Monday, December 5, 2011

Bulan Disember Bukan Bulan Cinta

Tapi kenapa bulan Disember, ada cerita cinta di pawagam berhampiran anda? Setahu aku bulan Februari adalah bulan yang semua orang agung-agungkan, alaaaa Valentine's Day lah gituuu.

Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1, semua orang (perempuan terutamanya) sentiasa menantikannya. Aku pun tak paham kenapa. Sebab pelakon? Bagi aku adalah sebab jalan ceritanya, yang kononnya darjat tak kisah kalau cinta dah mengatasi segalanya. Apaaaa? Pemain trompett? Nyahh kau! Haaa contohnya.

Bella dan Edward yang cinta tak mengenal usia, Edward kan dah tua bangka memang wajib mati walhal Bella baru 18 tahun. 

Shit! Aku melencong.

Aku nak tegaskan dekat sini yang AKU MENYESAL pergi tengok Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1. Sungguh sungguh menyesal. Bajet boleh laa aku feeling romantis kan dengan Ehemm, tapi tidak! Rasa macam nak pergi toreh-torehhhhh skrin layar tu sebab sungguh spoil feeling gua! Iz Yahya cakap sebab banyak kena cut, sebab tu tak paham dan entah hapa-hapaaaa!

Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1
Rating: 2/5

.............................................................................................................

Patah hati boleh diubati. Abang Hariz datang menggembirakan hati yang lara. ceit gelinyah!

SIAPA BELUM TENGOK OMBAK RINDU SILA PERGI SEKARANG!

Peminat setia novel Ombak Rindu, sangat suka nukilan Fauziah Ashari. Lakonan layar perak pun terbaik. Suka suka suka dan suka! 

Banyak lah tengok orang update di Twitter dan Facebook, sedih la menangis la, ada juga yang tak suka dengan cerita tu, ayat skema, terlampau keterlaluan adegan romantis dalam tu, but for me personally, THIS IS THE BEST AMONG THE BEST! Siapa cakap Lagenda Budak Setan tu best, memang aku tak tahu lah dia buta seni ka apa, sebab aku pun buta seni jugak huahahaha. Lagu OST pun best, pandai pulak tu bila part sedih, keluar terus ayat-ayat lagu Hafiz tu. haihhhhh.

Sebelum pergi tengok ye lah cakap, aku takkan menangis punya lah tengok cerita camtu, hati keras, brutal, apa kes nak leleh-leleh kan. Izhar pun macam bajet Ombak Rindu mesti bosan, standard cerita Melayu katakan.

Semua tekaan meleset. Jemmmm betoi ayaq mata meleleh bukan sekali, aku rasa meleleh yang tahap mengalir sedu sedan cuma tiada esakan sahaja, KAHKAHKAH aku menangis dalam panggung wei sejarah takkan mungkin berulang! Terus masuk dalam diary "Harini aku menangis dalam wayang tengok Izzah dan Abang Hariz, sedih tskk tskk"

Dan yang bestnya, orang tu ajak pergi tengok lagi sekali tau. Wahh feeling romantis sekali lagi. I likeeee! 


Tamat.










YEY DAH NAK JADI BINI ORANGGG!
Ehhhhhh :)

3 comments:

Cik Sara said...

End of story :
Che Pah teruja nak jadi bini orang.. heee...
Barakallahumma...
Semoga sampai ke jinjang pelamin sebab i tak sabaq nak makan nasi minyak Tg.Bendahara..weee

Chaoi said...

izhar pon nangis gak?kah kah

Kedai Lalaland said...

Hahaha...Good Luck!