Wednesday, May 26, 2010

I'm an Engineer, not a Doctor

Salam. Hai. Muka comel pembuka bicara. Tataplah ia dengan penuh kasih sayang yang mencurah terus ke ladang gandum dan poppp! Jadilah ia coco-crunch Y_Y
Yes! Aku bukan doktor bedah manusia, aku adalah bakal doktor bedah mesin. Tanpa mesin-mesin yang dalam keadaan sempurna, para doktor dan juga nurse takkan boleh nak jalankan kerja mereka.

Selama hampir 6 minggu praktikal, dengan ini diumumkan, pada hari Selasa bersamaan 25 May 2010, aku dan rakan-rakan dapat masuk Dewan Bedah (OT). Dewan Bedah orang cakap paling remeh laa nak masuk. Sebab? Kena tukar baju kepada baju yang telah disediakan, pakai cap yang macam shower cap tu, pakai mask lagi. Yelaa, protection from apa-apa infection kan.
Masa dalam bilik persalinan tu, sangat kecoh jadinya. Tiga-tiga jadi macam orang JAKUN!

"Weh nak pakai baju size apa ni?"
"Ish seluaq dia besaqnyaaa!"
"Weyyy aku tengah salin baju JANGAN TENGOK TAUUUU!"
"Mak aiii luaihnyaaa lehiaq ni" - "Tudiaa laa dah tau kecik p amek size besaq pasaipaaa?"
""Nak kena bukak semua kaa? Malaih laa nak buka seluaq, pakai serlum lagu tu jaa lah"
"Alamak wey tudung tadak ni, kena bukak tudung takkan nak pakai cap jaa kot?"

And the dialog goes on and on. Sampai lah dah keluar tanpa tudung hanya pakai cap tu saja ke kaunter, pastu nampak nurses kat situ semua pakai tudung biasa ja. Apalagi, masuk semula ke bilik persalinan, pakai semula tudung.

Pakai tudung pun nak kecoh-kecoh, mesti nurse & doktor yang dalam tu cakap JAKUN gilaaa budak-budak ni. Ahh apa aku kesah? pengalaman baru, sape-sape pun mesti EXCITED punyaaaa.
Barang yang rosak adalah C-Arm X-Ray (Flouroscopy). Agak kelakar bila nak 'shoot' the x-ray, semua lari sembunyi jauh-jauh. Takut terkena radiation. Tapi rasanya memang dah terkena banyak dah ni. Rasa pening-pening bidadari, badan rasa lemah-gemalai, mata rasa pedih. tanda-tanda penuaan bakal menjelma. Yaa aku tipu semua itu.
Adik-adikku yang kusayang. Sorang tu alahai siap sandar-sandar lagi kat bahu aku. Sorang lagi macam tahan nak berak, tengok camera pun macam tak berapa nak sanggup dah. Rileks lahh adik. Ehh tetiba ber-adik-adik ni apesal?

Dengan setulus hatinya, saya mempersembahkan karya terhebat alaf ini. TARAAAA....!


*tiada motif HAHA*

Ciau! :)

14 comments:

fiqkbe said...

huahuahua... like2!!

faezahannah^^ said...

kanak2 ribena..hohO~ well u guys were just gOt great moment.. ^.^

Hazirah Barakbah said...

fiq ;

haha. cerita kat blog ang pun syok. glak2 aku baca smlm.

Hazirah Barakbah said...

faezahannah^^ ;

tu la, dah dgn bebudak ni, i rasa i yg paling tak matang padahal i yg paling tua hoho :)

Faiz said...

gmbar last style skali..huhu...dh mcm alien workshop masuk hospital..

Faiz said...

gmbar last style skali..huhu...dh mcm alien workshop masuk hospital..

Sufi Asri said...

gaya seperti kanak2 tetapi amat comel.. hahaha..

seronok tgk gaya2 korang hehe.. =)

Hazirah Barakbah said...

faiz ;

ohh yaa. alien workshop. i like that words! haha

Hazirah Barakbah said...

incik zoro ;

kami masih kana-kanak riang gumbiraaa :)

intanurulfateha said...

.x kisah lah, jnji doctor gak huhu ;p

Hazirah Barakbah said...

intanurulfateha (◡‿◡✿)

hahaha semuanya sama sahaja kan :)

[z@ck] said...

hospital mana ni?
loq staq ka?

Hazirah Barakbah said...

zack ;

spital sultanah bahiyah, aloq staq. awat?

[z@ck] said...

hahaha..
saja nak tau