Tuesday, July 14, 2009

#116 Malang Apakah Yang Menimpa UTM Nih? Adehh~

sekali lagi berita yg mengejutkan para pelajar UTM.
pelajar mati jatuh dr tingkat 4 kediaman siswa jaya yg dulu dikenali sbg kolej kedua.

ayuh baca berita lah aku tak reti nk elaborate menda berita2 nih hihi.

Pelajar UTM maut jatuh asrama


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar jurusan Diploma Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini mungkin akan trauma seumur hidupnya apabila menyaksikan bagaimana rakan sebiliknya terlepas tangan dari tingkap sebelum terjatuh dari tingkat empat dan maut.

Amirul Hashim Jamil, 18, berkata, apa yang disaksikannya pada pukul 12.45 pagi semalam di Blok C, Kediaman Kedua Siswa Jaya UTM Jalan Rejang 4, Setapak Jaya itu sukar untuk dilupakannya.

"Saya masih terbayang detik-detik tangan rakan saya terlepas dari tingkap dan disusuli dengan jeritan kuat mangsa," cerita beliau semasa ditemui di sini semalam.

Dalam kejadian itu, Muhammad Khalis Zulkifli, 18, pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik yang baru dua minggu mendaftar diri ke universiti itu maut apabila dia terjatuh dari dinding bilik air rakannya.

Mangsa semasa itu tidak mempunyai kunci asrama untuk masuk semula ke bilik selepas keluar ke bilik rakannya.

Sebelum memanjat dinding bilik air rakan sebelah, dia dikatakan telah mengetuk pintu biliknya tetapi rakan sebiliknya, Amirul tidak dengar ketukan itu.

Ekoran itu, Khalis yang mahu masuk ke biliknya terpaksa melalui bilik rakan sebelah dan keluar dari tingkap untuk ke balkoni bilik sendiri.

Mengimbas sebelum tragedi itu, Amirul berkata, dia bersama empat rakan yang tinggal di bilik lain leka menonton filem Terminator Salvation di dalam biliknya menggunakan komputer riba.

"Kebetulan saya yang menghadap balkoni ternampak ada tangan mencengkam bingkai cermin tingkap sebelum tangan itu tiba-tiba terlepas dan disusuli dengan jeritan kuat.

"Kami berlima cemas dan semasa meninjau dari balkoni kami tidak nampak apa-apa kerana keadaan di bawah gelap," ceritanya lagi.

Menurutnya, beberapa saat selepas itu dia terdengar bunyi pelajar menjerit memberitahu ada mayat atas simen.

Khalis ketika kejadian hanya memakai seluar pendek berwarna kuning dan mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala.

Difahamkan, sebelum kejadian, Khalis dikatakan terpaksa memanjat dinding bilik air rakannya yang tinggal bersebelahan dengan biliknya kerana tidak mempunyai kunci bilik.

Di dinding bilik air itu pula terdapat satu lubang segi empat yang boleh memuatkan badan manusia untuk masuk ke balkoni menuju ke bilik mangsa.

-KOSMO-


....................................................................................................

Pelajar UTM maut jatuh bangunan : Harapan ibu tidak kesampaian


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak menduga kejadian ini akan berlaku kerana ketika berbual dengannya, arwah bersikap ceria seperti biasa. Dia mungkin menghubungi saya kerana rindu walaupun pada minggu lalu kami baru berjumpa ketika saya pergi ke Kuala Lumpur.

“Arwah sepatutnya menamatkan pengajian selama tiga tahun pada 2012, bagaimanapun semuanya tak kesampaian,” kata ibu kepada Mohd Khalis Zulikifli, 18, penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang maut terjatuh dari tingkat empat bangunan asramanya, di sini, semalam.Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika penuntut jurusan Elektrik Kuasa, UTM, Kampus Kuala Lumpur, itu dikatakan cuba memasuki biliknya di asrama Siswa Jaya, di Taman Seri Rampai, di sini, dengan memanjat melalui tingkap bilik rakannya selepas terkunci dari luar berikutan kehilangan kunci bilik.

Bagaimanapun, tanpa diduga mangsa yang baru dua minggu bergelar mahasiswa tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dari tingkat terbabit dan terhempas ke atas gelanggang badminton sebelum disahkan meninggal dunia sejurus kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.

- Mymetro


....................................................................................................

adoi la..baru2 ni ade pompuan mati branak kat kolej aku skrg nih..
tbe2 kes kat kolej dolu2 aku la pulak..
aku pun penah panjat dr tgkap ke tgkap bilik.
tak penah la nk pnjat dr lobang toilet tu haa.
even aku keding pun tak sanggup ah aku.

padahal rumate arwah ade je dlm bilik tgk cite.
gilaa ah gilaa!

innalillah..
al-fatihah kpd arwah Mohd Khalis Zulikifli.

7 comments:

Rara said...

al-fatihah. ya Allah, kesiannya. tapi kenapa dia tak ketuk je pntu bilik, kenapa kena panjat2 mcmtu ?

T___________________________T

adLedash said...

aku gi ofis nak cek in td, nmpak akak ofis dok baca paper...laju gak hg apdet noh..hahaha! pening aku pk..kalau dh nak ajal tu, benda paling pelik pun dia akan wat..

ape pun, Al-Faatihah untuk arwah..hidup kene amek jalan paling selamat..sekurang2nye kite berusaha menghargai nyawa yang satu ni...

izhar.izaidin said...

saye penah panjat tingkap keta tym kecik2 dulu..abah cite..along penah panjat tingkap ketapi tym nak balik perak..angah xpnah panjat tingkap..kami geng panjat tingkap..tingkap kolej pnah panjat skali sbb malas nak jumpe org opis blok c yg name nizam tu..prangai cam ba**!

ChePah said...

rara : dh ajal dia kan..mcm mana pun dia wt allah dh tetapkan masa utk dia pergi.

adledash : hm..tu la kan..adeh..jaga jela..ape2 pun mulakan dgn bismillah..

izhar : gle ganas along pnjat tgkp ketapi! dh jd mcm hero hindustan dah!

[z@ck] said...

haish...takut aih duk dgr2 crita org terbunuh ni..
huu

ChePah said...

zack : tu la agak cuak gk la..

MUHAMAD ZEHAN said...

Masih terbayang di ingatan .....
13.7.2009...............
12.45pagi...............
Aku adalah pelajar yg dmaksudkan (trauma).......
Dan terpaksa berhenti dari UTMKL......................
Berlinang air mata membasahi pipi bila mengimbau kembali kisah ini