Showing posts with label KaCaQ. Show all posts
Showing posts with label KaCaQ. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Siapa soh pi langgaq kereta orang?

Hey ya!

After about 3 weeks kereta kesayangan dekat bengkel, harini boleh ambik dah. Tapi kena deposit. Deposit bukan sikit-sikit pulak tu. Segedebuk RM1000 tunai bengkel mintak. Katanya sebab insurans tak issue claim ke apantah. Malas cara banyak.Yang penting kereta dah boleh jalan.

Pasni jangan laa nak langgaq-langgaq kereta orang lagi dah. Haih. Pengalaman ngeri sangat bulan ni. Stress jiwa raga.

Harap bulan depan bulan yang riang gembira lah hendaknya. Amin.


Psst : Ada siapa-siapa yang nak order Shaklee, boleh contact saya.

Personal FB : Sharifah Nur Hazirah BarakbahFB Page : Vitamin For AllEmail : shnurhazirah@gmail.comWhatsapp : 019-5204941

Tuesday, January 18, 2011

Kesian Kacaq



Sedih.

Rim KaCaQ calar. Salah sendiri. Parking tak betul. Seret tebing.

Stress. Stress. Stress ;(
Harini dapat pulak saman dari pakgad UTM.

Bertambah stress. :(

Kesian KaCaQ atau kesiankan diri sendiri? Stress ganda dua. *demmmmm!*

Thursday, September 2, 2010

9 Hours Journey | Skudai - Bukit Mertajam - Pantai Merdeka - Sungai Petani - Alor Setar

Salam semua.

Saya sudah selamat sampai Aloq Setaq, Kedah Darul Aman pada jam 4.45 pm! 970 kilometer yer adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, tuan-tuan dan puan-puan. Sepanjang 970km tu, aku jer yang drive. Hebat tak? Sila cakap hebat. Kalau tak korang tak dapat raya! Haha.

Macam yang dirancang, jam 7 pagi kami bertolak dari UTM Skudai. 5 orang termasuk aku, 3 lelaki dan 2 perempuan. Semua budak Kedah, kawan-kawan dari diploma UTMKL dulu.

Elok masuk jer highway, para teruna bantai tidoq! Hampes hampes. Siap lentok baik punya!
Bazlee & Aswad
Bazlee, Aswad & Zul. Nganga-Lentok-Baik-Punyaaa :)

Dari Skudai, stop kejap dekat Ayer Keroh sebab nak membuang, pastu Seremban isi minyak. Terus tak stop sampai lah kat RNR Tapah. Sampai Tapah pukul 1130am. Diorang bangun semua macam tak percaya RNR tu adalah RNR Tapah. Sebab baru pukul 1130am dah sampai Tapah. Aku pun kurang percaya, tapi memang ternyata Kacaq aku umpama Lamborghini (budak-budak ni cakap, aku iyakan ajolah).
12.25pm sampai Ipoh, 1.05pm sampai Taiping. Terus je langsung tak stop dah. Exit Jawi, teruskan perjalanan ke Bukit Mertajam untuk hantar Aswad. Bapak dalam rumah dia! Kalau sorang-sorang drive, sah-sah aku takkan lalu situ. Scaryyyyy!

Dari rumah Aswad, terus ke Pantai Merdeka pulak, hantar Bazlee. Ni lagi sorang rumah betul-betul dalam lah. Dekat-dekat dengan Pantai Merdeka dah pun rumah dia.

Dari Pantai Merdeka, ikut Tikam Batu untuk hantar Ain pulak. Last sekali Zul dekat Sungai Petani. Setel hantar 4 orang betul-betul depan rumah masing-masing pada jam 4.00pm!

So fast huh? Ke lambat? Bagi aku, aku rasa sangat cepat, sebab rumah diorang ni masyaallahhhhhh, betul-betul jauhhhhh kot. Aku ingat dekat-dekat je dengan exit tol (bajet macam keadaan rumah aku lahh), sekali kauuu, hambekkk!!! Mau dari rumah die ni nak ke rumah die ni ambil masa lebih sejamm. Haha. 

So dari Sungai Petani, aku dah solo dalam kereta. Memang jadi mengantuk secara tiba-tiba. Nasib baik ada Redbull lagi. Minum Redbull dengan harapan tak mengantuk dari Sungai Petani ke Alor Setar. Patutnya SP-AS 45minit-1jam. Aku speed 120km/h, 30 minit je dah sampai Tol Alor Setar Selatan, 5minit lepas tu sampai Villa 2000!
Tik tok tik tok Villa 2000

9 jam dari Skudai-Alor Setar. Kalau tak hantar diorang sampai ke rumah masing-masing, rasanya 8 jam dah boleh sampai Villa 2000. Makanya, aku berjaya drive selama 8 jam untuk perjalanan sejauh 970km! Weehuu! Esok mau terbongkang sepanjang hari, lenguh badan tadak dah!

Time to sleep. 
Salam

Ho Ho Ho Balik Kamponggggg :)

Salam semua.

Aku tengah drive ni, dekat erm dekat mane ni ntah.

Haha, ok doakan aku, Kacaq61 dan rakan-rakan yang naik dengan aku selamat sampai ke negeri Kedah Darul Aman.

Harap ampunkan salah aku, kalau terkasar bahasa dalam blog ni ke, tertaching dengan ayat-ayat aku, terasa hati semua. Ampun sangat-sangat.

Takleh nak ucap Selamat Hari Raya lagi, sebab puasa pun tak habeh lagi. Pape pun jumpa malam karang ok. Update about my longgggg trip.

Wasalam. :D

Wednesday, September 1, 2010

Balik Kampung

Rabu | 1 Sept 2010
  • Kena pergi cuci Kacaq. Biar Kacaq kelihatan kacak sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.
  • Isi angin tayar, check tayar ok ke tak.
  • Beli coffee ataupun redbull ke livita ke bagi tak mengantuk masa driving. Gula-gula jugak buat kunyah-kunyah. Ops. Saya ABC (Allah Bagi Cuti) :)
  • Check air, spare 1 botol air dalam bonet untuk kecemasan.
  • Topup touch & go. Biar lebih takpe, tak payah stop-stop nak topup lagi masa perjalanan.
  • Isi minyak full tank. Isi waktu malam supaya wap kurang dan minyak lebih. Ron97 Shell adalah terbaik. Ehh terpromote pulak :D
  • Kemas baju. Kemas bilik.
  • Tidur awal. Dapatkan rehat secukupnya. Zzzzz~

Khamis | 2 Sept 2010
  • Bangun sahur walaupun tak puasa. Sebab takkan nak stop dekat RNR and makan kott? Boleh je, tapi kang orang pandang pelikkkk pulak. Tapi musafir kira boleh kan tak puasa? Kalau puasa mengakibatkan kemudaratan (contoh mengantuk) dah jatuh hukum wajib buka puasa kan? Kan?
  • Siap mandi, siap-siap bagai, 6.45am panaskan enjin kereta. Tunggu penumpang yang lain (hopefully takde yang lambat. Kalau lambat waa tinggal lu orang).
  • Pukul 7am gerakkkkkkk! Hoyeyy yey balikkk kampunggg. Ho ho ho balik kampungggg. HATI GIRANG!
  • Skudai-Alor Star insyaallah 9-10jam perjalanan. Doakan aku selamat sampai. Dapat berbuka dekat Villa 2000. Sungguh tak sabar! (nak drive jadi 8 jam boleh dak? Alamak, kang kena OPS SIKAP pulak terbang RM300! Uih bahaya bahayaaa!)
Villa 2000, nantikan ketibaan ku! Haha :)

ps.
ramai org suka baca kisah cinta ke?
entri semalam famous betol.
unique visitor terus naik mencanak.
hehe. thankaseh semua.
lap u lap lip lap lahh.
 muah.muah.

Wassalam
Ciau 

Monday, July 26, 2010

Desaru, Johor

Salam. Hai.

Well, haritu kan dah janji nak cerita pasal cuti-cuti ke Desaru. Cuti dengan kawan-kawan mesti lah best kan, tak kisah lah kemana pun. Bertolak hari Jumaat lepas Zuhur, sampai sana dalam pukul 4 lebih. Dua kereta konvoi, 9 orang gadis semuanya. Gadis-gadis pergi bercuti uoll :D
Sampai je apartment tu, snap-snap dulu lah kan
Kami menginap di Lotus Desaru Beach Resort. Apartment ni ada 2 bilik, queen size bed, ada hall & tv, dan juga dapur. Microwave, peti sejuk ada. Toilet pun memang mantop habis lah. Cun!
Tadaaa! Dah tukar baju. Siap sedia untuk TERJUNNN!!!

Naik Tuttut (kereta golf). Tapi bahagian depan guna dashboard Perodua Kancil.
Kena naik Kancil ni sebab Lotus Desaru Resort ni tersangat lah luas & besarr. So kita call nanti kancil tu sampai laa depan blok kita. 9 orang muat naik kancil ( kancil modified dow, kancil biasa naik 4 orang pun dah semput )

Permandangan dari dalam Cafe, mengadap ke laut.
Seriously pantai ini dijaga betul-betul. Sangat bersih! Sangat suci pasir-pasir dekat situ. Siap ada bar tepi pantai tu, namanya Rhu Bar. Memang superb lah.

Ayaq nyok tumpah!!
Apa yang bestnya Lotus Desaru Resort ni adalah, mereka sediakan waterpark! Itu yang kita mahu kan? Tak pandang dah pantai, terus nampak waterpark ni jer. Memang lah tak boleh nak lawan Sunway Lagoon, Lost World Tambun. Tapi okay apa. Best giler kot. Main macam budak-budak tak cukup umur.
Water Slide pun ada bebb.
Sebabkan terlalu excited, tangan aku luka, kaki aku lebam. Haha. Sebab main water slide ni sampai terbalik terhantuk batu, terbalik kepala terhantuk lantai slide tu. Gila! Memang main sungguh-sungguh lah. Lepaskan tension sebelum FYP bermula. Boleh? :)

Welcoming Drink at Rhu Bar

Nah, rupa bilik kami menginap. Sangat cantik. Memang puas hati lahhh.

Sudah siap mahu pulang

Jalan jam macam hapeeee lagi. Dah laa nak terkencing. Dugaan betol!

Maaf lah yer terlampau banyak pulak gambar. Kata bercuti kan, haruslah bergambar. Andd KaCaQ dah sampai Desaru. Hoyeyyy! :D

Ok. Have fun reading.
Bai!


Saturday, July 24, 2010

Desaru, Johor

Lotus Desaru Beach Resort

Had a great weekend at Desaru, Johor! More story on my next entry.

p/s :
nak sidai baju, nak tidoq satt. 
Bai! ♥

Monday, July 19, 2010

Belaan Baru Sangat Comel !!!


Betapa berlagaknya itik ini. Tengok lah juih mulut kalau nak panjang semahu-mahunya nak panjang. Haha, baru beli itik ni, nak letak dalam Kacaq, so masa driving nanti leh geleng-geleng sama die. HAHA.

Nak upload video itik macho nih, tapi asyik error je. Kalau tak boleh korang tengok betapa menyampahnyaaa gelengan itik macho tersebut. :D

Haaa dah bolehhhh upload. tengok lah tengok. MENYAMPAHHH GILERR KOTTT! hahaha :D