Monday, February 14, 2011

Mama Lynn's Steamboat

Assalamualaikum. Hi.

Pernah baca pasal Rawa Steamboat? Aku ada pernah post dulu-dulu. Baca sini kalau nak tahu dan nak pergi. Ada siap dengan maps aku letak tau. Sesat jugak memang alamatnya tak reti baca maps lah tu.
Kali ni nak cerita pasal Restoran Mama Lynn pulak. Kalau budak-budak UTM, dekat jela nak pergi sini. Taman Mutiara Rini tu je.

Siapa-siapa yang pernah ke Rawa Steamboat,  mesti ada macam rasa was-was, halal ke tidak kan? Kalau Mama Lynn ni, memang dijamin halal, sebab owner restoran ni adalah Islam. Makanan kat situ pun sama seperti di Rawa Steamboat.

Harga seorang adalah RM18. Sama seperti Rawa Steamboat. TAPI! Kalau korang pergi secara beramai-ramai seramai 10 orang, korang akan dapat promotion FREE 1. Maksudnya, bayar untuk 9 orang saja lah. Pergi 20 orang, FREE 2. Dan seterusnyaaa. :D


Restoran Mama Lynn
No 1, Jalan Jasa 25,
Taman Mutiara Rini
81200 Johor Bahru, Johor
012-798 8774

2 comments:

♥e'in♥ said...

name je dok jb.. tp xpnh g pon tmpt nie.. hehehe..

nazihahisa said...

yg ni tak bg map jugak ke? hehehe nnt boleh g kalau ke jb :D