Saturday, August 27, 2011

Buffet Ramadhan @ The Regency Hotel, Alor Setar


Voucher Ramadhan Buffet at The Regency
Memandangkan Umi bukanlah seorang yang makan banyak lalu jikalau ke hotel dengan makanan ala buffet maka adalah suatu kerugian kerana beliau akan makan seciput sahaja. Oleh yang demikian, voucher tersebut telah diberikan kepada anak-anak beliau yang disyaki kuat makan dan kuat meratah.

Buffet Ramadhan di The Regency Hotel, Alor Setar hanyalah RM38 sahaja. Murah kan? Kalau nak dibandingkan dengan hotel di Shah Alam, kadar bayaran adalah melebihi RM40. Bawah RM50 tu sudah dikira murah. 

Hidangan utama yang menjadi pilihan kami adalah.... Rujuk gambar di bawah..

Kambing Panggang

Kambing panggang setelah dicurahkan segala jenis sos
Inilah menu utama yang selalu dicari-cari. Sungguh lah menyelerakan. Tak makan kambing? Alaaa hilang satu nikmat :)

Antara lauk yang dihidangkan adalah ayam masak sos (tapi nama diorang letak unik sikit, maaf lah kelupaan sudah namanya), kari udang, masak lemak nangka, sayur keladi masak asam pedas (ini kegemaran juga), sayur campur serta pelbagai ulam-ulaman dan sambal belacan. Kalau tak salah ada 5 jenis sambal belacan yang dihidangkan.Sungguh umphhh!

Ada juga dihidangkan ais kacang, pelbagai jenis kek dan kek cawan (cupcakes), buah-buahan, bubur lambuk, keropok dan macam-macam lagi lahh. RM38 mahal? Ini adalah sangat berbaloi dan murah!

Sekian dari saya, penyampai terbaru Jalan Jalan Cari Makan.

Adik lelaki bajet macho

Pn. Sharifah? Saya belum berkahwin tetapi bakal berkahwin.


Selamat Hari Raya. Wassalam.

No comments: