Saturday, December 26, 2009

Bus Sani Ekspress Meragut 10 Nyawa

 
Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti,"katanya.

Menurut beliau, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.
 ...............................................................................................................................
siapa yang harus dipersalahkan? kenapa pemandu memandu pada keadaan yg mengantuk? adakah pemandu tu tak pikir yg die membawa byk nyawa. terbukti jugak bus dlm keadaan yg baek.

"Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci had kelajuannnya pada 97 kilometer sejam dengan menggunakan alat khas 'speed limiter'," katanya. 

aku kenal 2 org mangsa nahas. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun dan adiknya Sharifah Hasanah Aljunid Syed Harun. Al-Fatihah utk 10org mangsa nahas terbabit.

7 comments:

bom321 said...

mari sedekahkan ALFatihah kepada yang terkorban.





BOM321
bom321.blogspot.com

Rara said...

sgt sdihh..ad y nk btunang dh pun..tp dh ajal kn..

Sahrul Amri a.k.a Chaoi said...

naik bas skrg pun dh xselamat...

ChePah said...

bom : al-fatihah...

rara : mmg sedih sgt. tragis bebenor.

chaoi : slmt kalo pemandu bus tu ada akal yg waras.die ptt pk yg die bwk byk nyawa.

wawan said...

sapa depa? sepupu ha?

ChePah said...

wawan : sedara jauh aku.

saadah saadun said...

sedih bila aku dapat tau hr tu..
n aku dah trauma nk naik bas sani..
pdhal dulu aku nih peminat nombor 14 bas sani..
tsk