Thursday, August 18, 2011

Buffet Ramadhan @ INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam

Mencari tempat berbuka puasa yang sedap? Nak makan banyak-banyak-banyak sampai perut kembong? Bagi anda yang sekitar Shah Alam, aku cadangkan pergi berbuka di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam. Lebih dari 50 hidangan yang superb di hidangkan. Paling penting sekali, ada KAMBING PANGGANG!
Sebelum pergi tu sah-sah laa kena buat tempahan kan, so nombor untuk dihubungi ada dekat poster atas ni yer. Harga RM47/dewasa, RM32/kanak-kanak.

Buffet ni kalau korang jenis makan sikit pastu dah kenyang, baiklah tak payah pergi. Rugi je membayar banyak-banyak macam tu kan. Macam aku ni sah-sah la muka jenis suka menghabiskan makanan, memang untung lah kalau dibawa makan. dengan syarat, jangan minum air lebih dari separuh gelas! Kalau tidak, memang tumbang di tengah jalan laa jawabnya.

*Terima kasih kepada penaja juadah berbuka pada 16 Ramadhan. Saya sayang awak sesangat. Hihihi

1 comment:

azam said...

Menarik ni... Tp org cam sy rugi gak kalo pergi. Bukannya mkn byk pun... :D