Friday, July 2, 2010

Pra-pekerjaan Sudah Tamat

Seminggu lagi aku akan kembali menjadi Mahasiswi UTM Skudai. Selama 10 minggu yang lepas aku adalah 'pekerja sambilan' di Healthtronics, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Yelah, aku praktikal disitu, boleh dikatakan sebagai pekerja sambilan lah jugak. Well, now i know why people said, masa belajar tu, enjoy lah puas-puas, nanti masa kerja, dah tak ada masa nak enjoy. Yes, benar tersangat lah benar. Walaupun aku adalah pelajar yang berpraktikal disitu, aku turut rasa tension. Macam-macam hal, macam-macam perangai.

Bila kita bekerja dengan orang, mahu tak mahu memang kita terpaksa ikut cakap orang yang lagi tinggi dari kita. Tapi, bayangkan kerja itu bukan dalam bidang belajar kita, tapi kita dipaksa untuk buat segala kerja tersebut. Why not they do it by themselves? Ini tidak, kami sebagai pelajar dibuli, meeting lagi 15minit, kerja tak siap, serahkan pada kami untuk siapkan. Paksa siapkan dalam masa 15 minit jugak. Due date nak kena submit segala adalah hari khamis, hari selasa bagi pada kami dan suruh cari segala asset/barang yang diperlukan? Ingat hospital itu kecik kah?

Department yang ada di Hospital Sultanah Bahiyah.
Lain cerita bila kami tanya 'Ada PPM ka? Nak ikut!'. Ok, nampak macam annoying kan nak mengikut saja, tapi itulah yang sepatutnya kami sebagai pelajar praktikal perlu lakukan. Ikut technician inspect barang rosak, buat maintenance dan macam-macam lagi. Ini tidak, bila ditanya, 'Ok satg jom lah p, bukan nak p laa ni. Tunggu sat'. Alih-alih dah lesap! Lepas tu dengar cerita yang kami sombong, berlagak. Oh my! Haha. Biar orang kata kita berlagak dariorang kata kita gedik. Itu lagi tak boleh diterima.

Ohh, ada lagi sorang, Indian technician. Semalam baru aku tahu dia memang berasal dari India. Padan laa dia speaking tiap masa! Sekali aku pun terpaksa speaking dengan dia. He is very talkative but then his English are very hard for me to understand. Ada slang sikit-sikit. Tapi dia baik. Selalu ajak pergi buat maintenance. Tapiii, aku tak suka barang-barang bawah jagaan dia. Sebab semua barang-barang dia tu dekat Lab, and tak tahu fungsi machine tu semua. So kalau pergi pun nganga sajork! Teman dia sembang. Haha.

Panjang rupanya aku bebel. Dipendekkan cerita perjalanan sepanjang 10 minggu ini~
  • Bukan semua suka mendesak,mengarah. Ada yang baik adalah sangat baik. Sampai rasakan umpama 'abang' dan 'kakak' sendiri.
  • Pengalaman bekerja di persekitaran hospital membuatkan aku makin berjaga-jaga tentang diri dan kesihatan. Macam-macam jenis pesakit aku jumpa. Dari yang sihat sampai lah yang nazak dan meninggal di ketika aku sedang bertugas. Bila masuk ICU, ayat-ayat Al-Quran mesti berkumandang. Sumpah aku tak berani untuk melirik ke muka pesakit yang terlantar langsung tak sedarkan diri. Hidup hanya dengan alat bantuan pernafasan. Kepala ada bekas jahitan yang sangat panjang dari leher hingga kiri hingga ke dahi kanan. Bayangkan lah bagaimana hati aku ktika itu. Sayu jangan kata lah. Itu kali pertama aku masuk kawasan nazak-nazak, lepas seminggu praktikal, kalau masuk situ aku takkan langsung hiraukan pesakit. Apa yang aku akan lihat hanyalah machine!
  • Sister, Medical Assistant, Doktor adakalanya sangat berlagak. Jangan ingat kami hanyalah 'TECHNICIAN CABOK'. Kita bekerja semuanya saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau barang kau rosak, kau buat aduan, semuanya kau nak urgent. Tapi bila kami mintak bantuan sikittttt, bebelnya panjang lebar. Jangan sampai nanti takde perkhidmatan ini, kau buatlah sendiri. Patient mati sebab equipment rosak, kau tanggung lah sendiri. BOLEH?? kalau boleh, silakan aku ucapkan. 
CT Scan
C-Arm X-Ray

Film Processor
Electrician can also be a Mechanics
The Film Processor. Fiq, Sara & Mr Syaiful (favorite technician !)
Semangat aku tengok apa Encik Syaiful nak buat. Cuak jugak sebab machine tengah on. Kang tak pasal-pasal short cane? Mencemaskannn :/
One of the department which i don't like to go, Lab. Because the machines there are so boring!
Some of pictures taken by me and Fiq. Tak banyak, tapi cukup lah untuk simpanan kan. Bukti kata pernah buat praktikal disitu. Mungkin aku takkan kerja dalam bidang perkhidmatan bila dah grad nanti. Mungkin aku akan bekerja di kilang ataupun R&D. Buat research barang baru, kerja dengan vendor-vendor. Sebab sepanjang aku praktikal, vendor yang datang tak pernah ada MELAYU. Tinggi harapan aku, sama jugak rakan-rakan aku yang lain, Fiq & Sara khususnya. Master? Mungkin tidak. Sekarang pun dah umur 23 tahun, grad umur 24 tahun. Kalau master lagi 1 2 tahun? Bilanya aku nak pegang duit sendiri? Oh tak sanggup. :)

Mr. Ro, Fadzli & Muhsin
Fiq, Sara & Hazy
My bos yang baju putih merah tu.
5 of us, UTM students. Fiq, Sara, Fadzli & Muhsin. Thanx a lot. You guys had cheer me up during this hard time. Aku tau aku kuat bebel tapi its me and i can't stop babbling. Haha.

So last day semalam, bos - encik Rofaif belanja kami Pizza Hut. Ingat main-main, serius rupanya. Thanx a lot. Elaun pun sudah masuk, RM1083.00 selama 10 minggu berkhidmat di Healthtronics (M) SDN BHD Alor Setar Kedah. Senyum bahagia! Simpan dalam ASB dulu, nanti baru guna buat beli handphone. Hehe :)

Ok. Bai !

7 comments:

fiqkbe said...

heeee.... aku cute la (poyo).

annadzirah said...

wow.
amek biomedic ehh.
bila grad?.
d:

Hazirah Barakbah said...

fiq : ye ahh comel! adik bongsu katakan. (perasannn !)

Hazirah Barakbah said...

suhaisweet :

thanxx!

Hazirah Barakbah said...

annadzirah :

yes. biomed. nextyear bulan 5 habes lah. lambat lagi hoho :)

Anonymous said...

oi duit dah masuk, rugi treat awai2, nyesal aku...huahuahuaaa

Hazirah Barakbah said...

mr ro.

alah, tak iklas btoi lahhh!