Wednesday, June 2, 2010

5 Tahun Yang Lalu

2010 - 2005 = 5 tahun. Tak lama tak kejap. Pejam celik tidur bangun tidur bangun dah 5 tahun. What happened 5 years back?

Julai 2005 ; Bergelar siswazah UTM KL. Duduk dalam bandaraya metropolitan babe! Siapa tak gembira? Hati riang ria tak terkata apa-apa. Pastu mula lah 'culture shock'. Aku adalah pelajar sekolah PEREMPUAN SAHAJA. Dari 7 tahun, sampai lah umur 17 tahun. Tidak pernah sekelas dengan lelaki. Kalau ada pun, masa dekat tuisyen. Alahh setakat tuisyen 2 jam tu tak sempat lah nak borak-borak ngan laki.

Bila masuk UTM, ramai pulak siswa-siswa handsome! Mata memang bertindak liar lah. Sungguh! Sana sini nak pandang. Ada laki tegap sikit, pandang. Nampak laki smart, kemas, bergaya, menjaga mutu agar tampil unggul, pasti aku usha. OKAY AKU TAHU AKU PUNYA MATA SANGATTTTT GATAI MACAM TUAN PUNYA BADAN! HAHAHA.
Tiap hari rajin je turun cafe, makan-makan, lepak-lepak dengan harapan dapat jumpa laki kacak untuk dibuat scandal. Ohh yaa dulu mana main boyfriend maa, pasang scandal sajaaa. Okay kantoi lagi aku perempuan keji. haha X_X

Pasang scandal best tau, kredit habis, orang tolong topupkan, yelaaaa org-org tu yang dok nak msg kita kan? Kalau takde kredit, tak dapat lah nak msg. Haha keji tak keji takk?? Teehee (= But then bila orang-orang berkenaan ajak keluar, alasan mesti berpuluh ribu. Ye ahhh malas lahh keluar. Tak bersedia pun nak betul-betul. Nanti keluar nak kena belanja duit lagi kan. So kita msg-msg sudah. Itu taktik terbaik takmau ada terikat apa-apa. So kalau anda-anda tengah sakan ber-scandal-lan, haaa buat gini k? :)
Dah lepak-lepak kat cafe, memang ada lah yang berkenan di hati ni. Selalu nampak this boy. Dekat campus pun selalu nampak. Agak smart lah dia ni. Putih, badan tough lah jugak. Memang boleh dikategorikan as a HANDSOME BOY lahh. Sumpah tiap kali nampak dia aku mesti ushaaaa jer. Ehem, usha kena lah pandai-pandai kaver okay. Kang nampak sangat kau tu gatai merenyam. TSK.

Usha punya usha, sekali tu cakap kat one of my girlfriend. Kata lah that boy handsome. Minat! Then she said that his friend's is her schoolmate dulu. From there i know what course is he in. Budak Mekatronik rupanyaaaa. Okay okay takpa. Biarkan. Kita usha je. Anugerah Tuhan depan mata, kita gunakan sebaik-baiknya. Tak kisah pun lah tak tahu nama semua, janji dapat usha. HEY DALAM MATA AKU ADA TAHI LALAT TAU TU YANG MATA GATAI JER KUAT NGUSHA BENDA 'CANTIK'. Hess.

One fine day, as usual, dinner dekat cafe. Masa tu Final weeks. Lepak makan sama-sama dengan Mechatronic's girls. One of the girl tu suddenly asked me,

J : Dalam kelas aku kan, sape budak laki yang ko kenal?

So i started to list down all the boys that i know. Blablabla...

J : Ade tak yang ko suke ke, minat ke?
H : Hmm. *malu-malu, sengih-sengih* hehe, ade ade! Yang selalu dengan S tu, putih-putih, tinggi-tinggi, pakai spek. Ape nama die eh?
Then she laughed! Bisik-bisik dengan kawan die plak. Aiseyman apesalnye? BF lu ke bai? Sorry lah mana aku tahu! *ber-monolog sendirian*. Terus rasa panassss jer muka. BLUSHING lah weh! Diorang semua dah tahu aku minat sape! MALUUUUUUUU Y_Y


Dah laaa sambung nanti pulak. Tengah blushing sorang-sorang teringat kisah lama. HAHA.

Nite ♥

18 comments:

ftrhd said...

alaa layan yg kacak je..mana aci..tapi nasib baik saya ni tak segak...takde ar nak jadi mangsa sangat hehe :p


- - -
Tingkatkan Trafik Dengan Hyperlink dalam Ruangan Komen Blogspot

daLYaLaMHa said...

penah jgak kantoi macam ni.ahaha.malu je ngan kawan tu.but buat dunno laa.hihi

fiqkbe said...

hahahahahaha........(gelak je yg ak mampu. hihi..)
ak pn byk scandal gak masa mula2 masuk utm. best kn ada byk scandal. scandal = duit. hihi..(ak pn kejam gak.)

Sufi Asri said...

hhessssss.. gatal mata tue.. dok usya laki.. hahaha..

kelakar lak ko malu2.. =p

Hellioz said...

gyahahahahaha~

sumpah klaka
gyahahahhah

budak2 skola laki pon culture shock gak masuk U.
gyaahahahahahahahahah~

Hazirah Barakbah said...

Fitrihadi.com ;

hahaaaa laki pun suka yang comel cantik cun jer kan??? :)

Hazirah Barakbah said...

daLYaLaMHa ;

haha yelah kan. kalo dok buat gedik2 plak jadi lagi org nyampah plak. so dunno is the best solution kan :)

Hazirah Barakbah said...

fiq.k.b.e.6.2.0.7 ;

rugi kalau tak pernah ada scandal kan? hahahaha aku rasa smua org camni kot

Hazirah Barakbah said...

Roronoa Zoro ;

kan kan? gatai sgt kan? wahaha.

malu2 lahhh sbb rahsia dh terbongkarrr

Hazirah Barakbah said...

hellioz ;

mane tak klakar, dok ngan pompuan je kita nk borak pape pun takpe. hehe

Miss AZ said...

hahaha!!! sama lah kita.. :)

fiqkbe said...

btul3... rugi giler.

Hazirah Barakbah said...

Amirrah Zawani ;

sama tang mana tu? hehe

Hazirah Barakbah said...

fiq.k.b.e.6.2.0.7 ;

ish panjang tol nama ang ni

fiqkbe said...

iskh, sukati ak la. nama penuh hg lg la pjg. sampai x cukup kotak.

Hazirah Barakbah said...

fiq.k.b.e.6.2.0.7 ;

hahaha nnt aku buat sambungan cerita ni yaa :)

Anonymous said...

slalu dgn s?
s tu syahha ker?

Hazirah Barakbah said...

anon ;

syabil!