Thursday, October 20, 2011

Menguatkan Tubuh Badan


Memandangkan aku kini tinggal di Kuantan, hidup menjadi lebih tenang, aman dan makmur. Jarak antara rumah ke tempat kerja hanya memakan masa selama tiga (3) minit sahaja. Anda cemburu? Sila lah cemburu! Hihihiiii.

Setiap petang lepas kerja, mesti bercita-cita nak mencari pisang goreng, keropok lekor untuk minum petang, malangnya, nak ke gerai-gerai jualan seperti itu akan memakan masa perjalanan 5-6  minit dan akan melalui kawasan perumahan aku tu. sebelum masuk kereta, YA! memang dah niat
Errrrrr dapnyewwwwwwwwww!!!
"ok jomm pergi cari makanan laa, terasa nak makan itu ini"

Hahh, tapi tak pernah menjadi, nampak simpang taman, terus bagi signal, fiungggg pusing ke kanan. byebye pisang goreng. Byebye keropok lekor. Jadi malas nak drive kalau dulu, jarak rumah ke tempat kerja memakan masa 20 minit, boleh je melencong sana sini, sekarang? Makin banyak masa terluang, makin malas jadinya. Mahu cepat-cepat pulang ke rumah dan berehat!

Ehhhh choppp!

Sekarang aku ada aktiviti baru. Paling menyihatkan tubuh badan. Yaaa! Bersenam. Ecewah. Setiap petang (setakat ni baru 3 hari) pergi jogging dekat Taman Bandar. Lepas tu kadang-kadang (baru sekali) pergi main badminton. Sihat tak saya? Haha!

Sebenarnya aku dipaksa join aktiviti-aktiviti tersebut. kalau tak kena paksa memang tak kan lah nak pergi kannn. But it is a good thing la kan, kalau tak jog, jalan pusing taman pun should be OK. Dapat menguatkan otot disamping menguatkan jantung kita. Malam ni nak main badminton. Yeahhhuuu! Cergas! Cergas!
Harap-harap malam ni aku menang 3 set. KAHKAHKAH! Ok. Bye

No comments: