Friday, April 15, 2011

Perpisahan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi perpisahan tak semestinya kita terputus hubungan. Setiap orang pasti banyak kali mengalami proses perpisahan. Aku bakal menempuh perpisahan sekali lagi. 

Sekolah selepas SPM





Masa habis SPM, tidak lah rasa sangat kesedihan yang melampau. Mungkin aku rasa akan dapat jumpa semula sebab rumah semua dekat-dekat. Dalam Aloq Staq jugak. Sebab itu tiada rasa sebak sedu sedan. Kau pisah macam mana pun, kau balik kampung, kau balik raya, mesti akan *huuhaa huuhaa* bersama-sama. Sampai sekarang kami masih rapat dan jumpa setiap kali balik kampung.

Program Latihan Khidmat Negara

Selepas SPM, aku terpilih untuk mengikuti PLKN. Aku suka, memang happy bila dapat tahu nama aku terpilih. Aku tak kenal siapa pun masa tu. Kem aku dekat Wang Kelian, Perlis. Kem Tasek Meranti nama diberi. Berdekatan dengan Gua Kelam. 3 bulan yang sangat bermakna bagi aku. Dapat kenal rakan-rakan dari negeri lain. Tambah-tambah rakan-rakan dari Kelantan. Pertama kali aku dengar loghat Kelantan, memang aku tak paham haram jadah pun! Ohh paling aku ingat aku TERmencarut menggunakan loghat Kelantan. Maap lah no, cheq ni oghang Kedah, oghang Kedah kata buah mangga tu buah pelam, mana nak p tau hangpa oghang Kelantan ghoyak buah pauh. Ekekekeke :)

Perpisahan semasa PLKN tamat agak menyakitkan lah. Kau bayangkan lah selama 3 bulan, kau duduk kau main kau makan kau minum kau hitam kau peluh kau jatuh kau mandi kau berak semua sama-sama. Aku sayang ramai orang dan aku dapat rasakan ramai sayang aku masa tu (ohh aku macam syok sendiri kan?). Mata memang dah merah gila kot. Malam sebelum lagi dah nangis-nangis teriyak sakan. Aku tak tahu lah kenapa. Dah laa pasang lagu sedih-sedih. Ya Allah, Tuhan saja lah yang tahu masa tu betapa sedihnya semua orang. Macam bongok tak aku nangis? Sampai sekarang kalau dengar lagu Peterpan - Mungkin Nanti, mesti akan teringat PLKN! 

Pemergian Nenek Tersayang

Arwah meninggal pada tarikh 18 Februari 2008. Tahun akhir semasa diploma UTM KL. Arwah yang jaga aku dari dalam perut sampai lah besar panjang. Lepas SPM, arwah ada ajar aku masak. Lauk faveret aku adalah Kari Keling. Tak kisah lah udang ke ikan ke sotong ke, yang penting adalah Kari Keling. Kari yang tak perlu santan. Guna rempah kari semata-mata. Alhamdulillah, sampai sekarang, aku akan masak lauk tu. Sebab adik dan Waled suka sangat masakan tu. Arwah suka sangat beli gula-gula, aiskrim, bagi cucu-cucu dia makan. Masak sedap-sedap, buat kuih sedap-sedap. :') Arwah sangat suka tengok drama Indonesia TV3 setiap petang jam 230 tu. Sampai sekarang, kalau aku dengar lagu Peterpan ft. Chrisye - Menunggumu aku akan teringat dekat arwah. Sebab lagu tu adalah OST drama apa ntah. Ohh, masa arwah disahkan meninggal dunia, aku dalam kelas, and Umi call cakap suruh balik sebab Dadi (Arwah) nak sangat-sangat jumpa Kakak. Ahh terus lah air mata berjurai walaupun Umi tak bagitau perkara sebenar. Aku dapat rasakan Dadi dah tiada. Dalam bus sepanjang perjalanan dari KL-Kedah, air mata memang tak berhenti mengalir (masa menaip pun air mata menitik-nitik ni weiii!!). Tengah makan dekat RnR Sungai Perak pun aku menangis okeh! semua orang tengok je. Ada aku kesah? :') Sampai saja rumah, aku nampak tubuh arwah yang sudah tak bernyawa, Alhamdulillah, air mata aku dah kering. Depan Arwah aku tak menangis langsung. Kan tak elok nangis depan mayat :') Sepanjang malam aku baring sebelah Arwah, sampai subuh.Al-Fatihah :')


Diploma UTM KL


3 tahun, lama kan. Aku hanya ada Tikah, Munirah dan Ira. Diorang yang paling rapat. Ohh tak lupa juga kekasih hati, Izhar sebagai peneman sejati. Haha. Masuk jugak nama dia. Masa nak habis tu, aku tak berapa nak rasa sedih la. Sebab bajet macam takpeeee nanti kan kita sambung sama-sama dekat UTM Skudai. Sekali nahh kau, aku sorang-sorang terkontang kanting dekat Skudai masa awal-awal dulu. Kawan rapat takde, kekasih pun takde. Aigooo. 


Ini antara pengalaman besar aku menempuh perpisahan. Aku dapat rasakan perpisahan bakal aku tempuh lebih kurang SEBULAN lagi ni pasti lagi chaos! Aigoo. Kan dah sedih-sedih dah ni.

5 comments:

me_yana said...

da rase sedih... sob...sob.. T__T

Adi Wahab said...

insyaAllah..panjang umur...kita jumpa lagi nnt..

annual gathering...hehe..

fiqkbe said...

aku dekat je. mesti hg x rsa sedih pn nk berpisah ngn aku kn? =P

inn ainiey said...

sob3..

Hazirah Barakbah said...

kawan- kawan sekalian ;

jangan lah bersedih. ecewah. padahal aku dah dok tacink tak habeh3! tsk tsk tskkkk