Thursday, June 10, 2010

Dunia Baru Reunion Kini Ditayangkan


Ingat lagi cerita Dunia Baru, Dunia Baru 2, Dunia Baru 3 dan jugak Dunia Baru The Movie? Haa, minat kan minat kan? Uihh aku sukaa bebenor cerita ni. Kelakar yang teramat sangat!


Sekarang ni Dunia Baru Reunion pulak. Tapi bukan di TV3, tapi di http://www.gua.com.my/duniabaru/. Baru 2 episode, semua sekejap-sekejap je tayangan cerita tu. Kira ok lah kan takdelah lama sangat nak tunggu loading. Yang tak bestnya, tak berapa nak puas lah tengok.

Rupanya konon yang gosip cakap Elyana gemuk tu hanyalah dalam lakonan je. Aku ingatkan betul-betul dah gemuk! Bikin kecohhhh jer lahh. Dalam Dunia Baru Reunion ni, Pierre Andre, Iqram Dinzly dah tak berlakon. Fiqrie Dahari lagi lagiiii lah takde dah dalam cerita ini.

Nahh, episode 1 dan episode 2 Dunia Baru Reunion. Layannn!



Sinopsis Dunia Baru Reunion
Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.


Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.

Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’.

Episod seterusnya boleh ditonton di http://www.gua.com.my/duniabaru/

ciau!

7 comments:

ainasuhana said...

kalo tayang kat tv
senang sikit nak tengok..hahaha

annadzirah said...

xminat.
hahak.

Hazirah Barakbah said...

@ku d! sin!e ;

tu laa pasalnye. ntah nape agaknye buat dlm gua.com.my nih

Hazirah Barakbah said...

annadzirah ;

wahh cam pelik ko tak layan. hehe cite best!

Unknown said...

Opie sudah gemuk

meluatnya ayat tersebuttttt

Anonymous said...

donlod2..t nk amek kt ang

Hazirah Barakbah said...

rohanimohamednoor :

baiklahhhh