Wednesday, December 7, 2011

Gerai Mokna, Tanjung Lumpur, Kuantan

Sudah lama tidak membuat entry Makan-makan, rindu betul nak bercerita tentang kesedapan makanan dalam blog. Paling best teringat pula makanan-makanan yang sedap, yang kebanyakkannya di Johor. Oihhh rindu Johor oii! Syurga makanan tak terhingga hanya di sana. Tak percaya? Pergi lah duduk sana 1 tahun, pasti seumur hidup takkan dapat lupakan keenakan makanan di Johor. Promote Johor macam aku anak Johor kan? I'm a proud KEDAHAN laa :D

Sekarang duduk Kuantan ni, tak ada la sangat tempat makan best-best nak dituju. Kalau ada pun, so-so,, tak berapa in dengan citarasa lidah tekak dan perut ini.

Disebut-sebut, Gerai Mokna di Tanjung Lumpur adalah tempat makanan petang yang best. Memang tiap petang ramai orang (agaknye lahh). Gerai Mokna ni menyediakan makanan goreng-goreng. Contohnya, keropok lekor, udang goreng, sotong goreng, ikan goreng, cicak goreng, mengkarong goreng, landak goreng. Ahh senang cerita semuanya berasaskan goreng-goreng. Air yang disebut-sebut sangat sedap pula adalah air jagung.

Ramai orang = sedap, harga berpatutan, servis ok

Sedap?
Boleh laaaa. Alaa setakat goreng-goreng, adik lelaki aku pun hebat.

Harga?
Haritu pergi, ambil ikan goreng 3 ekor + udang goreng 2 cucuk + keropok lekor 8 batang (eh apa penjodoh bilangan untuk keropok lekor hahh? keping ke?) + air jagung + teh o suam = RM24. Ok ke harga begini? Tak boleh nak komen sebab tak try kedai lain lagi.

Servis?
Servis haram jadah langsung macam hampehhhh! Ya lah kan, kau bukan duduk dalam hotel atau restoran nak dapat layanan istimewa kan. Nama pun GERAI, memang lah gaya gerai, ye dak? Tak kisah la gerai ke restoran ke kan, tapi kebersihan itu penting. Setuju? Patutnya pekerja situ sapu laa sampah sarap dekat lantai sebelum start jualan, kawasan pembuangan sampah tu kemas-kemas kan lah. Baru sedap mata memandang.

Paling hebat tahu apa? Selalu di restoran, gerai makan, akan ada kucing kan? Gerai Mokna ni lain dari yang lain. Ada kambing dalam gerai! Kambing tahu? Kambing mbekk tuuuu!

Kambing Gerai Mokna
Hari ini dalam sejarah sungguh. Selalu kena kacau dengan kucing, makan dekat Mokna, kena kacau dengan kambing. Kau orang ada? Adaaaa? Kalau nak rasa kena kacau dengan kambing, datanglah ke Mokna, Tanjung Lumpur! Ha ha ha!

Kucing kacau boleh tahan laa lagi, kambing kacau, aku rasa nak muntah balik apa aku makan. Bapak laa geli laaa weyyyhh! Kambing Mokna hebat, makan ikan kau! Dah bukan vegetarian dah kambing-kambing sekarang ni, urban habis! Entah-entah kepala udang pun dia makan. Ingatkan manusia sahaja yang mengalami perubahan dalam kehidupan, rupanya haiwan pun sama -_____________________-

Setelah dipertimbangkan segalanya, dengan ini, aku tak akan jejak kaki ke Gerai Mokna dah! Beluweeekkkksss! Tunggu dah cuci, dah bina gerai baru, baru aku pergi kot.Takut lah makan dekat tempat kotor ni, silap-silap dapat penyakit. Jauhkan lahhh.

Bye bye Kambing Mokna!

1 comment:

Thristhan said...

Ini mesti pergi cuba ni :)