Monday, May 13, 2013

Tempat Best di Cameron Highlands

Hi readers tercintaaa!

Kalau pergi Cameron Highlands kan, rasanya tempat ni lagi sesuai untuk yang nak release tension. Yang taknak kawasan sesak-sesak. Yang taknak tempat panas-panas. Yelah kan, Malaysia kan panas melampau sekarang ni. So Cameron Highlands is the best place for you laa kalau nak mencari ketenangan.

Standard laa kalau pergi Cameron Highlands, mesti cari strawberry, teh, jagung bakar segala. Itu berlambak.
Kalau nak pergi ladang teh, dicadangkan pergi Sungei Palas Boh Tea. Sana cantikkkk sangat view dia. Teh mahal, sekali sekala minum teh mahal tak mengapa lah kan. Cameron Valley Bharat Tea tak berapa best pun, cuma sesuai untuk orang yang malas nak menapak tinggi-tinggi naik ke Sungei Palas tu haa.


Next place yang wajib pergi adalah Time Tunnel Museum. Dulu masa 1st time g Cameron Highlands, buat rak pandang je museum. Yelah, museum kot, mind set dah kata kalau museum sure bosan. Pastu satu lagi masa g 1st time dulu tak pulak survey tempat-tempat best and review dekat blog-blog orang. 2nd time ni before g sana, google apa yang patut. Ramai cakap Time Tunnel Museum ni best gila. Dan memang pun, best wooooo! Semua barang-barang antik, cerita macam mana Cameron Highlands boleh start muncul, misteri disebalik Cameron Highlands. Ehh macam-macam lah. Tiket harga RM5 untuk dewasa. Sangat murah kalau nak banding dengan apa yang ada dekat dalam tu. Agak lama jugak la kami dekat dalam Time Tunnel Museum ni. Tilik setiap satu barang dan pameran yang ada. Camera nak bawak masuk 10 biji pun diorang tak halang. So, Time Tunnel Museum memang wajib korang pergi kalau bercuti ke Cameron Highlands!




Satu lagi orang cakap pasar malam Brinchang best. Tapi 2 kali pergi, 2 kali tak dapat jejak ke pasar malam Brinchang. Sebab pasar malam tu hanya ada pada hujung minggu sahaja! Jumaat Sabtu Ahad kalau tak salah.

Ada pasar hari-hari dekat dengan Equtorial Hotel, kami beli jagung bakar, cendawan goreng, strawberry coklat kat situ. Yang lain biasa-biasa je, ada bunga, jagung mentah, strawberry, buah-buah. Strawberry better if beli dekat ladang terus. Yang boleh kutip sendiri atau kalau malas macam aku boleh terus ke kedai strawberry dalam ladang strawberry.

Jagung berlian. Nyummmmsss. Boleh makan begitu sahaja. Tak payah nak rebus. Gila manis gebu lemak berair pehh sedap!!! Tempat best adalah kedai letaknya belah kanan, otw dah nak turun ke Simpang Pulai. Kira dah hampir hujung-hujung dah la.

Tu je kot nak cerita pasal tempat nak melawat. Tempat makan best kat Cameron Highlands nanti-nanti pulak la kot?

Bye!

No comments: