Thursday, November 3, 2011

Global Positioning System (GPS) For Smartphone

Dunia sekarang dah makin maju. Eh apakah asyik bercerita pasal dunia makin maju ni? Ahh persetankan. Nak ganti balik entry semalam yang sepatutnya aku buat tapi termelencong ke cerita lain. 


Global Positioning System (GPS) sekarang ni sudah meluas digunakan. Sama ada membeli device GPS itu sendiri ataupun di install dalam telefon jimbit bimbit.

Dulu semua sibuk pasal Garmin kan? Aku tahu dulu, Nokia laa banyak guna Garmin. Lepas tu baru lah Smartphone mengambil hati para pengguna gadjet di dunia ini. Bagi aku, aku pengguna Blackberry, dan pada awalnya aku menggunakan Google Maps sahaja.

Google Maps punya kekurangan adalah, dia bukannya Navigator, makanya, tiada lah suara annoyying yang mengarah ke sana ke sini turn left turn right bagai kan. Senyapppp tiap masa. Bahaya! sebab kita tengah drive, lagi nak kena tengok handphone. Pheww gila mencabar kauu! Yang bestnya Google Maps ni, dia akan tunjukkan jalan yang bebetul. Tapi tu la, sebelum bergerak kena kaji dulu jalan yang di beri agar kita tidak terkelamkelibut semasa memandu bagai.

Selepas itu, dapat tahu ada application Wisepilot. Bagus memang bagus! Tapi Wisepilot Blackberry hanyalah Trial Version sahaja. Bosan kan?
Waze on Blackberry
Selepas Wisepilot, godek-godek Blackberry Apps World, jumpa Waze pulak. Waze ini bagus. Dia bagi kita pilihan route mana kita nak pilih. Yang dekat tapi jammed? Yang jauh tapi jalan clear? Yang toll banyak and so on lahh. 

Kekurangan Waze adalah, bila kita salah jalan, dan Waze akan recalculationg route mengambil masa yang sangat lama! Lama yang sampai aku dah jumpa dah tempat tu baruuuu lah dia terhegeh-hegeh cakap:

"YOU HAVE REACHED YOUR DESTINATION"


Kepala hekk kau lah Waze. Tapi itu lah yang aku guna pun, sebab banyak membantu di masa aku 3 bulan di Selangor sana tuuu.


Tapi kalau iPhone punya GPS apps, best lah! Sebab memang terbaik. Garmin, Papago and apa lagi entah.
Siap tunjuk jalan "OK SILA MASUK SIMPANG KIRI SEKARANGGGGG!!!!!!"

Masalah besar aku dengan GPS adalah, aku meluat dengan suara dia. Annoyying siakkk! Selalu bergaduh suruh diam.


"Turn left at the first exit" 


Dok laa ulang 40 kali selagi aku tak ikut cakap dia. Lempang jugak kang! Hahaha!!!

Selalu jadi gaduh aku dengan Jidin pasal GPS tu la. Scandal dia tak berhenti nak cakap. Eeiii! Menyemak hidup kawwww~ sebab tengah serabut cari jalan dan dia tak henti membebel. Jadahnya! 

Haaaa ok bye.

*karang entry dalam kelas. kikikiii








1 comment:

izharyahya said...

satu lagi untuk iphone ialah sygic.sygic boleh dibeli dengan harga usd22 ataupun di download secara percuma dengan menggunakan installous.sygic tidak pernah menipu.sygic tidak seperti garmin.garmin kuat menipu dan ya,saya benci garmin