Wednesday, October 19, 2011

Kuantan, Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum. Hi sekalian Hamba Allah.

Sah-sah semua dah muak, apa barang lah minah ni update blog asyik tempek gambar. Dah la besar-besar, banyak meleret-leret pulak tu. Whatever. Mood blogging dah tak macam dulu lagi dah. Hilang lesap lepas beberapa lama asyik tangguh-tangguh. So, kalau nak jadi blogger hebat, jangan tangguh-tangguh mengarang entry, jangan jadikan aku sebagai role model. Bahahaha ini perasan sendiri. *kau blogger hebat ka hazirah?*

Hazirah Barakbah sekarang tengah mengalami fasa pembentukkan diri. Ehh bentuk ke? Salah! Salah! Sedang melalui fasa pembangunan diri. Masa belajar dulu ye lah kan pembentukan diri, belajar betul-betul, dapat keputusan cemerlang, dan grad dengan cemerlang pada masa yang telah ditetapkan. YA! Aku sudah konvo, sudah grad. Aku sekarang sudah bergelar Graduan Universiti Teknologi Malaysia yang berjaya

Dah tu, apa kaitan pembangunan diri, grad bagai dengan Kuantan, Pahang? Dengan rasminya diumumkan bahawa Hazirah Barakbah sekarang adalah penduduk Kuantan, Pahang.

Asal Alor Setar, Kedah. Belajar dekat Skudai, Johor. Sekarang? Kerja dekat Kuantan, Pahang. Nampak tak yang aku sungguh kuat merantau meninggalkan kampung halaman demi membangunkan sahsiah diri *ahhhh lari topik lagiiii*

Kerja apa, kenapa pilih Kuantan, Pahang, sila jangan banyak tanya. Sekarang aku nak minta tolong orang-orang Kuantan, Pahang. Aku hanya nak tahu, MANA TEMPAT MAKAN BEST DEKAT KUANTAN?

Makan je aku kisah sekarang ni, sebabnya? Makan kan membantu untuk mencergaskan badan dan otak. makan untuk hidup dan kita dihidupkan untuk merasa semua makanan *melencong lagi*. Aku belum jumpa makanan yang betul-betul IN dengan citarasa mulut aku ni. macam mana? SUGGEST PLEASEEEEEE !!!!


Ok. Bye. Wassalam.

*entry tiada gambar hanya bebelan*

2 comments:

Iz said...

dah makan ketam goreng dengan telur masin kat Marina? Sotong goreng tepung kat Ana Ikan Bakar - for dinner only. Juara CHar Kuey Teow kat IM.

Kalau tengah hari, Galeri Asam Pedas, gerai kat belakang Alliance Bank Jalan Beserah pun boleh tahan. Briyani restoran Kamarudin, retoran Wak Sufian.

Breakfast - Roti canai Restoran Hafizan, kat Jalan Mahkota (kat Taman Kerang)

Kena rajin keluar, kalau area indera mahkota memang tak banyak.

Hazirah Barakbah said...

Marina - Belum
Ana Ikan Bakar - Belum
Juara CKT - Sudah
Galeri Asam pedas - Belum
Jalan Beserah - Belum
Beriyani kamarudin - Belum
restoran wak sufian - belum
roti canai hafizan - belum

wahh banyak yg belum. ok akan ke sana nantiii.

tq lalink!