Wednesday, May 19, 2010

Mulut Masin

Salam. Selamat malam.

Hari-hari mesti penat. Penat mengadap laptop, mengadap Facebook, mengadap Google Reader, mengadap blog, tapi blog sendiri tak reti-reti nak update. Ditambah dengan penat berjalan. Penat menahan lapar. Balik rumah badan rasa lenguh-lenguh. Sedapnya lah kalau ada tukang urut, mesti terus rasa ringan sangat badan ni nanti kan.

Ehh sudah-sudah lah merungut. Orang tak mahu tahu pun pasal hal diri kau. okay aku stop!

Nah, ada satu cerita aku mahu ceritakan. Situasinya ;

Hazirah tengah membawa microscope yang bernilai mungkin hampir ribuan ringgit. Mahu dihantar dari workspace setelah siap digodek-godek betulkan apa yang patut dibetulkan, ke makmal, tempat asal microscope tersebut. 


Dalam perjalanan menuju ke makmal tersebut, Hazirah berkata sesuatu kepada Afiqah dan Sara.


"Wei, kalau lah kan, tengah dok bawak mendalah microscope ni, tiba-tiba nak terjatuh, tersadung kaki kat mana-mana ka, pada masa yang sama, handphone pun nak jatuh ke tanah juga, haaa, mana satu nak diselamatkan? Handphone atau Microscope? Ataupun selamatkan diri dari ditimpa microscope yang agak berat ni?"


Tiada jawapan yang muktamad keluar dari mulut Afiqah mahupun Sara. Hazirah berkata lagi.


"Kalau aku lah kan, nak tak nak memang wajib harus selamatkan barang yang paling berharga. Tambah-tambah bukan hak kita. Handphone setakat ni, bila-bila masa boleh baiki kalau rosak ke, cover pecah ke kan. Yang ni beribu weh, mati lah kalau rosak kat tangan kita"


Nak dijadikan cerita, masuk sahaja pintu makmal, ada cleaner tengah mesin lantai. Wayar mesin tu panjang. Hazirah bersama microscope pun jalan lah macam biasa, bila langkah saja wayar mesin tu, si cleaner tarik mesin, wayar tertarik jugak. Nahh! terlompat juga lah Hazirah lepas tu. Cuak. Tapi terus gelak selepas itu.


"Masin mulut hang. Nasib baik tak jatuh betul-betul. Selamat lagi lah microscope tu."

Pengajaran untuk hari ini, bila bawak barang-barang yang berharga, jangan cakap bukan-bukan. Jalan pandang kiri kanan depan belakang atas bawah. Pandang setiap sudut kalau mampu.

Ini cerita benar-benar terjadi. Sungguh tak tipu. Jadi pada siapa?
Nahh! Dia ni lah orangnya!

Aku rasa aku tahu kenapa aku 'ber-mulut masin'. Mungkin lah kan, mungkin sebab ada tahi lalat atas bibir & betul-betul dekat bibir kot??

13 comments:

Sufi Asri said...

hehehe.. mulut masin lah..

xpe2, aku akan ingt pesanan ini.. jgn merapu bila kita tengah menjalankan tanggungjawab.. hehe =P

Anonymous said...

hehehe.. kl camtu sila la doa sy kawen dgn jejaka idaman saya eh..

Unknown said...

2llaaaa kan..
bagus x pyh ckp kalo pasal barang tu cpt rosak ka jatuh ka...
last2 mst rosak
hihihi

fiqkbe said...

hahahahahahaha.......... jom ckp lg mcm tu!! best!!

Hazirah Barakbah said...

Roronoa Zoro ;

yaaa sememangnya haruslah menjaga tutur kata haha :D

Hazirah Barakbah said...

Anon ;

haha kamu siapa? cane nk tlg doakan kalo tak tahu siapa anda :)

Hazirah Barakbah said...

a d r e y n i e e l i s y a ;

cuakkkk kot babe. saat yang sungguh mendebarkan. pasni gam mulut ni! :X

Hazirah Barakbah said...

fiq.k.b.e.6.2.0.7 ;

best lah sgt, kena kat aku, bukan kat ang. adoyaii

Sharinginfoz said...

nasib baik tak jatuh kan kalau tidak.....

Pelajar IPT Beli Kamera Duit PTPTN

PiDoT_OtAi said...

haha.. ni betoi punya masin ni kak pah.... jgn laa dok sebut benda2 tak patut masa dok bawak barang ni hehe.. benda bukan bleh jangka.. dak??

Hazirah Barakbah said...

Sharinginfoz ;

kalau lahh jatuh......haihhh :/

Hazirah Barakbah said...

PiDoT_OtAi ;

sungguh weh. dh tamau dh sebut ntah hapa2. nk sebut benda baekkkk jaaa

Anonymous said...

potong elaun LI