Monday, July 26, 2010

Desaru, Johor

Salam. Hai.

Well, haritu kan dah janji nak cerita pasal cuti-cuti ke Desaru. Cuti dengan kawan-kawan mesti lah best kan, tak kisah lah kemana pun. Bertolak hari Jumaat lepas Zuhur, sampai sana dalam pukul 4 lebih. Dua kereta konvoi, 9 orang gadis semuanya. Gadis-gadis pergi bercuti uoll :D
Sampai je apartment tu, snap-snap dulu lah kan
Kami menginap di Lotus Desaru Beach Resort. Apartment ni ada 2 bilik, queen size bed, ada hall & tv, dan juga dapur. Microwave, peti sejuk ada. Toilet pun memang mantop habis lah. Cun!
Tadaaa! Dah tukar baju. Siap sedia untuk TERJUNNN!!!

Naik Tuttut (kereta golf). Tapi bahagian depan guna dashboard Perodua Kancil.
Kena naik Kancil ni sebab Lotus Desaru Resort ni tersangat lah luas & besarr. So kita call nanti kancil tu sampai laa depan blok kita. 9 orang muat naik kancil ( kancil modified dow, kancil biasa naik 4 orang pun dah semput )

Permandangan dari dalam Cafe, mengadap ke laut.
Seriously pantai ini dijaga betul-betul. Sangat bersih! Sangat suci pasir-pasir dekat situ. Siap ada bar tepi pantai tu, namanya Rhu Bar. Memang superb lah.

Ayaq nyok tumpah!!
Apa yang bestnya Lotus Desaru Resort ni adalah, mereka sediakan waterpark! Itu yang kita mahu kan? Tak pandang dah pantai, terus nampak waterpark ni jer. Memang lah tak boleh nak lawan Sunway Lagoon, Lost World Tambun. Tapi okay apa. Best giler kot. Main macam budak-budak tak cukup umur.
Water Slide pun ada bebb.
Sebabkan terlalu excited, tangan aku luka, kaki aku lebam. Haha. Sebab main water slide ni sampai terbalik terhantuk batu, terbalik kepala terhantuk lantai slide tu. Gila! Memang main sungguh-sungguh lah. Lepaskan tension sebelum FYP bermula. Boleh? :)

Welcoming Drink at Rhu Bar

Nah, rupa bilik kami menginap. Sangat cantik. Memang puas hati lahhh.

Sudah siap mahu pulang

Jalan jam macam hapeeee lagi. Dah laa nak terkencing. Dugaan betol!

Maaf lah yer terlampau banyak pulak gambar. Kata bercuti kan, haruslah bergambar. Andd KaCaQ dah sampai Desaru. Hoyeyyy! :D

Ok. Have fun reading.
Bai!


7 comments:

fiqkbe said...

haha pdn muka lebam2 =P

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

enjoying m0ment ;-)

nabilpotter said...

berapa bayaran sehari?

bidadarihijau said...

wah..nak tnye jugak bayaran die...baru plan nk pegi desaru nnt..wlpn fyp2 dh lame kene start...enjoy ttp enjoy..hahaha

Hazirah Barakbah said...

fiq ; tandanya main secara bergumbiraaaaa

Hazirah Barakbah said...

Fendy ; yeppp. best giloss ;D

nabil_potter ; alamak tak tau lah. try cek website Lotus desaru tu.

bidadarihijau ; hehe g je la, alang2 dh dekat kan. cek kat website Lotus Desaru tu, semua harga ada situ