Wednesday, September 15, 2010

Kisah Raya Pertama Part 2 - Risik-merisik

Salam. Hai.

Raya pertama macam biasalah, bangun subuh, mandi sunat aidilfitri, siap-siap pergi ziarah kubur atok-nenek. Balik rumah makan ketupat rendang kopi o, kenyang sudah pergi masjid, solat sunat aidilfitri, dengar khutbah, ziarah kubur lagi.

On the way nak balik dari masjid, selisih dengan jiran dan anak-anak dia. Jiran ni pangkat nenek lah, kawan kepada my nenek. Pernah bulan lepas dia datang rumah, sampaikan hajat anak dia nak berbisan dengan waled, kiranya nak bermenantukan aku lah. Paham? Nak bagi anak dia kahwin dengan aku. Jemmm! Memang jem!

Masa selisih tu aku salam semua lah, Toksu dan anak-anak dia semua cakap lepas balik masjid ni nak singgah rumah, Uncle Nazri nak tengok bakal menantu!!! OMG! Ketaq kepala aku dengaq lah wei. Jalan nak balik rumah pun dah rasa macam tak kena. Macam nak lari dari rumah ja masa tu!

Umi, Babah dah gelak-gelak tengok gelagat aku. Tak senang duduk aku. Balik rumah cepat-cepat pakai tudung, siap-siap buat air semua. Aku duduk diam-diam ja kat dapur. Malu+cuak+gementar+takut nak tunjuk muka. Gila sungguh. Penuh rumah aku dengan family diorang sahaja. Tak pernah-pernah diorang datang beraya rumah aku, tahun ni pecah rekod kali pertama lah. Selalunya aku yang ke rumah Toksu.

Aku dikenalkan pada Uncle Nazri and her wife, also to their son. Aku tak tahu nama apa. Yang aku tahu, dia sama umur dengan aku which is lahir tahun 1987, grad from oversea aku taktau negara mana, sekarang bekerja dengan Petronas dekat Sabah/Sarawak. Itu sahaja yang aku tahu. Tak mau tanya lebih-lebih. Memang kami tak pernah kenal. Mungkin masa kecil-kecil main sama-sama kot, tapi lepas dah besar mana nak kenal. Muka pun tak pernah nampak sebab tiap tahun raya, dia ada kat oversea tak pernah balik.

Lepas dah tengok-tengok aku, diorang pun pulanglah. Rumah Toksu selang sebuah rumah je dengan rumah aku. Sangat dekat kan? Tak sangka Toksu boleh nak jodohkan aku dengan cucu dia. Cuak. Lepas ni aku masak apa-apa tak mau dah laa hantar ke rumah dia. Agaknya sedap sangat kot aku masak sampai dia terpikat nak jadikan aku cucu menantu. Hoho. Jenuhhh!

Ini baru kejutan pertama. Raya kedua pun ada kejutan jugak. Banyak betul kejutan raya kali ni. Semput aku!

Umi tanya kalau Uncle Nazri datang nak masuk meminang macam mana? Nak Umi terima atau tak? Gulp! Umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hukhukhuk :'(


6 comments:

Anonymous said...

very interesting

Anonymous said...

senang dunia akhirat...hahahahaa

fiq said...

umi, terima tau. hee...

fiq said...

gurau je. hee..

[z@ck] said...

gila laa...mak hang tau dak hang dah berpunya..?

Hazirah Barakbah said...

anon ; interesting? sort of~

anon ; apa yg senangnya?

fiq ; ngeng!

zack ; tau dah. dah org mai rumah nak kata pa? ketaq pala chekK!!