Showing posts with label Practical Healthtronics. Show all posts
Showing posts with label Practical Healthtronics. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Praktikal Tamat. Report Belum. Jiwa Sengsara.

Tengah pening nak buat report praktikal pulak ni. Banyak kot! Berapa banyak project of equipment nak kena letak dalam report. Baru buat company history, location of company, tapi pages dah sampai 30! Kalau masuk project? Seratuskah?

Project 1
Defibrillator

 Project 2
Infusion Pump

Project 3
Syringe Pump
Cukup lah kot, ke nak kena tambah lagi? Buat banyak-banyak pun macam lah lecturer nak baca kan kan? Stress sebenarnya. Stop jap buat entry kat blog. So sekarang nak sambung buat.

Bai! :D

Friday, July 2, 2010

Pra-pekerjaan Sudah Tamat

Seminggu lagi aku akan kembali menjadi Mahasiswi UTM Skudai. Selama 10 minggu yang lepas aku adalah 'pekerja sambilan' di Healthtronics, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Yelah, aku praktikal disitu, boleh dikatakan sebagai pekerja sambilan lah jugak. Well, now i know why people said, masa belajar tu, enjoy lah puas-puas, nanti masa kerja, dah tak ada masa nak enjoy. Yes, benar tersangat lah benar. Walaupun aku adalah pelajar yang berpraktikal disitu, aku turut rasa tension. Macam-macam hal, macam-macam perangai.

Bila kita bekerja dengan orang, mahu tak mahu memang kita terpaksa ikut cakap orang yang lagi tinggi dari kita. Tapi, bayangkan kerja itu bukan dalam bidang belajar kita, tapi kita dipaksa untuk buat segala kerja tersebut. Why not they do it by themselves? Ini tidak, kami sebagai pelajar dibuli, meeting lagi 15minit, kerja tak siap, serahkan pada kami untuk siapkan. Paksa siapkan dalam masa 15 minit jugak. Due date nak kena submit segala adalah hari khamis, hari selasa bagi pada kami dan suruh cari segala asset/barang yang diperlukan? Ingat hospital itu kecik kah?

Department yang ada di Hospital Sultanah Bahiyah.
Lain cerita bila kami tanya 'Ada PPM ka? Nak ikut!'. Ok, nampak macam annoying kan nak mengikut saja, tapi itulah yang sepatutnya kami sebagai pelajar praktikal perlu lakukan. Ikut technician inspect barang rosak, buat maintenance dan macam-macam lagi. Ini tidak, bila ditanya, 'Ok satg jom lah p, bukan nak p laa ni. Tunggu sat'. Alih-alih dah lesap! Lepas tu dengar cerita yang kami sombong, berlagak. Oh my! Haha. Biar orang kata kita berlagak dariorang kata kita gedik. Itu lagi tak boleh diterima.

Ohh, ada lagi sorang, Indian technician. Semalam baru aku tahu dia memang berasal dari India. Padan laa dia speaking tiap masa! Sekali aku pun terpaksa speaking dengan dia. He is very talkative but then his English are very hard for me to understand. Ada slang sikit-sikit. Tapi dia baik. Selalu ajak pergi buat maintenance. Tapiii, aku tak suka barang-barang bawah jagaan dia. Sebab semua barang-barang dia tu dekat Lab, and tak tahu fungsi machine tu semua. So kalau pergi pun nganga sajork! Teman dia sembang. Haha.

Panjang rupanya aku bebel. Dipendekkan cerita perjalanan sepanjang 10 minggu ini~
  • Bukan semua suka mendesak,mengarah. Ada yang baik adalah sangat baik. Sampai rasakan umpama 'abang' dan 'kakak' sendiri.
  • Pengalaman bekerja di persekitaran hospital membuatkan aku makin berjaga-jaga tentang diri dan kesihatan. Macam-macam jenis pesakit aku jumpa. Dari yang sihat sampai lah yang nazak dan meninggal di ketika aku sedang bertugas. Bila masuk ICU, ayat-ayat Al-Quran mesti berkumandang. Sumpah aku tak berani untuk melirik ke muka pesakit yang terlantar langsung tak sedarkan diri. Hidup hanya dengan alat bantuan pernafasan. Kepala ada bekas jahitan yang sangat panjang dari leher hingga kiri hingga ke dahi kanan. Bayangkan lah bagaimana hati aku ktika itu. Sayu jangan kata lah. Itu kali pertama aku masuk kawasan nazak-nazak, lepas seminggu praktikal, kalau masuk situ aku takkan langsung hiraukan pesakit. Apa yang aku akan lihat hanyalah machine!
  • Sister, Medical Assistant, Doktor adakalanya sangat berlagak. Jangan ingat kami hanyalah 'TECHNICIAN CABOK'. Kita bekerja semuanya saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau barang kau rosak, kau buat aduan, semuanya kau nak urgent. Tapi bila kami mintak bantuan sikittttt, bebelnya panjang lebar. Jangan sampai nanti takde perkhidmatan ini, kau buatlah sendiri. Patient mati sebab equipment rosak, kau tanggung lah sendiri. BOLEH?? kalau boleh, silakan aku ucapkan. 
CT Scan
C-Arm X-Ray

Film Processor
Electrician can also be a Mechanics
The Film Processor. Fiq, Sara & Mr Syaiful (favorite technician !)
Semangat aku tengok apa Encik Syaiful nak buat. Cuak jugak sebab machine tengah on. Kang tak pasal-pasal short cane? Mencemaskannn :/
One of the department which i don't like to go, Lab. Because the machines there are so boring!
Some of pictures taken by me and Fiq. Tak banyak, tapi cukup lah untuk simpanan kan. Bukti kata pernah buat praktikal disitu. Mungkin aku takkan kerja dalam bidang perkhidmatan bila dah grad nanti. Mungkin aku akan bekerja di kilang ataupun R&D. Buat research barang baru, kerja dengan vendor-vendor. Sebab sepanjang aku praktikal, vendor yang datang tak pernah ada MELAYU. Tinggi harapan aku, sama jugak rakan-rakan aku yang lain, Fiq & Sara khususnya. Master? Mungkin tidak. Sekarang pun dah umur 23 tahun, grad umur 24 tahun. Kalau master lagi 1 2 tahun? Bilanya aku nak pegang duit sendiri? Oh tak sanggup. :)

Mr. Ro, Fadzli & Muhsin
Fiq, Sara & Hazy
My bos yang baju putih merah tu.
5 of us, UTM students. Fiq, Sara, Fadzli & Muhsin. Thanx a lot. You guys had cheer me up during this hard time. Aku tau aku kuat bebel tapi its me and i can't stop babbling. Haha.

So last day semalam, bos - encik Rofaif belanja kami Pizza Hut. Ingat main-main, serius rupanya. Thanx a lot. Elaun pun sudah masuk, RM1083.00 selama 10 minggu berkhidmat di Healthtronics (M) SDN BHD Alor Setar Kedah. Senyum bahagia! Simpan dalam ASB dulu, nanti baru guna buat beli handphone. Hehe :)

Ok. Bai !

Sunday, June 27, 2010

DANGER ! Enter at Your Own Risk


No worries. Had already get injection of Hepatitis B Vaccine Booster before started my internship. To boost up my antibody. So no need to wear a mask.

SUPERRRRR POWER !!!

Friday, June 4, 2010

Urat Dawai Tulang Besi

Salam. Hi!

Masa berlalu dengan pantasnya. Sedar-sedar sekarang dah nak masuk minggu ke-7 praktikal. Tak lama lagi akan habis, 3 minggu sahaja lagi. Apa yang dah dapat sepanjang 6minggu ni? Macam-macam dapat!

Semua kawasan hospital dah masuk. Kalau jadi orang awam, kan ada kawasan-kawasan tak buleh masuk, kena tahan dengan guard lagi. As for me practical at hospital is the best experience lah kan. Bukan setakat tengok barang-barang berharga jutaan ringgit, dapat jugak tengok pesakit-pesakit. Kalau masuk ICU, dengar ayat Quran berkumandang tiap masa, belum cerita patients punya condition lagi. Ada yang kepala berjahit. Panjang okeh bekas jahitan tu! Meremang bulu romaaa aku tengok. SERIYAUUU! Terasa macam kepala sendiri yang macam tu. Ouch!

Tak sangka aku pilih bidang kejuruteraan. Tak terlintas langsung pun dulu bakal ambil bidang ini. Bidang yang perlukan kekuatan. Tak boleh geli pada kotoran, kena tangkas bergerak, kena lebih peka.

One of my BFF penah comment at my picture, dia komen cakap baju keja aku tak GLAM! Its okay babe. Aku tak payah pakai baju cantik-cantik, baju cantik-cantik simpan buat pakai masa dating je. Tak payah nak mekap tebal-tebal, dah boleh save duit disini. Haha dan banyakkkkk lagi. I love it so mucho!
Alahhh nak tunjuk kata jari kotor tak nampak lah pulak takpelahhh janji tunjuk jari kami sempurna ada 10 jari setiap seorang teeheee :D
Welll this is not an apron untuk masak-masak lap-lap tangan basah. Ini adalah lead, to prevent the radiation from hitting at the sensitive area. Which you know where lah kan. Kalau tak kaver, habes lah sistem persenyawaan aku terbantut. Senang cerita telur kecut! Ohmaigod okay ni ayat kampung okay kau orang paham-paham ajelah takkan aku nak letak ayat-ayat sains pulak? Haha.

P/S : Nak g tgk wayang tapi takde orang nak teman. Tengok wayang dalam mimpi dah laaaa *sigh*

Wednesday, May 26, 2010

I'm an Engineer, not a Doctor

Salam. Hai. Muka comel pembuka bicara. Tataplah ia dengan penuh kasih sayang yang mencurah terus ke ladang gandum dan poppp! Jadilah ia coco-crunch Y_Y
Yes! Aku bukan doktor bedah manusia, aku adalah bakal doktor bedah mesin. Tanpa mesin-mesin yang dalam keadaan sempurna, para doktor dan juga nurse takkan boleh nak jalankan kerja mereka.

Selama hampir 6 minggu praktikal, dengan ini diumumkan, pada hari Selasa bersamaan 25 May 2010, aku dan rakan-rakan dapat masuk Dewan Bedah (OT). Dewan Bedah orang cakap paling remeh laa nak masuk. Sebab? Kena tukar baju kepada baju yang telah disediakan, pakai cap yang macam shower cap tu, pakai mask lagi. Yelaa, protection from apa-apa infection kan.
Masa dalam bilik persalinan tu, sangat kecoh jadinya. Tiga-tiga jadi macam orang JAKUN!

"Weh nak pakai baju size apa ni?"
"Ish seluaq dia besaqnyaaa!"
"Weyyy aku tengah salin baju JANGAN TENGOK TAUUUU!"
"Mak aiii luaihnyaaa lehiaq ni" - "Tudiaa laa dah tau kecik p amek size besaq pasaipaaa?"
""Nak kena bukak semua kaa? Malaih laa nak buka seluaq, pakai serlum lagu tu jaa lah"
"Alamak wey tudung tadak ni, kena bukak tudung takkan nak pakai cap jaa kot?"

And the dialog goes on and on. Sampai lah dah keluar tanpa tudung hanya pakai cap tu saja ke kaunter, pastu nampak nurses kat situ semua pakai tudung biasa ja. Apalagi, masuk semula ke bilik persalinan, pakai semula tudung.

Pakai tudung pun nak kecoh-kecoh, mesti nurse & doktor yang dalam tu cakap JAKUN gilaaa budak-budak ni. Ahh apa aku kesah? pengalaman baru, sape-sape pun mesti EXCITED punyaaaa.
Barang yang rosak adalah C-Arm X-Ray (Flouroscopy). Agak kelakar bila nak 'shoot' the x-ray, semua lari sembunyi jauh-jauh. Takut terkena radiation. Tapi rasanya memang dah terkena banyak dah ni. Rasa pening-pening bidadari, badan rasa lemah-gemalai, mata rasa pedih. tanda-tanda penuaan bakal menjelma. Yaa aku tipu semua itu.
Adik-adikku yang kusayang. Sorang tu alahai siap sandar-sandar lagi kat bahu aku. Sorang lagi macam tahan nak berak, tengok camera pun macam tak berapa nak sanggup dah. Rileks lahh adik. Ehh tetiba ber-adik-adik ni apesal?

Dengan setulus hatinya, saya mempersembahkan karya terhebat alaf ini. TARAAAA....!


*tiada motif HAHA*

Ciau! :)