Friday, November 19, 2010

Family Outing

Salam & Hai.

Kalau update blog je mesti benda yang takde manfaat langsung. Semua suka-suka hati aku je kann. Tapi masalahnya pernah ke aku update entry yang sungguh bermanfaat? Mana ada mana ada? Semua mereng sama je macam tuan blog ni. Naseb korang lah melayan cerita gila aku. ;)

Sekarang ni aku tengah gilakan cerita Korea. Dulu pun pernah gila jugak, tapi takde FANATIK macam sekarang. Sekarang ni satu geng aku kat UTM Skudai tu gilakan pelakon & penyanyi Korea. Bayangkan lagu Super Junior yang BONAMANA tu boleh pakat dok ikut step tarian diorang. Gila tak gila? Dah laa final year, boleh dok buat perangai lagi. Haha. Ini semua namanya mengurangkan ke-tension-nan belajar katakan. ;)

Paling kegilaan sekarang ini adalah satu show from Korea. Dah lama show ni tayang kat Korea. 2008-2009. Tapi 2010 baru aku tengok. Nama show ni adalah Family Outing. Lawak nak mampos okay show ni. Semput aku tiap kali tengok. Start dari seorang member dok tengok pastu dia dok gelak sorang-sorang. Pastu dua orang pastu tiga empat lama-lama semua pakat layan dan gelak secara berjemaah sambil pintu bilik terbuka luas hingga satu row boleh dengar.Penangan Family Outing.

Nak gelak sama-sama? Jom tengok video-video from Youtube ni. Yang ini je yang ada dalam youtube pasal Family Outing. Layan!






Antara pelakon & penyanyi yang join show ni. Diorang ni kiranya macam MC dalam show ni la.

Yoon Jong Shin, Park Ye Jin, Lee Chun Hee, Kim Soo Ro, Yoo Jae Suk, Lee Hyo Ri, Daesung
Diorang 7 orang ni akan pergi ke satu kampung, tiap episod diorang akan pergi ke lain-lain kampung. So exchange dengan tuan rumah dimana tuan rumah tu nanti akan pergi bercuti dan 7 orang ni akan tolong jaga rumah, bersihkan rumah, buat kerja-kerja yang tuan rumah suruh buat.

Antaranya adalah tangkap ikan, bagi kambing-lembu-babi makan dan macam-macam lagi yang menarik. Tiap kerja yang diorang buat, mesti ada selingan, diorang akan buat satu game. Bahagi 2 group and main game yang memang sangat-sangat-sangat kelakar. setiap episod jugak akan ada artis jemputan, contoh macam Rain, G-Dragon ramai lagi la.

Sumpah memang kelakar nak mampos show ni. Sampaikan aku kena bebel dengan Umi Waled Haziq sebab dok gelak sorang-sorang dalam bilik. Tak menyesal lah dapat tengok show ni. Liyana, kau memang terbaik lah supply cerita hebat macam ni.

Enjoy watching! Hehe
Bye!

11 comments:

aRuL aSh.. said...

interesting story!

cacing said...

cite ni mmg terbaik che pah.... rom8 aku tiap2 masa melayan menatang ni... bikin pecah perut aku tgk show ni... hahahhaha(tgk pai sekarang pun tergelak lagi....)

fiq said...

hang pun berjangkit skali ea.. hehe.. =P

aznee yunos said...

huhu layan kan citer nih. tringat zaman study =) huhu new reader here. blog best. lucky dpt jumpa haha berkat blogwalking. leh masuk list blog wajib.

ain matilda said...

bile turn korg nak hasut aku lak neh..maseh blom tergoda hatta rumate aku yg stat sume benda alah neh...

Anonymous said...

wau..super junior? diorg mmg best haha..xsgka akak yg da finale year ne sempat lgi lyn korea =)

KimiCnoL said...

gua xternuka hati g nak layan korea laa ;)
New Entry
"Iklan Best"

Cik Gallus Gallus said...

ahhaha saya pon gile gak dengan korea ni..
tapi saya lebih suke tengok drama and movie korea..
kalau nak tgk search mysoju..belambak drama..

http://ishaserabut.blogspot.com

JungRara said...

FO memang best..but since FO dah x der skrg, tgk Running Man pulak.MC kat FO pun ada kat Running Man..hehe

Rie said...

layan gak show ni
mmg klakar gile laaa
sakit perut je bile tgok
bile tgok je sakit perut
haha

Hazirah Barakbah said...

aRuL aSh..

tersangat lah seronok menyeronokkan!

cacing ;

ko bila masanya ko tak gelak? tiap masa je gelak

fiq ;

berjangkit? lebih kurang. aku nak menjangkitkan org plakkk

aznee yunos ;

hoyeyy!