehh bagi komen macam tgk Iron Man 2 dah kau ni Pah.*

Hati kuciwa sebab tak dapat tengok Iron Man 2, masa blogwalking n dekat Twitter, ramai mcm cakap The Losers ni best. sekali dekat www.syok.org dah ada download link The Losers. ehemm, sekarang kan praktikal, wifi laju, bawak laptop pulak tu, ehemm ehemm lajuuuu lah mendownload.
The Losers best, banyak aksi2 ganas, yang memang aku sukaaaaaa sangat sebab adanya perempuan yang hardcore mcm tu. best wohh. lawak pun lawak. syoknya yg si baju biru tu, dia Mat Cyber lah kononnye, satu masa tu, dia action pegang pistol guna tangan dia sendiri, tup3 guard tu kena tembak. aku dah macam ehhhhhhh apesal tetiba ada magic pulak dalam cerita action nih? padahal...... SILA LAH TENGOK SENDIRI :)

Lepas tu adaaa laa pulak Hamba Allah ni cakap, Ip Man 2 sangat syok. aku tak penah pulak tengok Ip Man, so macam alaaa malas laa nak tengok sebab nnt macam tak berapa nak paham. Tapi alang2 dah wifi free kan, download ajelah. bosan2 boleh layan.
Sekali layan, perhhhh, wa cakap sama lu aa, memang paling hebat lah! Muka Yip Man ni cool macam cool blog, sehabes-habes cool lah. lawan pun tak keluar bunyik uhh ahh hiyarkkk. die diammmmm jer. kalau aku lah, mau celapak sepuluh ribu langkah aku larik.

Rupanya cerita Ip Man ni dari cerita benar yer? Sifu kepada Bruce Lee ehh?

Bruce Lee : wa mau belajar dengan lu. berapa wa kena bayar?
Sifu Yip Man : *sigh* lu apaa nama?
Bruce Lee : wa Bruce Lee!
Sifu Yip Man : apa pasai lu mau belajar cara-cara lawan?
Bruce lee : sebab wa boleh taboh siapa-siapa yang wa talak suka lorr. *dengan muka berlagak. dah laa kecik lagi.*
Sifu Yip Man : haha, lu sungguh bersemangat. mai semula bila lu sudah besar.

Berdasarkan cerita benar, tu pasal macam best jer. mmg patut tengok. sape ade download link untuk Ip Man? sila-silaa lah share :)

ok wassalam ♥

Friday, April 16, 2010

Adamaya Makin Mengancam Dari Hari Ke Hari ♥

Tengok tak Adamaya? haihh rugi lah kalau tak tengok sebab cerita Adamay sangat lah sweet! okay aku tau aku dah kemaruk tangkap cintan dah dengan Adamaya, hari tu dah penah buat entry pasal Adamaya, ni buat lagi. terlampau sweet sampai merenyam aku kalo tak dapat tengok!

Episode 07 hari Khamis bagi aku banyak jugak part yang comel3, manja3 gitu. antaranya bila Lisa call adam, Maya buat muka tercebik2, macam merajok + jeles lah tu. Lagi, dah ade adegan cubit2 manja. AWWWW~ u comel lah Lisa Surihani!

"Hello Lisa, ye haii. haa ade keja lagi ke? ohh nanti besok lah, saya sekarang tgh ada hal sikit. yer okay baiiii~"
gaya ala3 sukeeee gitu bila Lisa call, maunye si maya tak jeles :D

"Kenape? Takut jadi balu berhias ker?"
nahh sekali kau cubitan manja Maya bagi kat Adam. comelll ohhh!

untuk episod seterusnya hari isnin ni. wowowwww tak sabar lah nak tengok isnin nih!!
Adam cium kepala Maya depan Dani. nahh kau sorang jeles, sorang tergamam dapat ciuman. padan muka kau Dani.

ehemm ehemm. nampaknye episod pasni Maya dah mula tersuka dekat Adam. awwww!~ awww!~ super duper like lah!


♥ kau yang bernama cinta, 
♥ kau yang memberi rasa, 
♥ kau yang ilhamkan bahagia, 
♥ hingga aku terasa indah.

Tuesday, March 30, 2010

Why do vampire named as Edward?

salam n morning readers.
las weekend i went to City Square, JB. at first nk tgk Alice in The Wonderland, tapi full house lah pulak. takpelah cite tu download sahajalah. so my lesbians said takpelah kita tgk Daybreakers.
bila masuk cinema, semua macam blur, ehh ni cerita pasal ape nih? demm. starting macam seram2 lah pulak haa sudah aku dh laa kureng sket cerita hantu hantu seram terkejut tergempaq nih. ahh *gelisah* takpe maintain macho jer la. patutnye kena lah baca dulu kot sinopsis cerita tu, hehh. dgn lupa tgk clasification movie tu lagi. aduh...

starting mmg tragik, ok rupanya cerita VAMPIRES! dah la nama hero tu Edward. kenapa mesti hero vampire akan diberi nama Edward???? apa keistimewaan nama Edward tu ehh? hebat tahan nafsu nak hisap darah manusia kot ekk? ;)





 




 
Sedikit sinopsis dari cerita tersebut, i googled sajelah malas nk terelanselate lah sayang sayang ;)
"Ethan Hawke plays Edward Dalton, a researcher in the year 2019, in which an unknown plague has transformed the world's population into vampires. As the human population nears extinction, vampires must capture and farm every remaining human, or find a blood substitute before time runs out. However, a covert group of vampires makes a remarkable discovery, one which has the power to save the human race."



 
ini dia Edward Dalton, macho lagi kot dari si Edward Cullen tu, Cullen kan jiwang2, Dalton plak ganas. dia adalah vampire, tapi yang tak suka minum darah manusia, so dia nak berubah semula jadi manusia, then korang kenalah tengok sendiri macam mana vampire bertukar jadi manusia semula.

piess ; sesiapa yang geli, fobia, tak tahan dengan darah & keadaan yang meloyakan adalah dilarang sama sekali tengok cerita ini, takot2 termuntah dalam cinema. eeeyuckkks!~

Thursday, January 7, 2010

Mood pergi bersama angin bayu. tajok macham bukan aku.

diam2 dari blogging, kurang kecoh di fb sbb aku bersungguh2 menonton Grey's Anatomy.
skrg sudah 3rd season. n aku nak habeskan sampai 5th season so that aku leh study dgn aman.
cerita ni bikin aku ketagih laa. tak pnah tgk pun b4 this even ade ditygkan kat tv, but im not the tv girl.
takde ah dok dpn tv ngadap cite2 tu smua.

Mcsteamy yg tgh tuh. hensem ohh~


ok bai :)

Monday, October 26, 2009

Cinta Terlarang Aku & Dia.Ceit.Sedih Hokehhh......

abeh la aku camni.
terjebak dlm kancah CINTA TERLARANG nih.
somebody help me uhukk.

igt lagi pelakon2 gambar atas ni?
meteor garden ingat?
yg tak ingat tu mst tak bape layan cita2 mata sepet ni la kot.but for me aku byk la layan cite2 para pelakon mata sepet memandangkan mata aku juga sepet ohh heeh.
san chai,hua zhe lei ntah btoi ka aku eja lantak.
tp aku jatuh cinta sama itu hua zhe lei tu yg ujung kanan ituu.tp itu dulu laa..skrg?

hehh baru start tgk smlm yaa aku tahu aku terlambat sbb aku layan cite laen dulu sbb aku nengok folder ni byk sgt episod so tinggalkan dulu tp smlm dh bosan2 tak dpt nk on9 makanya trus laju aku click2 tgk.pehh skali tgk dh jatuh cinta sama Gu Jun Pyo ka apa ntah yg tgh2 tu wohh ok dia lyn GF die bagai nk rak super duper romantik even dlm ego2 die tu.baru tgk sampai episod 5 kena tgk sat2 masa break study bila dh bosan study n bila mata dh segar sambung balek study hahaha tym2 gini baru nk terjebak giloo aku ni..

cita ni sjibik sama mcm cita meteor garden tu.tp tak brapa nk hardcore mcm meteor garden tu torture si san chai tu la..BOF ni lembut2 sket ja..

..........................................................................................


aritu kat umah sempat jugak la tgk cerita SUMPAH BUNIAN.nora danish sgt la comei tp tak seswai bergandingan dgn si ryzal tu la.aku plg suka si AZEERA tu gedik3 seyh.dh la nama lebih kurang aku tsk aku terasa jap tp aku takde ah nk gedik3 camtu okeh but honestly kalo la ada org segedik AZEERA tu dok dpn mata aku n dok terSOTONG3 mmg patut aku lempang laju2 ah nyampah hokeh! ahaha.

ok bye nak sambung bercinta ngan Jun Pyo.