Sunday, April 11, 2010

Budak 4 Tahun Hisap Rokok Bukan Perkara Aneh

Salam n hai :D
tadi sebelum lunch ada terbaca pasal kes kat Indonesia, budak kecik merokok, dah jadi benda biasa bagi diorg. sebab kat sana gudang buat rokok melambak2 dan juga ibu bapak kurang peka dalam didik anak2. bila anak2 dah dilepaskan duduk sama2 dengan pekerja2 gudang tu, so sama2 join hisap rokok. paling tak boleh belah siap hebat buat BOOLAT BOOLAT lagi dengan asap rokok tu. hebat dow! tak percaya? sila lihat video dibawah.
maap lah derr, kena teleng3 sikit naa, cek taktau lagu mana dok nk putaq bagi senta sikit. hihi. paham ke idok ambo kecek nih? dahhh sudah semua loghat aku dah campoq.

haa ape perasaan korang bila tengok video tu? aku rasa macam nk bagi penampaq arab, nk tenyeh3 mulut tu dengan cabai melaka u noe! very the rude lah this boy i tell u!

aku ciplak sikit from MY ADHA™ berkenaan artikel budak hisap rokok ni.
Ibu bapa kanak-kanak itu memberitahu, anak mereka telah biasa menghisap rokok sekotak setiap hari sejak berusia 18 bulan.

Di dalam video Youtube itu kanak-kanak lelaki berkenaan menghisap rokok sambil berbual-bual dengan dengan orang dewasa menceritakan pelbagai perkara dengan perkataan kasar termasuk tempat kegemarannya adalah Dolly iaitu kawasan hiburan malam di Surabaya.

Menurut Seto, kanak-kanak itu membesar di dalam persekitaran termasuk kedua-dua ibu bapanya menghisap rokok.

Bagi menghentikan tabiat itu, kata Seto, adalah sukar. Beliau meminta jiran-jiran tetangga membantu kanak-kanak berkenaan menghilangkan ketagihan merokok.

"Kanak-kanak harus bermain dengan kanak-kanak dan bukan bergaul dengan orang dewasa," katanya.

Pihak hospital juga bersetuju merawat kanak-kanak tersebut bagi membuang tabiat merokok.

Mengenai kata-kata kesat yang digunakan, kata Seto, kanak-kanak biasanya mudah meniru perbuatan orang dewasa dan kanak-kanak itu seorang yang cerdas.

"Dia memberitahu saya dia mahu menjadi tentera darat apabila dewasa kelak," kata Seto.

Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my


- MINGGUAN MALAYSIA

12 comments:

Chaoi said...

anak pm dr abu sahmah ke yang wat laporan nie??

aneszailani said...

huihh..dasat sungguh!!

ftrhd said...

astaghfirullah al-azim..ish ish ish

Hazirah Barakbah said...

Chaoi ;

nnt aku g tanya pm abu okay. rasangan bukan anak dia lahh

Hazirah Barakbah said...

aneszailani ;

hm, dasyat.

Hazirah Barakbah said...

FITRIHADI ;

=| taktau laa apa nak jadik.

[z@ck] said...

teruk kan..
aku ingt budak tu orang kerdil ke pe..susah nak percaya..

Anonymous said...

sayang betul, comel je budak nie... huhuhuhu.

Unknown said...

ak suka r budak ni..macho gle style duduk,bercakap,smoke n bulat2.....tp if anak ak camni,ak racun je...hahahahhaa

Hazirah Barakbah said...

[z@ck] ;

tergamam sbentar bil tau dia adalah budak 4 tahun!

Hazirah Barakbah said...

nabihah zulhemay ;

comel mmg comey, budak kecik laa katakan, tapi perangai masyaallah! sabar ajelah

Hazirah Barakbah said...

jihan ;

style ko ckp? aduyai. menyesal aku mengandung kalo kua anak gini. tapi takleh salahkan mak bapak die jugak la, satu hal sbb die mmg dibesarkan dlm gudang rokok. bercampur dgn pekerja2 dlm tu lg yg sah2 smua org besar. sedih3.