Tuesday, March 2, 2010

Liga Hoki Kota Setar. Kota Setar Juara

salam n hai.
wah tetibe cite pasal sukan. hoki pulak tu. bukan ape, saje terasa bangga sebab adik kesayangan ada dalam gambar n johan liga hoki. rasanya tiap tahun Team Kota Setar menang. mana adik aku? tgk gambar, tu haa yang paling kedepan sekali pegang piala. poyo sangat lah. menyampah nengok. ;)
ALOR SETAR- Pasukan hoki Kota Setar Senior berjaya menundukkan pasukan 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan jaringan 6-2 pada pusingan akhir kejohanan hoki anjuran bersama Batalion Keenam RAMD Kem Bukit Pinang dan Persatuan Hoki daerah Kota Setar di sini, petang semalam.

Penganjur merangkap Kapten pasukan 6 RAMD, Nasir Ismail berkata, kejohanan pertama kali diadakan itu adalah untuk memberi peluang menjalin hubungan baik antara warga tentera dan orang awam.


Menurutnya, kejohanan yang mengambil masa selama tiga minggu itu turut membariskan tiga pasukan lain iaitu pasukan 4 RRD, 5 RS dan Kota Setar bawah 18 tahun.

“Saya harap kejohanan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua terutama warga tentera dan orang awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Kota Setar, Zulkifli Daud berkata, selain mengeratkan hubungan, kejohanan itu juga sebagai membantu pasukan bawah 18 tahun untuk menghadapi kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, difahamkan pasukan batalion juga akan mengadakan kejohanan tidak lama lagi, maka kejohanan kali ini amat bersesuaian bagi membantu kedua-dua pasukan membuat persediaan dalam pertandingan hoki yang bakal dijalankan kelak.

“Kita harap dengan adanya kejohanan ini ia dapat membantu semua pasukan membuat persediaan rapi dan memberi peluang kepada pasukan menunjukkan bakat dan aksi perlawanan yang mantap dan hebat,” katanya. 



5 comments:

F I T said...

eh awak study kat alor star ke? rajin jadi pemberita hehe

Yamaha Akan Mengeluarkan Yamaha Lagenda Generasi Baru Yang Lebih Gempak Dari Linkin' Park!

Hazirah Barakbah said...

fit ;

rumah kat aloq staq, study kat skudai lerh.
jd pemberita jap sbb ada adik tersyg dlm tu. haha

F I T said...

owh ok..ingatkan nak jadi wartawan ke hehe

Hazirah Barakbah said...

fit ;

hehh tak layak n tak minat ;)

Anonymous said...

Amiable fill someone in on and this post helped me alot in my college assignement. Gratefulness you seeking your information.