Thursday, July 8, 2010

Cara Paling Berkesan Untuk Memudahkan Kita Dalam Sesuatu Urusan

Assalamualaikum.

Semua orang kalau boleh nak hidup dalam keadaan yang mudah. Takmau tempuh traffic jam, nak bagi mudah cari parking kat shopping complex, nak jalan dekat pasar malam tak mau terhimpit-himpit kan dan macam-macam lagi lah. Senang cerita, manusia ni kalau boleh semua nak senang-lenang.
3 tahun lepas, alhamdulillah lah aku dapat pergi mekah, buat umrah. Masa nak tawwaf Kaabah, memang ramai orang. Kalau takmau ramai kena tawwaf masa Zuhur, Asar, yang matahari betul-betul terpacak atas kepala. Tapi sah-sah lah takkan buat masa tu kan. Selalu masa tawwaf yang ramai orang buat adalah selepas Maghrib nak ke Isyak. Masa tu memang crowded teramat sangat. Kita orang Malaysia (Asian) kan badan kecik-kecik nak dibandingkan dengan orang Arab. Diorang sangat kasar okay! Kita nak tawwaf dah laa kena jaga bahu kiri biar sejajar dengan Kaabah.
Masjid Nabawi
Masjid Quba'
Encik Unta semua comel okey. Tahik unta pun comel! Hahaha
So, my babah (nenek) ajar satu ayat. Dia cakap ayat tu adalah untuk memudahkan segala urusan kita. So aku hafal, dan masa tawwaf, kami dipermudahkan perjalanan. Kuasa Tuhan kan, ruang macam terbuka jer. Takde gangguan pun.

Sampai sekarang aku still amalkan ayat tu. Masa nak cari parking, kalau keluar dengan Izhar wajib baca sebab nanti tak jumpa parking dia bebel-maki-sana-sini. Masa nak keluar dari rumah, jalan kat kampung belakang rumah ni balik dari kenduri tahlil, takut-takut ada anjing (sebab memang banyak anjing berkeliaran bebb!). Bila baca ayat tu selain Ayat Kursi, memang alhamdulillah mudah segalanya.

Doa-nya pendek jer :
Rabbi Yassir wala tu'assir.

Bacaan penuhnya ialah :
Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin.

Sekadar berkongsi. Wallahualam.
Salam. Bai! ♥

11 comments:

Unknown said...

TQ =) memang sharing is caring lah!

Hazirah Barakbah said...

wawan :

welkamm :)

Aan MI said...

eyh betul tu betul
mak ayah sy pun ajar doa tu jugak..
alhamdulillah kerja semua boleh settle..
klau ada mslh pun sikit2 je..
smpai skrg mmg bc doa tu jugak..
bgus ni...

izhar said...

owhhh..ni laa rahsia kejayaan cari parking eh?hehehe

Hazirah Barakbah said...

aanz :

ye lah kan.
ada cara, cuma kita tau tak tau je ayat2 al-quran ni kan.
nak tau lebih kena tanya org tua n org2 ulama.

Hazirah Barakbah said...

izhar :

haa, ni lah die. hafal okehhh!!

fiqkbe said...

thanks =)

diraja22 said...

ilmu yg baik panjang2kan la..

Hazirah Barakbah said...

fiq : welkammm :D

diraja22 : :)

Miss AZ said...

0hh,, boleh try lah nanti.. thank you hazy ;)

Hazirah Barakbah said...

Amirrah Zawani ; sama sama babe :)