Dua ribu sebelas, tahun yang banyak cabaran dan dugaan.
Januari - May
Bertungkus - lumus sebagai pelajar tahun akhir Biomedical Engineering, UTM. Menangis, stress, teriyak, melalak, semua cukup lengkap serba serbi satu. Hah. Akhirnya berjaya juga menamatkan Degree. Bangga? Boleh la.
Habis final exam on 19th May kalau tak salah, and on 21st May, pergi interview. Berjaya, maka diminta kerja pada 1st June.
22 May 2011 Izhar berbincang dengan Umi Waled, nak bertunang. Hehehehehehe :)
Jun - September
Adalah jangka waktu 1st job aku. Kenapa sekejap sahaja? Ada la masalah dalaman syarikat tersebut yang membuatkan aku terpaksa mencari pekerjaan baru yang boleh menampung kos sara diri aku. Hikhikhik.
24 September tarikh hari konvokesyen. SERONOK!!!
26 September lapor diri di tempat kerja baru. Sekejap sahaja masa menganggur. Menganggur lama-lama boleh menyebabkan ketidak-happy-an dalam diri. Harus cari kerja secepat mungkin, nak berjaya kena pantas. Kann? :D
27 November 2011 tarikh pertunangan. Simple. Semuanya secara sederhana, seperti yang diimpikan. Pelamin pun malam sebelum hari kejadian, baru pulun buat sendiri. 4 hari muntah dan cirit birit. Tapi tetap maintain cool masa hari kejadian. Takkan nak tunjuk sakit kan?
Disember
Bulan yang kelam kabut otak. Banyak sangat berfikir. Macam mana nak start buat hal kerja kahwin dan sebagainya. Macam mana nak cari bridal, macam mana nak buat kad, busana nak gaya macam mana, dengan fikir rumah lagi mana nak duduk lepas kahwin. Paling penting, mana nak cari duit tambahan??? Kusut. Tengok ticker kat tepi tu, 169 hari lagi? Heh. Senyum sajalah. Aku tahu sangat sempat tapi biasa lah aku, gelabah tak menentu. Apa-apa pun doakan rezeki mencurah-curah, dapat lah buat macam-macam. :) Aminn.
Alhamdulillah 2011 banyak buat perubahan pada diri dan hidup. Moga segalanya diberkati Allah SWT. Mudah-mudahan tahun hadapan 2012 lebih maju kedepan dan semakin dekat dengan Tuhan. Aminn Ya Robb.
SELAMAT TAHUN BARU 2012
3 comments:
salam saudari
moga kejayaan mengiringi anda pad atahun ini
salaam sharifah :)
congratulations on your upcoming graduation hehe :) and the wedding ceremony as well!
wassalam
ps: can we be friends? may i have your email address, please?
regards
siti zulaika
wsalam.
tq for ur kind wish. why u need my email? and where are u from?
Post a Comment