Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku dilancar : Rumah Sebagai Hantaran Kahwin

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.

Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.

- UTUSAN
p.s ;
Once dah kerja, terus cari rumah.
Janji bawah RM220,000.
Tak duduk takpe, janji jadikan sebagai aset peribadi.
Insyaallah! Aku akan dapatkannya!! ;)

Wednesday, August 25, 2010

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;) mcm tahu2 je, sbb smlm tgh drive, mulut ni mula nk ikut menyiulkan rentak lagu nih.. haiihh.. maklumla balik keje bulan2 posa ni jln jam aje... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

 

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Monday, May 31, 2010

Misi Keamanan LL4G : 16 orang disahkan mati, 12 wakil Malaysia masih di atas kapal Mavi Marmara

Salam.

Sedikit petikan dari Haluan Palestin.

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.



 Keadaan di atas kapal semasa serangan. Ya Allah! Menakutkan.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif  dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.


Allahuakbar. Subhanallah. Terkejut aku dengar berita pasal ni tadi. Kapal yang diserang adalah kapal Mavi Marmara dimana membawa segala bentuk bantuan seperti makanan, perubatan yang diperoleh daripada badan LIFELINE4GAZA (LL4G).

Yang aku kurang paham, macam mana boleh Israel kata pihak mereka diserang dahulu dan oleh sebab itulah mereka menyerang semula kapal Mavi Marmara? Nama misi pun adalah Misi Keamanan. Agaknya Israel Yahudi memang tidak ada hati dan perasaan. Tidak paham apa itu kemanusiaan, keprihatinan. Wallhualam.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka.  Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat  keredhaan dari Allah swt.

Thursday, April 22, 2010

Pensel Dalam Kemaluan Mangsa Rogol


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa“

 
Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru. 

Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama.

Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar.
“Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.

Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri.
 

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim 
BERITA HARIAN 
...........................................................................................................................

Budak, kau terpengaruh dengan iklan pensil ni kaa haa? haishh ada aku lempang kau kalau aku jumpak kau! WTF!!! Teruk sungguh budak2 zaman sekarang. betol3 dah advance. baru Tingkatan 2 kot! Masyaallah. apa nak jadi lah dengan generasi muda ni semua. sayang seribu kali sayang.

p/s ; sekolah perempuan selama 11 tahun. masuk PLKN & UTM baru sekelas dengan lelaki.

Sunday, April 11, 2010

Budak 4 Tahun Hisap Rokok Bukan Perkara Aneh

Salam n hai :D
tadi sebelum lunch ada terbaca pasal kes kat Indonesia, budak kecik merokok, dah jadi benda biasa bagi diorg. sebab kat sana gudang buat rokok melambak2 dan juga ibu bapak kurang peka dalam didik anak2. bila anak2 dah dilepaskan duduk sama2 dengan pekerja2 gudang tu, so sama2 join hisap rokok. paling tak boleh belah siap hebat buat BOOLAT BOOLAT lagi dengan asap rokok tu. hebat dow! tak percaya? sila lihat video dibawah.
maap lah derr, kena teleng3 sikit naa, cek taktau lagu mana dok nk putaq bagi senta sikit. hihi. paham ke idok ambo kecek nih? dahhh sudah semua loghat aku dah campoq.

haa ape perasaan korang bila tengok video tu? aku rasa macam nk bagi penampaq arab, nk tenyeh3 mulut tu dengan cabai melaka u noe! very the rude lah this boy i tell u!

aku ciplak sikit from MY ADHA™ berkenaan artikel budak hisap rokok ni.
Ibu bapa kanak-kanak itu memberitahu, anak mereka telah biasa menghisap rokok sekotak setiap hari sejak berusia 18 bulan.

Di dalam video Youtube itu kanak-kanak lelaki berkenaan menghisap rokok sambil berbual-bual dengan dengan orang dewasa menceritakan pelbagai perkara dengan perkataan kasar termasuk tempat kegemarannya adalah Dolly iaitu kawasan hiburan malam di Surabaya.

Menurut Seto, kanak-kanak itu membesar di dalam persekitaran termasuk kedua-dua ibu bapanya menghisap rokok.

Bagi menghentikan tabiat itu, kata Seto, adalah sukar. Beliau meminta jiran-jiran tetangga membantu kanak-kanak berkenaan menghilangkan ketagihan merokok.

"Kanak-kanak harus bermain dengan kanak-kanak dan bukan bergaul dengan orang dewasa," katanya.

Pihak hospital juga bersetuju merawat kanak-kanak tersebut bagi membuang tabiat merokok.

Mengenai kata-kata kesat yang digunakan, kata Seto, kanak-kanak biasanya mudah meniru perbuatan orang dewasa dan kanak-kanak itu seorang yang cerdas.

"Dia memberitahu saya dia mahu menjadi tentera darat apabila dewasa kelak," kata Seto.

Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my


- MINGGUAN MALAYSIA

Friday, April 9, 2010

Drama Slot Akasia TV3 - AdaMaya

Salam kawan2.
korang tengok tak drama terbaru TV3 tu, slot akasia petang2 pukul 6.30petang-7.30petang tu? oihh first time tertengok masa pergi minimart kolej, nak beli nasi lemak buat santapan, sekali tertengok Lisa Surihani yang comel + ade pulak Sein. kereta Mini Mr. Bean pulak tu. ishh aku pantang kalau ada cerita2 ala2 remaja ni, romantika cintan cintun remaja, comel kott comelll sangattt! dah terlebih teruja pulak aku ni :)
memandangkan sang kekasihku sangat sukaaaaa kat Lisa Surihani, ehh ingat die je ke yang suka? i pun suka lah sebab she is very the comel lah u! macam nak kawen jer ngan die. opss? T_T tak tak i normal lahhh. i nak kawen dengan sang kekasih i lah u.

untuk episod 1, i tengok kat website TV3 je sebab dh tak tahu pun ade cerita ni. 2nd episod jugak tengok kat website, semalam baru tengok kat bilik tv kolej ni. aww u soo sweet lah cerita ni. Adam temankan Maya shopping, pilihkan baju mana yang sesuai untuk Maya. aww aww~

katanya cerita ni sama macam I'm Not Single, kan bagus kalau Farid Kamil jugak yang berlakon dengan Lisa? OST Adamaya pun adalah OST yang sama dengan I'm Not Single. wahh betol2 sama ni, lain2 edisi saje kott, 1 filem, 1 lagi drama. OST masyuk untuk layan buat tidur malam supaya bila tidur bolehlahh termimpi yang tersayang, ye dak? :)

ok lah jangan ketinggalan menonton Slot Drama Akasia - Adamaya setiap Isnin-Khamis jam 630petang di TV3 okay?




♥pesss : sayang ku jugak seorang yang romantik♥

Sunday, April 4, 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH)


Walaupun aku tak tengok, tapi aku dengar ajolah melalui HOT FM. so ini adalah pemenang3nya, tapi kenapa mesti datuk siti yang menang?????? ahh abaikan :)

Keputusan Para Penerima Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPH)
 
Anugerah Penyanyi Lelaki Popular 
+Aizat

Anugerah Penyanyi Wanita Popular
+Datuk Siti Nurhaliza
 
Anugerah Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
+Bunkface
 
Anugerah Penyanyi Nasyid Popular
+Rabbani
 
Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular
+Que Haidar
 
Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular
+Liyana Jasmay
 
Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular
+Remy Ishak
 
Anugerah Pelakon TV Wanita Popular
+Tiz Zaqyah
 
Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular
+Aznil Nawawi
 
Anugerah Pengacara TV Wanita Popular
+Fara Fauzana
 
Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular
+Faizal Ismail Hot FM
 
Anugerah Pengacara Radio Wanita Popular
+Fara Fauzana Hot FM
 
Anugerah Artis Komedi Lelaki Popular
+Nabil Raja Lawak
 
Anugerah Artis Komedi Wanita Popular
+Noorkhiriah
 
Anugerah Artis Baru Lelaki Popular
+Black Mentor
 
Anugerah Artis Baru Wanita Popular
+Yuna Zarai
 
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
+Khatijah Ibrahim
 
Anugerah Bintang Paling Popular
+Datuk Siti Nurhaliza


p/essss kenapa mesti siti?????  blergh~!!

Tuesday, March 2, 2010

Liga Hoki Kota Setar. Kota Setar Juara

salam n hai.
wah tetibe cite pasal sukan. hoki pulak tu. bukan ape, saje terasa bangga sebab adik kesayangan ada dalam gambar n johan liga hoki. rasanya tiap tahun Team Kota Setar menang. mana adik aku? tgk gambar, tu haa yang paling kedepan sekali pegang piala. poyo sangat lah. menyampah nengok. ;)
ALOR SETAR- Pasukan hoki Kota Setar Senior berjaya menundukkan pasukan 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan jaringan 6-2 pada pusingan akhir kejohanan hoki anjuran bersama Batalion Keenam RAMD Kem Bukit Pinang dan Persatuan Hoki daerah Kota Setar di sini, petang semalam.

Penganjur merangkap Kapten pasukan 6 RAMD, Nasir Ismail berkata, kejohanan pertama kali diadakan itu adalah untuk memberi peluang menjalin hubungan baik antara warga tentera dan orang awam.


Menurutnya, kejohanan yang mengambil masa selama tiga minggu itu turut membariskan tiga pasukan lain iaitu pasukan 4 RRD, 5 RS dan Kota Setar bawah 18 tahun.

“Saya harap kejohanan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua terutama warga tentera dan orang awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Kota Setar, Zulkifli Daud berkata, selain mengeratkan hubungan, kejohanan itu juga sebagai membantu pasukan bawah 18 tahun untuk menghadapi kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, difahamkan pasukan batalion juga akan mengadakan kejohanan tidak lama lagi, maka kejohanan kali ini amat bersesuaian bagi membantu kedua-dua pasukan membuat persediaan dalam pertandingan hoki yang bakal dijalankan kelak.

“Kita harap dengan adanya kejohanan ini ia dapat membantu semua pasukan membuat persediaan rapi dan memberi peluang kepada pasukan menunjukkan bakat dan aksi perlawanan yang mantap dan hebat,” katanya. 



Saturday, December 26, 2009

Bus Sani Ekspress Meragut 10 Nyawa

 
Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti,"katanya.

Menurut beliau, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.
 ...............................................................................................................................
siapa yang harus dipersalahkan? kenapa pemandu memandu pada keadaan yg mengantuk? adakah pemandu tu tak pikir yg die membawa byk nyawa. terbukti jugak bus dlm keadaan yg baek.

"Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci had kelajuannnya pada 97 kilometer sejam dengan menggunakan alat khas 'speed limiter'," katanya. 

aku kenal 2 org mangsa nahas. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun dan adiknya Sharifah Hasanah Aljunid Syed Harun. Al-Fatihah utk 10org mangsa nahas terbabit.