Thursday, July 22, 2010

Twilight Saga Eclipse : Agak Ketinggalan

Assalamualaikum. Haiii everyboddayyyy!

Semalam baruuu jer dapat peluang tengok Twilight Saga Eclipse. Okay-okay-okay! Aku tau semua orang dah tengok. Itu aku pasti. Aku jer yang terhegeh-hegeh baru nak tengok. Sedih kan? Ya lahh life as student getting more and more hectic lah sejak-sejak masuk 4th year ni.

Jadinya, semalam dapat jugak tengok and not bad lah cerita itu. Edward sangat lah lembik, rasa nak lempang-laju-laju jer muka die tu. Cuba lah macho sikit depan Bella. Jacob jugak yang macho. Tapi bukan maksudnya aku adalah Team Jacob k? :)

Edward adalah pencemburu tegar. Sama macam Izhar lah derrr! Bila tengok Edward jeles-jeles, terus terbayang itu adalah Izhar. Opsss! Haruslah kan, takkan nak bayang laki lain pulak? Mampos aku nanti :D

Nikki Reed (Rosalie) & Peter Facinelli (Carlisle)
Aku sukaaa sangat Dr. Carlaisle Cullen dan Rosalie Cullen. Rosalie tu ada tahi lalat atas bibir belah kanan, samaa macam aku nokss! Dulu aku benci sangat ada tahi lalat kat situ, macam menampakkan aku ni banyak mulut and burukkk! Sekali tengok si Nikki Reed ni ada tahi lalat tempat yang sama macam aku, terus aku macam WOWWW! Seksiii okayhhh :D

Dr Carlisle Cullen pulak memang Hott habess lah der. Edward pun kalah wa cakap sama lu! Ehhh! Orang lain sibuk-sibuk nak si Edward and Jacob, aku sibuk nak kan si ayah Edward ni. Tersesat betul :D

Tapiii tapii, Edward and Bella sangat romantika lah. Edward tu tiap masa asyik pandang Bella macam nak makannn! Sabar Edward sabar. Twilight Saga Breaking Dawn nanti kau ngapp lah Bella puas-puas.

Hazirah & Izhar
Errrr! Motif?? Nak cakap kami pun romantik jugak. Posing nak sama aje. Izhar memang suka tiruuu. Aku demam, die pun nk demam. Aku pening belah kiri, die pun pening belah kiri jugak! Aku nak period, die yang badmood melampau-lampau. Oihh rindu teramat lah camni hampir 3 bulan dah tak jumpa. Cepat lahh datang Skudai pokcik, leh jalan-jalan-riang-ria-raya.

Dah melalut pulak.
Ok Bai

4 comments:

nabil_potter said...

akak comey, pinjam kereta..Opsss...

Hazirah Barakbah said...

adik comey, nk p mana?

fndrocka said...

aku pun baru tengok dowh..esok baru nak sembang2 kat blog. by the way..aku team charlie (team manusia),HAHA

Hazirah Barakbah said...

fndrocka ;

haha. bagus lah. aku tanak geng mana2. parti bebasss :D