Thursday, September 2, 2010

9 Hours Journey | Skudai - Bukit Mertajam - Pantai Merdeka - Sungai Petani - Alor Setar

Salam semua.

Saya sudah selamat sampai Aloq Setaq, Kedah Darul Aman pada jam 4.45 pm! 970 kilometer yer adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, tuan-tuan dan puan-puan. Sepanjang 970km tu, aku jer yang drive. Hebat tak? Sila cakap hebat. Kalau tak korang tak dapat raya! Haha.

Macam yang dirancang, jam 7 pagi kami bertolak dari UTM Skudai. 5 orang termasuk aku, 3 lelaki dan 2 perempuan. Semua budak Kedah, kawan-kawan dari diploma UTMKL dulu.

Elok masuk jer highway, para teruna bantai tidoq! Hampes hampes. Siap lentok baik punya!
Bazlee & Aswad
Bazlee, Aswad & Zul. Nganga-Lentok-Baik-Punyaaa :)

Dari Skudai, stop kejap dekat Ayer Keroh sebab nak membuang, pastu Seremban isi minyak. Terus tak stop sampai lah kat RNR Tapah. Sampai Tapah pukul 1130am. Diorang bangun semua macam tak percaya RNR tu adalah RNR Tapah. Sebab baru pukul 1130am dah sampai Tapah. Aku pun kurang percaya, tapi memang ternyata Kacaq aku umpama Lamborghini (budak-budak ni cakap, aku iyakan ajolah).
12.25pm sampai Ipoh, 1.05pm sampai Taiping. Terus je langsung tak stop dah. Exit Jawi, teruskan perjalanan ke Bukit Mertajam untuk hantar Aswad. Bapak dalam rumah dia! Kalau sorang-sorang drive, sah-sah aku takkan lalu situ. Scaryyyyy!

Dari rumah Aswad, terus ke Pantai Merdeka pulak, hantar Bazlee. Ni lagi sorang rumah betul-betul dalam lah. Dekat-dekat dengan Pantai Merdeka dah pun rumah dia.

Dari Pantai Merdeka, ikut Tikam Batu untuk hantar Ain pulak. Last sekali Zul dekat Sungai Petani. Setel hantar 4 orang betul-betul depan rumah masing-masing pada jam 4.00pm!

So fast huh? Ke lambat? Bagi aku, aku rasa sangat cepat, sebab rumah diorang ni masyaallahhhhhh, betul-betul jauhhhhh kot. Aku ingat dekat-dekat je dengan exit tol (bajet macam keadaan rumah aku lahh), sekali kauuu, hambekkk!!! Mau dari rumah die ni nak ke rumah die ni ambil masa lebih sejamm. Haha. 

So dari Sungai Petani, aku dah solo dalam kereta. Memang jadi mengantuk secara tiba-tiba. Nasib baik ada Redbull lagi. Minum Redbull dengan harapan tak mengantuk dari Sungai Petani ke Alor Setar. Patutnya SP-AS 45minit-1jam. Aku speed 120km/h, 30 minit je dah sampai Tol Alor Setar Selatan, 5minit lepas tu sampai Villa 2000!
Tik tok tik tok Villa 2000

9 jam dari Skudai-Alor Setar. Kalau tak hantar diorang sampai ke rumah masing-masing, rasanya 8 jam dah boleh sampai Villa 2000. Makanya, aku berjaya drive selama 8 jam untuk perjalanan sejauh 970km! Weehuu! Esok mau terbongkang sepanjang hari, lenguh badan tadak dah!

Time to sleep. 
Salam

5 comments:

fiqkbe said...

terer giler drive sorg 8 jam je. tabik beb. ke, sbb x posa? hee.. =P

cacing said...

adoyai aswad ni... bikin malu see je macam ni... adoi... sib baik aku SPH... hahahahah

Hazirah Barakbah said...

fiq ; sbb jejaka2 tu semua tdoq lena sgt hahaha

cacing ; SPH coz apatu? tak pemesnyaaa

tiktop said...

tabik spring la kt redbull... hahahaha... lawak ja... kuang asam btoi bdk2 2 bleh plak pakat2 dk lena...

Hazirah Barakbah said...

tiktop ;

hahahaha redbul 2 tin aku minum oi. habeh laa naek lah glucose dalam badan aku niii! 40 round depa lena wey!