Saturday, May 23, 2009

#49 :: No No Noo! ::


erkk! geli gilaaaa!!!


kotak rokok sudah berwajah baru..
ke dh lama? takpa lah lama kaa baru kaa yg penting aku suka sgt!
tahniah la pd pembuat kotak rokok tu tp aku rasa kan ptt takyah buat lsg dh, baek kotak or rokok..
kan lg bagus..dok buat pun, org berani mati *perokok tegar* still beli gak pastu tym nk sap okok pandai2 kaver gambar2 yg ada..
pandai kan kaver..padahal apa yg terpampang kat kotak tu sbnrnya makin lama makin akan jd pd diri mereka snirik..tak paham aku aih..apa sgt la rokok ni kan??

Pasaipa susah nak berhenti?
-Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
-Kesan merokok yang menyeronokkan (rasa lebih segar & tak ngantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar, degupan jantung bertambah)
-Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
-Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
-Mengatasi gian dan keinginan merokok

Kenapa anda perlu berhenti merokok? Ini antara jawapannya :
-Melindungi orang lain. Bila anda merokok, orang lain turut menyedut asap rokok anda. Anda perokok aktif dan orang di sekeliling anda menjadi perokok pasif. Mana yang mati dulu? Jawabnya, anak anda, isteri anda, ibu dan ayah anda. Semuanya sebab anda! *jgn jadik pembunuh misteri!*
-Menjadi teladan yang baik. Kalo anda ada anak, tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda. Kalo anda pemimpin atau Ahli Parlimen, tunjukkan teladan yang baik kepada rakyat, kawasan Parlimen bukan tempat merokok.
-Meningkatkan deria rasa dan hidu. Keupayaan deria untuk merasa dan menghidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala sama ketika anda belum menjadi perokok. Sedarlah, anda seorang perokok adalah seorang yang cacat kerana deria rasa dan hidu anda tidak berfungsi dengan baik.*uww cacat you! org tak bkenan nnt buat suami!*
-Meningkatkan kecergasan. Anda takder stamina kalo anda perokok, sedarlah! Jangan jadi mat lembik..*buat keja sket dh fenat.jln sket nk duduk.huh!*
-Kulit lebih sihat. Merokok mengakibatkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya cepat beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di sekeliling mata dan mulut.*tua sebelum tiba masa*
-Nafas lebih segar. Nafas akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda berhenti merokok.
-Gigi lebih putih. Merokok mengotorkan gigi anda. Merokok menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.
-Rambut dan pakaian tidak berbau busuk. Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Anda akan dapat merasakan perbezaannya apabila anda berhenti merokok.*asap okok sgt busuk woh!*
-Menjimatkan wang.*bole shopping,mkn hebat2 owh!*
-Melindungi alam sekitar. Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar.
-Kesuburan meningkat. Amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan sperma yang berkurangan.*ha..bahaya nih.*
-Jadi lebih power. Merokok boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini ialah kesan langsung ke atas keupayaan mendapatkan ereksi atau ketegangan pada alat kelamin yang terjejas akibat pembuluh darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah.*seramm!*

Anda mahu tahu lagi kenapa anda perlu berhenti merokok?
Bagi anda yang Islam, merokok adalah perbuatan yang haram:-
1. Majlis Fatwa Negeri Kedah - Merokok adalah HARAM.
2. Majlis Fatwa Negeri Perlis - Menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
3. Majlis Fatwa Negeri Selangor - Merokok adalah HARAM.
4. Majlis Fatwa Negeri Sarawak - Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan.
HARAM weyy!! Dosa kalo buat tuh!! Eish takoot!!

Bagaimana cara berhenti merokok?
-Menyedari anda mepunyai masalah.
-Membuat keputusan.
-Menetapkan tarikh berhenti merokok.
-Elakkan pengaruh untuk merokok.
-Minta bantuan dari rakan anda.
-Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
-Rancang hari hari tidak merokok anda.
-Bina keyakinan diri.
-Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok.

Petua mengatasi keinginan merokok.
-Tarik nafas panjang
-Minum air
-Membuat kerja lain
-Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
-Mandi
-Basuh tangan
-Senaman ringan ( contoh : regangan)

-Sembahyang / meditasi


tolong lah berhenti pd sape2 yg sap okok tuh..

para pakcik2 ku sekalian *ami mat,ami nasser* , incik denden tersyg, para sahabat sekalian alam..hehe..

sila katakan TAKNAK MEROKOK yer..aku sayang anda semua! (*_*)


5 comments:

MOHD OMAR BIN ABDULLAH SUKORDI said...

SAYE XNAK MEROKOK!!
TAPI KALO XMEROKOK SAYE AKAN MENGALAMI BERSIN2 YG AMAT TWOK!!
HUHUHUHUI!

Hazirah Barakbah said...

kan ade cara2 nk berhenti n mngatasi keinginan tuh..
cuba la try abg omar..

MOHD OMAR BIN ABDULLAH SUKORDI said...

saye xsap okok pagi ni!!
huihuihui

Hazirah Barakbah said...

wah tahniah tahniah..teruskan usaha anda abg omar..selamatkan diri anda dr terus diselubungi asap rokok yg durjana! hahaha

jalanan manusia said...

yeah!!!


belia benci dadah & rokok!!!

support!

haaha