Sedikit petikan dari Haluan Palestin.
31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6  buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat  kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel  menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut  laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang  ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata  kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke  Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari  Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal  menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan  membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal.  Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas  apa yang telah mereka lakukan.” katanya.
 Keadaan di atas kapal semasa serangan. Ya Allah! Menakutkan.
Allahuakbar. Subhanallah. Terkejut aku dengar berita pasal ni tadi. Kapal yang diserang adalah kapal Mavi Marmara dimana membawa segala bentuk bantuan seperti makanan, perubatan yang diperoleh daripada badan LIFELINE4GAZA (LL4G).
Yang aku kurang paham, macam mana boleh Israel kata pihak mereka diserang dahulu dan oleh sebab itulah mereka menyerang semula kapal Mavi Marmara? Nama misi pun adalah Misi Keamanan. Agaknya Israel Yahudi memang tidak ada hati dan perasaan. Tidak paham apa itu kemanusiaan, keprihatinan. Wallhualam.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang  berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan  kebaikannya kepada mereka.  Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka  sentiasa ikhlas dan mendapat  keredhaan dari Allah swt. 
 
3 comments:
dlam kapal yg kene serang uhh ade 2 org wrtawan malaysia ennn...harap dorg slamat
harap2 mereka selamat....
mmg marah btl ni....!
keep praying guys...sngt sday :(
Post a Comment