Friday, June 11, 2010

Review Film : Lagenda Budak Setan

Dapat jugak tengok Lagenda Budak Setan hari ini. Masa awal-awal keluar filem LBS, takde pun berkobar-kobar nak tengok. Tapi lepas dengar OST LBS - Bila Cinta, terus meronta-ronta nak tengok. Ini link untuk download Bila Cinta by Gio. Click!

Okay, back to LBS.


Yang best dari pandangan kacamata aku :

1. Pelakon semua best! Farid Kamil sangat cool. Lisa Surihani tak dapat dinafikan lagi memang sangat cantik manis ada tahi lalat dekat bawah hidung gitu. Que Haidar sangat hebat! Psycho nak mampos! Itulah contoh PEN-JELES TEGAR! Raja Farah pandai buat orang sayu dengan air mata meleleh-leleh dia tu. Fazura gedik panas seperti bisa. Ohh i like ur style lah Fazura, nak jadi camtu boleh?

2. Sinematografi sangat cantik! Tahniah! 10/10 aku bagi. Memang cantik sangat scene dalam LBS ini. Contohnya-
Dimanakah letaknya tempat ini? Nak pergi jugak!!
Dekatnya! ehem ehem :D

3. Lagu yang best. Sebabkan lagu latar lah buatkan orang layan cerita ini.

Yang kurang dari pandangan kacamata aku :

1. Watak Akasyah patut lebih SETAN. Setakat letak cicak dalam tin coca-cola awek lawa hati terus serba-salah sebab salah kenakan orang pastu jatuh cintan. What the  ?? *yes. this is a movie for a duration about 110minutes. mana sempat kan? Mungkin cerita ini patut dibuat drama di tv. Pasti malatop macam ADAMAYA!!!*

2. Lisa Surihani orang Utara kaa?? Kenapa bila dia sebut R macam sebutan oGHang utaGHa?

3. Kenapa ada bunyi gagak masa Akasyah tengah sedih? Potong stim penonton-penonton nak sedih tau! Terus satu panggung gelak.

4. Ayu selepas plastic surgery sangat tak in! Kulit tak secerah Ayu sebelum kejadian, dengan perut buncit lagi. Aduh! Nasib baik suara sedap! Kesian Akasyah kena tatap Ayu yang tak berapa nak cun.

5. Buruk sangat mekap cacat Ayu masa atas wheelchair tu, terlampau over cacat.

Keseluruhannya aku bagi 4/5. Ini baru part 1. Tunggu lah part 2 pulak. Hopefully lagi best and jangan lah buat cerita kalut-kalut sangat. Feel tak sampai lahh.

ok happy weekend everybody! :)

10 comments:

tiktop said...

sila tgk A-TEAM... full of action.... sgt mnarek.... LBS aku xtgk pn... hehehe

Fitrihadi.com said...

arghhh prince of persia..LBS..toy story.. tak dapat tgk lagi sampai skrg..tunggu download tenet ar

masturah said...

ha'ah kan. feel tak sampai. :'(
btw, cerita ni akan didramakan. ogos depan dekat astro prima kalau tak salah. :P

*suara amelia (ayu) tu guna suara lisa jugak, sebab tu sedap. hehe

Hazirah al-Barakbah said...

tikah :

haa nxweek plak aku tgk a-team

Hazirah al-Barakbah said...

Fitrihadi.com ;

tu laa aku soh p jitra ang tamau. kan dah sedih2. hehe

Hazirah al-Barakbah said...

masturah ;

ohh yer? wah u salah sorg production film ni ke babe? hehe.

Roronoa Zoro said...

isk.. ada yg kata best.. ada yg kata x.. mana satu nie.. kena tgk sendiri la jawapnya.. huhu~

anyway banner ko yg baru nie sgt cantik dan cun melecun.. ahaks.. =D

Hazirah al-Barakbah said...

Roronoa Zoro ;

p tgk snirik lah pakcek baru tau syok kaa dak.

wahaha thnxxx

Fatt.Nazz said...

klu x silap,mmg lisa ni pelat R dr dlu lg...sbb klu tgk die berlakon,R die msti cmtu...hehe~~
jgn mrh ye lisa... =)

Nak Hahaq Mai said...

Budak setan tu kena pakai tanduk setan kot..