Monday, May 6, 2013

Borong kipas

Holaaa!

Last weekend both of us dah p beli kipas untuk rumah. Aircond? Itu bukannya keperluan lagi, boleh hidup lagi guna kipas je.

Total kipas untuk siling beli 3 biji. Kipas dinding beli 3. Yang siling guna dekat living hall, dining hall dan juga master bedroom. Kipas dinding untuk lagi 3 bilik.

Ikutkan hati aku ni nak semua bilik guna kipas siling. Lagi kemas. Tapi nak kena buat wiring baru lah, nak kena ada batang sangkut la, semua tu duit kan makanya kita cuba lah cut cost mana yang boleh.

Kipas dinding jenama Mitsubishi ala-ala jenama kereta gitu, sebiji RM170 dapat laa kurang jadi RM165 sebijiiiii. Sep betoi cina tu tak bagi kurang. Kipas siling yang design biasa untuk dekat dining RM150. Tengok tu, kipas siling lagi murah!!

Kipas untuk hall dan master bedroom yang mahal sikit dan cantik sikit laaa. Laju pun lajuuuu. Tempat tu kan tempat perhatian, tempat selalu akan duduk. So kena la meriah sikit.

Kipas lawa beli dekat LA Lighting Jalan Beserah, kipas-kipas lain dekat kedai sederet Public Bank Jalan Telok Sisek ke apa nama ntah jalan tu. Kalau survey banyak kedai maybe lah jumpa murah sikit tapi Izhar nak proceed je, layankan saja.

Lampu? Kaboq mata perati lampu lawa-lawa kat kedai tu, tapi nanti lah. Planning nak beli lampu Ikea nanti. Buat masa sekarang pakai dulu lampu kalimantang tu haaa. Cerah pun cerah!

Sekian untuk kali ini. 10hb ni En. Mat Grill kata nak p pasang grill dah. Sumpah tak sabaq.

TAK SABAQ NAK MASUK RUMAH!!

Hehe bye! ♥

3 comments:

zean anuar said...

Haih besnye... X cat ke?

zean anuar said...

Haih besnye... X cat ke?

Hazirah Barakbah said...

nak cat. tgh tunggu developer repair segala defect dulu. paihtu baru boleh cat lawa2