Saturday, June 26, 2010

Majulah Sukan Untuk Negara

Salam hujung minggu. Senyap sunyi facebook, twitter. Google Reader aku pun langsung takde update. Nampak sangat semua orang takde depan laptop or pc. Mesti keluar dating ke, shopping ke. Haha seronok sungguh hidup. Aku jela masih depan laptop.

Haritu sempat jugak lah tengok SUKMA. Kesian pulak rasa, dah laa buat masa World Cup, memang orang semua tak ambil kisah langsung lah apa berita pasal SUKMA. Aku pun bukan layan TV sangat, tapi bila online kita tahu jugak update-update berita. At least aku tahu jugak lah Terengganu adalah juara SUKMA 2010 dan bukan Selangor.

Kalau sukan-sukan ni, acara kegemaran aku adalah di balapan. Paling aku minat adalah lari berpagar ( hurdles ). Start dari darjah 4 sampai lah form 5, pasti aku akan wakil rumah sukan untuk lari berpagar. Seronok bila dapat lompat and pagar tu tak jatuh.
Tapi kan, aku tak pernah dapat emas, selalu perak atau gangsa jela. Lari tak laju beb, redha jela, janji dapat jugak medal tiap-tiap tahun Hari Sukan Sekolah. *senyum bangga*
Selain dari acara lari berpagar, acara 100m, 4x100m, lompat jauh pun aku wakil rumah sukan jugak. Pernah sekali tu kena lari berpagar 200m, semput!!! Aku takleh jarak jauh. Kalau pecut tu memang takdehal lah. Jarak jauh ni perlukan stamina yang kuat, cara pernafasan yang betul. Aku memang failed lah. Cepat-cepat tarik diri kalau terpilih acara tu semua. 400m, 800m, MAMPOS! 4kali pusing padang, mau pengsan tengah padang gamaknyaaa. HAHA.

Sekarang ni, medal-medal aku semua Umi ambil buat gantung dekat tingkap-tingkap bilik, jadikan sebagai perhiasan dan sebagai pengakut langsir. Haha, Umi aku kretip, suka guna barangan terpakai. Save budget katanya. Kira okay lah kan, takdelah terbuang atau hilang aku punya medal-medal ni semua. nak jual tak laku sebab takde langsung medal emas. Kalau tak, confirm kaya lah dennn.
^
^
^
^
^
^
^


Ehem, menjadi dah pakai eyeliner. nampak lah jugak hitam atas mata tu kan. Kalau tidak, terlindung dek kelopak mata aku yang sepet tu haaa. Lagi satuu, dh pandai buat watermark sendiri. Ambil dari header tu je. Pasni nak buat comel-comel lagi lah. Macam over plak kan. Dah laa muka sendiri, watermark nak ada muka lagi. Tamak nak mampssss kau Hazy!!

Ok. Bai!

11 comments:

princeduyong said...

majulah sukan utk negara... :)

hazman aka species1980 said...

Waa... altet wanita berjaya rupenya... ;-)

kisahremaja said...

memang sonok biler di kenang zaman aktif sukan dan balapan time skolah dulu2x...

Hazirah Barakbah said...

princeduyong :

haha yes! barulah maju kan :)

Hazirah Barakbah said...

hazman aka species1980 :

suatu masa dahulu. sekarang pencen sudahhh :D

Hazirah Barakbah said...

kisahremaja :

tu la pasal. happy je main-main.

[z@ck] said...

hahaha..medal aku dah berkarat habis dah..

nabil_potter said...

gambar edit guna apa?hahaha

Hazirah Barakbah said...

zack : ni antara yg cantik lg lah, ada ja yg berkarat tulisan tak nmpak dah! haha

nabil : guna photoscape sajolah. yg watermark tu guna photoshop :)

Fitrihadi.com said...

cantiknya macam anak patung

Iz Yahya said...

Ape lagi, tolong la buat watermark saya. Buliii buliii.. upah ayam penyet je ok. hehe