Friday, June 10, 2011

Nasi Ambang, Medan Selera Bandar Baru Uda, Johor



Nasi Ambang. Famous sangat dekat Johor sana tu. Anda pernah makan? Paling famous katanya di Medan Selera Bandar Baru Uda. Sedap. Pergi sekali mesti nak pergi lapanpuluhkalilagi (penipu!).

Jadinya, suatu hari tu aku pergi lah jugak. Ye lah kan, final year final sem dekat UTM Skudai tu, mesti laa nak merasa apa yang orang cakap BESTTTT sangat Nasi Ambang Medan Selera Bandar Baru Uda tu. Dengan bantuan GPS, sampai jugak kami ke sana.

Ramai orang, masa lunch pulak masa tu. Kena beratur dan terus order. Ada special, ayam, daging dan ada lagi lah menu-menu dia. Aku tak usha lebih-lebih sangat pun.

Dapat makanan, duduk, basuh tangan, baca doa makan, makan!!! Sekali ngap, diam. Dua kali ngapp, diam. Tiga empat lima kali ngapppp terus cakap apa yang sedapnya Nasi Ambang ni?

Izhar : Awak rasa sedap ke tak?
Hazirah : Tak sedap pun? Apa yang hebatnya nasi ambang medan selera bandar baru uda ni?
Izhar : Mana saya tahu, awak yang ajak saya datang kan?
Hazirah : Dah ada orang kata sedap yang amat. Teringin lah jugak nak rasa apa keistimewaan dia.
Izhar : Biasa jer la, saya rasa takde umpp pun.
Hazirah : Pentiru betoi. Saya cakap tak sedap, awak pun cakap tak sedap.
Izhar : Taste kita kan sama! :)

Maybe lidah kami lain dari orang lain agaknya. Kalau makanan tu sedap, memang kami akan puji sungguh-sungguh sebab kami sangat menghargai makanan yang sedap. Kalau tak sedap, makanya kami tak akan suggest. Tapi cerita jugak ni kenapa? Sebabnya, nak suruh laa kawan-kawan pulak merasa. Mana tahu masa tu kami terlupa gosok lidah keee (HAHAHAHA!).

Dah-dah! Siapa yang ada dekat Johor sana, junior-junior dekat UTM tu, pergi lah try. Nanti buat lah blog post "Kami bantah dengan kenyataan Hazirah Barakbah!". Apa maciam? Ada berani? Hehehehe.

6 comments:

Miya Omar said...

heee, kita sekala sekali je beli kat situ. kekadang rasa macam nak makan nasi ambang, baru beli. memang tak berapa umphh pun. tapi bolehlahh ;D

Hazirah Barakbah said...

miya :

ni kira ok la. selalu dekat pasar malam kalau jual siap ada mee bagai. geli lah tengok. hehehe.

Hackers said...

dah lama tak g makan kat situ...ea..awk orang johor ye?
Sy admin Johor Blogger di Facebook..Jom join group kiteorang..le ping entry sekali...
Kalau nak join...PM hackers ok..

Hazirah Barakbah said...

Hackers :

duduk di johor selama 3 tahun. Saya anak Kedah. Anak Kedah boleh join jugak kah? hehehehe :)

Uchi kay-f @hmad said...

woah *kagum*

sy anak jati jb blm berkesemptn merase nasi ambg dekat bbu tue..ngee

bro@stokisonline said...

cam special jerk..tringin plak nak rase...huhuhu