Friday, April 16, 2010

Hadiah Untuk Lelaki - Cadangan Anda?

Bila sampai jer bulan April, hidup aku dah macam tongkang pecah. mana dengan final exam lah, setelkan segala esaimen kalau yang tak tersiap lagi, nak kemas3 barang, pikir macam mana nak muatkan segala barang2 yang 1 tahun terabadi dalam bilik ni ke dalam 3 buah kotak sebab 3 kotak nak simpan dalam stor kolej rm10, kalau lebih kotak kena charge rm3.50 sekotak. sungguh mencekik darah betol kan kolej ni. simpan barang pun sampai macam tu sekali harganya. nk bawak balik barang banyak2 pun tak boleh jugak, kang beg berat lebih dari 15kg dah kena bayar extra charges! erkk mati lah.

Bulan April jugak lah hari lahir sang kekasih, perah pulak otak pikir hadiah ape agaknya nak bagi utk tahun ni. nak bagi PSP, handphone, jam tangan, kereta??? wahh kaya nau aku nak bagi segala barang yang harga malatoppp gitu? kalo aku bagi sah3 lagi lekeh dari apa yang dah ada sekarang ni. haha. mana mampu beb, i masih student lah u! :)

antara hadiah yang selalu sangat sangat aku dengar gadis bagi pada kekasih hati adalah -
baju. couple t-shirt / kemeja / jersey / seluar.
ni semua biasa sangat dah kan. tapi pernah dengar tak orang cakap, kalau nak hubungan panjang, jangan bagi hadiah yang berunsurkan kain? kenapa? sebab kalau dah lusuh, kain tu berkemungkinan dibuat kain buruk takpun dibuang terus. so menggambarkan macam sesebuah hubungan tu bila dah bosan akan dibuang jauh3. hehh boleh cayo ke mokcik? cek main teka jaa nih, sebenarnya penah jer bagi baju :D
wallet / belt / cap.
orang lelaki kalau barang tu tak rosak3, selagi boleh pakai tu, diorang akan pakai lah sampai dah betol3 nazak. bagus kan? bukan macam perempuan. ohhh wallet, belt, cap. hmm. benda macam ni laki akan guna 1 ja. kalau dia dah ada benda tu, buat apa lagi kita nak bagi2, ye dak? wallet yang berkualiti harganya boleh tahan masyukkkk jugak lah. aih..budget larik lah, takleh memahal nih.
boxer.
ni aku suka. tapi aku malu lah nak pergi sorang2 pilih n beli bagai. kang orang usha pelikkkkk jer kat aku. demmm. takpun nnt adelah mengutuk aku ni perangai pelik3 bagi hadiah pelik3 kat laki. ehhh ehhh sukahati mak lah nyah oiii. comelll kan boxer pacman ni? bg gambar yang comel3, wahh kiutttnye! *dipersilakan kutuk aku. yaaaa aku perempuan jahat! winkwink*

barang kosmetik.
barang2 lelaki dikategorikan sebagai kosmetik jugak ke ekk? contoh kat atas ni, perfume ke? kalau perfume laa kan, perfume ape yang best? yang buatkan si pemakai mencapai tahap kemachoan yang berganda 88? gillette ni bagos ke? apesal aku googled keluar mendalah ni as a gift?

soooooo sekarang, dengan segala hormatnya, aku nak mintak cadangan, pendapat anda semua. hadiah ape yang best, unik, tak mahal, and berbaloi lah kiranya kalau bagi as a gift. tolong lah tolong lahhhh.....

p's jgn lah cakap kasih sayang, tu memang tiap masa dah bagi. opsss terjiwang! :D

21 comments:

Chaoi said...

haha...yg boxer tu pon stylo gak..
cari yg ada design love2 sket..pasti si dia tersenyum riang kesukaan

Hazirah al-Barakbah said...

oioi ;

wah chaoi ko begitu memahami. ahahaha

zayani zidane said...

KAWAN LAKI SAYE KATE
1)KERETA
2)BOXER
3)KEPUASAN HIDUP
4)HANDMADE(BUAT SENDIRI)

Hazirah al-Barakbah said...

zayani zidane ;

kepuasan hidup? makan ker?? semua laki kalo tanye mst nak kreta. haiyo igt kita ni jutawan segera ke? ;D

yang suaz said...

ko dinner ngan dia je la senang..kekke..tp romantic punye dinner la..

Hazirah al-Barakbah said...

yang suaz ;

aku kat aloq staq, dia kat kuantan. hehe guano tu?

annadzirah said...

kau tanya aku?.
huh.
aku pun xtau..
siyez.


T_T

syahirah alyahya said...

haha ini lah persoalan yg rumit bila tiba besday si dia..ponin2..perfume ah!

gothc90 said...

lelaki nie suka klo GF dia layan dia punye nafsu so puas kan la nfsu dia hahahah buat mcm dia suke keh3

Hazirah al-Barakbah said...

annadzirah ;

alah ko ni tak membantu tol! tsk sedih! :|

Hazirah al-Barakbah said...

syerah ;

perfume mahal lgpun baru jer beli lahh :D

Hazirah al-Barakbah said...

gothc90 ;

perh ayat kau tabik spring lahh. haihh...

chacha said...

pekate bg handmade birthday card or handmade frame gambar korg due.
mudah,murah, paling penting air tangan (ehh... betol ke?) kasih sayang yang di curah mase buat tuh. hehehe~~

Ida said...

1st choice : Baju
2nd : Wallet/belt
3rd : Boxer
But it depends kat dia la. dia lebih suka apa. Kalu i, i tanya terus dia nak ape for bday present. Senang and sure dia suka sbb itu yg dia pilih. kita just letak range harga je. Kalu dia cakap takut susahkan kita, sila balas balik," dia nak kita pilih yang bende maybe dia tak suka or dia pilih sendiri, full stop!! hehehe.

nabihah zulhemay said...

huhuhuhuhu... boxer tuh pun nice jugak. try lah!

::IenaFazlyna:: said...

bg spender pun boleh..ekekkekekeke

Hazirah al-Barakbah said...

chacha ;

betol jugak kan. tu laa blk kedah nnt nk buat lah. padahal bday die 20april lalalal :D

Hazirah al-Barakbah said...

ida ;

dah tanya, pastu mcm biasalah alaaa takyah laa bg pape, dah ade u cukup laa awww....tetiba. so dh die tanak takyah laa bg pape sng cite huhu

Hazirah al-Barakbah said...

nabihah zulhemay ;

mmg nk sgt bg boxer. tapi malu weh dok nk g bli snirik. haha

Hazirah al-Barakbah said...

::IenaFazlyna::

spender gitu. takyah pakai, buat frame sudah laa kalo camtu. haha

Shahrul Izzuwan said...

Haha.. Tp klu sy sebagai lelaki,mmg teringin pmpuan belikan boxer atau spender.bkn ape,org lelaki ni suka bnda2 yg kitorg pk MUSTAHIL,itu la yg lg kitorg suka.kan bnda alah tu sensitif,jd kitorg akn pk mustahil la awek nk belikan.Jd yg mustahil tu la yg lg rasa dihargai.hehe.. Alang2 tu,sy jemput tuan punya blog n tetamu2 blog ni,yuk watch n k0men VIDEO2 sy b'karaoke/main gitar (kalau ada yg pakai boxer je n tak pakai baju tu,maaf la..hehe..) di laman YouTube sy.. Ni link nye, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan