Tuesday, June 22, 2010

Domain & Hosting Sendiri

Salam and HaiHai! :)

Hari tu kan, masa tidur malam hari kan, aku ada dapat mimpi tau. Nak tahu apa aku mimpi? Haa, mimpi ni nak kata seram tak seram, kelakar tak kelakar, romantika jauh panggang dari api lah gitu.

Okay straight to the point! Aku mimpi aku dah ada domain & hosting sendiri. Dah tak guna blogspot, guna wordpress pulak.

Bila bangun jer terus rasa adakah mimpi tu petanda suruh aku tukar? Tapi kan, tapi kan, kalau aku tukar, aku bukannya famous-amos pun. Follower baru 300 jer. Selalu aku tengok yang pakai domain sendiri ni, follower mesti dah 1+++, cerita-cerita kat blog pun mesti gempak habes, and paling penting sekali mesti mereka adalah awek-awek comelllll!

Contoh muka-muka comel-lote-sungguh-menarik-perhatian saudara-saudari.
Lisa Surihani. Muka comel. Rambut cantik. Body pun mantap. Senyuman menawan kalbu. Haa, semua orang berminat punyalah. Letak jer gambar banyak banyak, pasti ramai pengikutnyaaa. Hehe, lagi lagi.
Heliza Helmi. Bermata besar, pakai selendang lilit-lilit 40 kali lilit, mekap muka flawless bagai, pakai baju cun-cun, mesti confirm ramai orang minat. Tulis tak best pun orang akan follow, sebab? Sebab blogger itu cun-comel-cantik-pandai bergaya dan seangkatan dengannyaa.

Dan banyakkkk lagi contoh-contohnya. Aku memang tidak setanding lah weh. Ehh! Okay sekali lagi aku sudah menyimpang dari cerita asal! Demm lah jari ini :)

Nak mintak pendapat anda-anda lah kan, nk beli domain & hosting ke atau stay dengan blogspot ni? Kalau nak tukar, URL apa? 

www.hazy.com
www.hazirah.com
www.hazirahbarakbah.com

Dari nama pendek ke nama panjang, tu belum letak sharifahnurhazirah lagi. Itu lagi panjang!

Help me guys! Thanx!

15 comments:

Fitrihadi.com said...

kalau guna domain saja pun ok..tempek je kat blogspot ni..senang skit nak promote.. sharifahhazirah.com perghh jarang ada geng2 sharifah yang berblogging hehe :p

fiq said...

berangan. nyampah aku.

Cik Sara said...

Yes...
Dasyat cik Pah ni.. nak story pasal domain, habis masuk muka cik lisa and cik heliza ni..

wawan said...

hang kata kat aku ka? aku adalah golongan yg follower yg tak sampai 1000 tapi gatai nak pakai domain sendiri huuuuuuuuu

juga tidak mempunyai ciri² gadis idaman malaya seperti di atas sanaaaa T.T

tapi nak bagi cadangan jugak la.. guna hat last skali tu macam best! www.hazirahbarakbah.com hehehe

Roronoa Zoro said...

pakai hazy.com pon simple ape.. hak3... aku dah check.. xde sape lagi guna nama tue.. kalo nak, aku boleh tolong.. rm30 setahun.. nie bukan bisnes aku tau.. kawan punya.. =P

j said...

go get 1 dear. murah aje. rm100 setahun ngan serverfreak :D promopromo

Hazirah al-Barakbah said...

Fitrihadi.com :

domain ja eh? takyah tukaq hosting? haha tapi minat lg kepada hazy.com. pendek dan ringkas.

Hazirah al-Barakbah said...

fiq :

haha dengki lah tu

sara :

biasalah aku. cerita mesti simpang sana sini. buat karangan spm sah3 failed!

Hazirah al-Barakbah said...

wawan :

wey dak wey dak! tak kata kat sapa2, ni umum naa. hehe.

tu laa tgh berpikir. ang guna wp kan kan?

Hazirah al-Barakbah said...

Roronoa Zoro :

kena tunggu ada byk free time, baru leh buat godek2 smua nih.

Hazirah al-Barakbah said...

j :

hah? rm100? nape mcm mahal je?

Cik Sara said...

Tak pe..SPM dah lepaih..nak bersimpang siur pun tak de orang yang nak failed kan kamu..

Saya vote....
hazy.com...
hahaha..boleh vote ka??

Iz said...

hazy.com

titik.

wawan said...

wp tu wordpress kan?
semestinya tidakkkk aku guna blogspot jaaaaaaa

[z@ck] said...

www.hazirahbarakbah.com