Friday, March 5, 2010

Tips Hilangkan Jerawat. Jiwang & Gatal Merenyam Adalah Penyebab Utama.

salam n hello darling2 sekalian.

happy weekend! selamat berdating. selamat menghabiskan duit di hujung minggu & jugak selamat berehat. ok adik2 kakak2 hari ni i  akan jadik pakar kecantikan okay!

salah seorang readers ada tanya macam mana hilangkan jerawat. hehh i tak la pakar hal2 ni. maen redah aje selalunya. ok tak pa. i cerita lah jugak okay! tetiba guna kata ganti diri 'i' laa pulak ;)
okay, see, banyak kan jerawat? paling banyak adalah di kawasan dahi. paling2 banyak minyak terhasil kat bahagian dahi. pastu tak sempat nk halau miss Jenny, miss Julie pulak muncul. tetiba cik Jihan pulak bagi salam nk menempek kat muka i. demn u! T_____T
sebenarnya, yang i penah baca lah, start dari umur 16-22 tahun camtu lah kan, badan kita mengalami perubahan hormon. lagi cepat kau datang haid, lagi cepat lah muka kau dikunjungi para2 jelitawan sekalian.

lagi, kalau kau gatal merenyam, jiwang terlampau, gedik meghela, memang lagi banyak lah jelitawan mendiami segenap pelusuk muka kau. silap2 kat badan pun ado. haaa soo kau jangan ahh over menggatal menjiwang. aku dah kaji, dan keputusannya memang betol.
sebab masa gambar2 ni diambil, aku akui aku memang gatai okay!. hehh *_* terpaksa mengaku diri sendiri gatai.

umi pulak mesti bising2 tak jaga muka, babah bising awat muka terok sangat nih. hehh gila kecik hati i okay! so i pun pergi lah klinik yg memang dari kecik dah biasa dengan klinik tu. orang cakap kalau nk tahu ubat/chemical apa yang betol2 sesuai dengan kita, p jumpa doctor yang dh memang examine kita dari kecek.  solutionnya, doctor tu bagi aku SEBAMED. jangan tanya harga berapa sumpah aku tak tahu sebab klinik panel ambil bill pastu blah heh ;)
ini adalah sabunnya. aku guna 2 tahun lebih kot. bagus. sangat bagus. guna sabun ni jer semata2. takot nk guna yang laen. tak mahu dah la muka penuh para jelitawan.
pastu tetiba tahun lepas, doctor tu tukar sabun plak. ke oilatum ni ha. so aku beralih lah dari sebamed ke oilatum. so far so good. sekarang pun still guna sabun ni. kadang2 tukar sebamed balek. ikut la rasa mana yang best. bagi aku, sebamed adalah yang terbaek setakat ini. memang sebamed ada jual kat kedai2 farmasi yang berdekatan, ada 1 set macam toner, moisterizer smua bagai tu, tapi aku tak guna pun masa dalam proses pembaikpulihan.
sekarang ni muka i ok lah sikit dari dulu. sekarang i guna sebamed, garnier light set scrub, toner & moisterizer (face wash tu tak guna sebab dah guna sebamed kan), pastu bio oil untuk nak hilangkan scars kat mana2 bahagian badan pun boleh nak guna. aa 1 more thing, oxy10, kalau tetibe kau termiang kan, cik Jamilah tetibe menjelma kan, haa kau letak lah oxy10, mujarab sey! jap jer cik Jamilah singgah, pastu terus tak muncul2 dah. heh TT
paling paling penting sebenarnya hormon kita tu. kena jaga baik2, stress sikit, jiwang sikit, angau sikit, mesti para jelitawan smua datang menjelma jugak. tak caya? g lah try :D

12 comments:

Kiera Ismail said...

hazirah..2yrs ekk..lama gak tu..haishh..btw, thank you tau sharing info..experiences...so 1st step kene jumpe doctor dlu la kan..klinik biasa pun boleh ke?

Anonymous said...

jadi skang ni hormon ko dah stabil ler yer.. tu pasal dah x berjerawat

mcm tu rupanya

Hazirah Barakbah said...

kiera ;

hehh nk cantik bukan bole nk cepat2. jalan cepat tu la yang akan rosakkan lg muka kita tu. so slow2 kayuh, mst ok punya nnt. kalau kat as, pakar kulit kinik dkt ngan rumah kelahiran dr mahathir tu.. kinik yeoh. kinik biasa pun ok ja, mintak sabun n krim utk muka. mst dpt punye :)

Hazirah Barakbah said...

pakcik luffy ;

ye ye dh stabil. kdg2 jer dekat2 nk exam mst naek jelitawan. stress ohh bahaya!

Ainul Huda said...

best, nak kene try ni. eh tp sebamed tu bleh utk sume jenis kulit ke? btw thx fr sharing, rsau jgk ni, muke makin naik, heh T___T'

Anonymous said...

kat aloq staq jgn dilupa klinik venkat kat umah aku tuh..pemes sehingga ke ipoh..

Hazirah Barakbah said...

ainul ;

me, my bro n my sis smua pakai sebamed, ok la tadak pun side effect. g jumpa doctor lah plg bagus. kalau setakat tgk iklan kat tv ckp boleh ilgkan jerawat, aku tak brapa nk caya. hehe

Hazirah Barakbah said...

roni ;

klinik venkat? aku tak pnah tau pun. makanya tak femes ah tuh hehe

ilyana said...

i jumpa blog ni kat google search for sebamed(image).i pki sebamed 1 years ago,tapi i nk tny lah.. bio oil tu boleh pakai kat muka ke??

Mama Ta said...

suka bau sabun sebamed ni..dulu waktu kecik-kecik selalu pakai sebab kulit memang sensitif jadi memang doktor syorkan pakai sebamed je..

tikah said...

nk tnye , klu g klinik kulit , kne
wat rwtan gak ke kt situ ?
takut tak mampu la ..

Hazirah Barakbah said...

ilyana : bio oil boleh pakai dekat mana2 pun. memang berkesan hilangkan parut

dayana : doktor mmg akan syorkan ubat yg terbaik kan :)

nurul : tak la. ini klinik, bayaran standard macam klinik biasa, unless if u go to the private hospital, jumpa pakar kulit situ, mungkin mahal. as for me, i just pergi klinik yg biasa2 pun boleh, klinik mesti akan ada ubat mcm2 kan. minta dekat doc tu, sabun utk muka