Monday, April 22, 2013

Corak Grill dan Tukang Grill Kuantan, Pahang

Hola readers!

Rasa macam best pulak bila mood blogging muncul semula.

Nak cerita pasal grill pulak kalini. Sebenarnya lama jugak google cari tukang grill sekitar kuantan ni. Banyak ada sebenarnya, tapi kalau boleh google tu nak cari pengalaman orang yang pernah buat dengan tukang grill tu dan sangat berpuas hati.

Jumpa laa 1 blog ni, taktau macam mana keywords google aku sampai ke blog kakak ni, aku rasa sebab aku google pasal Shaklee Kuantan kot, sebab akak ni pun salah sorang SID Shaklee.
Oh yaa, btw, kalau korang nak beli atau nak tahu lebih lanjut pasal Shaklee, aku pun salah sorang pengedar dan pengguna tegar produk Shaklee. Boleh roger roger. Ehh eh tetiba lari topik. Now back on track!

Blog Akak Nurul Aziyana ni dia ada cerita pasal renovation rumah dia. Siap sekali dengan kos. Tgk dia macam puas hati dgn kerja tukang grill dia tu. Dalam blog post dia tak mention no telefon En. Mat Grill tu, tapi entah macam mana rajin pulak aku baca komen. Dekat komen ada yang dok mintak no telefon, maka kak Nurul baik hati dia ada bagi no dekat situ. So aku pun call la En. Mat Grill ni cakap suruh datang rumah, ukur nak pasang grill.

Selain dari En. Mat ni, ada jugak aku call En. Roshdi, pun aku suruh dia datang ukur. Tapi awal-awal lagi aku sebenarnya dah tetap nak amik je En. Mat ni, tapi kena ada jugak sekurangnya 2 pilihan. So kita boleh buat perbandingan harga, kualiti dan lain-lain.

Nak jadi cerita, dua-dua sampai pada masa yang sama dekat rumah. Abah tolong tengokkan diorang ni ukur. Esoknya, abah bawak aku pergi bengkel dua-dua tukang grill ni utk kawtim harga. Izhar busy sampai tak sempat nak pikiaq hal lain, so aku je la yg rela hati buat apa yang patut.

En. Mat awal-awal lagi dia quote terus untuk wrought iron with normal cat atau dengan powder coating. Powder coating ni kiranya bila cat dorang masukkan grill dalam oven, so cat lebih tahan lama dan payah nak karat/kopek compared to cat biasa. Dia kata dia taknak buat yang metal biasa utk grill, sebab kita nak pasang grill ni untuk keselamatan, memang metal biasa murah gila gilaaa nak banding dengan wrought iron, tapi sekali kalau kena kopak dek orang tak ketahuan, tak ke naya hidup?

Lepastu tengok design grill, aku dgn izhar awal-awal lagi dah sepakat taknak bunga-bunga cinta, macam orang tua siot pakai grill. Gambar-gambar bawah ni kira yang aku minat laa. Yang 1st dengan 2nd tu aku mmg suka, tapi En. Mat kata, macam tu senang orang potong sebab yang tengah-tengah tu nipis dan tak attached pada main grill hat jaloq ke bawah gitu. Dia suggest amik yang straight je, gambar lasstt sekali. Aku pun ok jerrr.

So start 190413, aku dah appoint En. Mat as tukang pasang grill untuk rumah kami. Dia bagi masa siap dalam 1 bulan, tapi aku mintak dia siapkan 3 minggu sebab umi waled nak mai sini 17 18 May nanti hurrayyy. Bayaran? Dah siap baru bayaqqq. Harga? Nanti siap aku kepoh-kepohkan kat sini.

En. Mat Tukang Grill Kuantan Pahang
019-9553116
Bengkel dia kalau dari airport tu, terus, betul-betul sebelum jejantas pejalan kaki. Ada gambar kedudukan bengkel dia kat bawah ni. Nak habaq jalan apa pun bukan aku tau sangat memandangkan aku bukan orang Kuantan pun. :)

Jumpa lagi di lain masa

Bye.

5 comments:

Naizaitul Husna said...

salam...
tumpang tanya...ok tak en mat ni psg gril kat umah awk? sy pun tgh mencari org nk psg gril kat umah sy jgk...so nak survey2 dlu...

Naizaitul Husna said...

salam..
ok tak en mat tu psg grill? sy pon tgh mencari2 org nak psg gril ni..tgh survey2 mana yg ok...

Hazirah Barakbah said...

Wslam alhamdulillah memang puas hati dgn kerja en mat. Harga pun berpatutan. Kerja kemas. :)

amir said...

Salam tumpang tanya, berapa en mat quote harga untuk wrought iron dgn powder coating? Rumah setingkat or dua? Thanks, Sy tgh cari org nk pasang gril ni

Hazirah Barakbah said...

amir : wsalam. total rm3k. rumah 2 tingkat. sliding door, pintu belakang, pintu balkoni atas, tingkap atas ada 4, tgkap bawah ada 3, toilet 2, atas tangga 1. sangat rekemen sbb kerja kemas dan tiptop