Monday, August 22, 2011

Restoran Sukhumvit @ Kg Baru

Assalamualaikum. Hai. :)

Jalan-jalan cari makan muncul lagi. Suka sangat buat entri tempat makan best kan? Sebab hidup untuk makan dan makan untuk hidup. Kali ini, restoran yang best tersangat lah best! Nama restoran itu adalah SUKHUMVIT! Kenapa nama macam Siam saja? Yes, memang Sukhumvit adalah restoran makanan ala Thai. Sukhumvit tu adalah salah satu nama jalan yang terdapat di Thailand iaitu Sukhumvit Road (sekadar pengetahuan).

Source: the-anecdotes.blogspot.com
Restoran Sukhumvit terletak di tengah-tengah Kg Baru, Kuala Lumpur. Parking kawasan Kg Baru, paham-paham sajalah kan. Tapi sila lah parking di tempat yang berpatutan. Jangan tetengah alam atau jalan masuk ke rumah korang pergi parking, itu memang bikin nahas. Dan jangan tinggalkan barang-barang berharga atau yang mampu dijual-buat duit oleh orang tak ketahuan. Saja bagi peringatan sebab baru terbaca ada satu komen pasal kereta kena pecah di Kg Baru. T______T



Masa pergi Sabtu lepas, makanan dah di tempah siap-siap. Bulan puasa katakan, kalau tak tempah, kau harapan lah nak dapat makan bebetol masa azan maghrib berkumandang. Makanya tak dapat nak menatap menu makanan yang disediakan di Sukhumvit ini. 

Tomyam Poktek, tomyam campur, telur dadar raja dan daging masak pedas antara menu yang sudah selamat dijamah dan 'dikeluarkan semula'. Memang cukup rasa, cukup umph! Tomyam poktek dan telur dadar raja adalah menu yang wajib dimakan.

Ada lagi review dari orang lain tentang mee celup and so on. Insyaallah, later, aku akan cuba semuanya. Sebab memang dijamin makanan dia adalah sedap! Rasa tomyam pun dah cukup puas hati. So apa lagi korang semua? Siapa yang dekat dengan Kg Baru tu, pergi cecepat okeh! Mungkin LINK ini membantu, cari dalam Google Maps, tak ada pulak Sukhumvit ni. tempat baru mungkin.

Ok. Sekian.


13 comments:

Leeya Hezlin said...

kite baru makan di sini semalam..
berbuka dengan kawan-kawan
makanan memang best..puas hati la.. :)

Hans Hanis said...

walawehhh
terliur plak aku tgok
sah tomyam dia sedap
harga mahal tak?

Jom Sign Up Online Survey Ini Dan Tebus Hadiah Anda

Hazirah Barakbah said...

Leeya Hezlin :

sedap dan berpatutan kan? memang tak sia-sia makan situ. nanti nak g lagi.

Hazirah Barakbah said...

Hans :

sedap sedap teramat sedap okeh tomyam dia. nanti nak try tomyam sukhumvit pulak. haritu makan tomyam poktek. sure punya tomyam sukhumvit lagi sodappp.

harga berpatutan. 3 orang makan rm41. tomyam poktek 1, tomyam campur 1, telur dadar raja 1, daging masak pedas 1, + air. amacam? murah kan?

Nava K said...

Looks like the food is not too bad although I have not tried this place before.

Hazirah Barakbah said...

nava. K :

Sukhumvit have the best tomyam i ever tasted. u should try it. :)

Leeya Hezlin said...

tom yam shukumvit kite dah makan semalam..best juga la.. :)
aah sedap and harga berpatutan..puas hati la..tak rasa membazir pun..
suasana pun best..hehe..
2 la..kite pun nak datang lagi nanti..

Leeya Hezlin said...

kite nak tambah lagi..
semalam kami makan 10 orang..
nasi+ikan kerapu 2 ekor (ada 4 rasa)+telur bistik 2+kailan ikan masin 2+ tomyam ayam and shukumvit+udang dan sotobg goreng tepung+makanan ala2 macam otak2 tapi dalam tu ada ketam,sotong,udang,lala (rasa macam rendang)..best sebab pedas..
and semuanya rm227 termasuk deposit rm50..so rasanya harga ok la for me.. :)

chaoiois said...

boleh jadi maria tungku sabri la ko ni pah..

faizulkhairi said...

owh..best tmmpt ni..dkt ni =)

Hazirah Barakbah said...

Leeya hezlin :

Wah cukup berinformatif sekali. Memang harga yang sangat berpatutan dan makanan yang superb ditambah lagi dengauasana yang menarik. Cukup terbaik.

Hazirah Barakbah said...

Chaoi :

Teringin lah jugak, tapi tanak la jadi badan cam dia. :D

Hazirah Barakbah said...

Faizulkhairi :

Memang best. Try tau nanti :)